Penulis Terbaik + Masa

Untuk adik Muhammad Alif Syazmi

Secara personal saya tak pernah berjumpa ibu kepada adik Alif ni, kak Anida...
tapi saya kenal kak anida sebagai salah seorg kawan contest...
untuk makluman, anak kak Anida, Alif sekarang sedang koma disebabkan jangkitan ROTAVIRUS...

Bermula dengan demam mencecah 42 degree, then dimasukkan ke wad, tak lama selepas itu terkena sawan dan sekarang sedang koma... dimasukkan ke wad ICU SJMC Sime Darby...

pic taken from kak anida FB

Ni antara status from FB kak Anida & suami:

Wednesday, 16 January 2013
Alif sekarang berada di ICU

Wednesday, 16 January 2013
Syahdunya hati ibu melihat wayar berselirat, hidung yg bertiup. Sekelip mata saja ianya berlaku. Baru semalam alif marah ibu sbb salah tekan games kegemaran alif, baru semalam alif nyanyi lagu untuk dia. Ya allah, ya tuhanku, kuatkanlah semangat alif untuk melawan virus yg menyerang otaknya. Kuatkan semangat anakku ya allah. Berilah alif kesihatan yang sempurna seperti sediakala. Aku memohon kepada Mu.

Thursday, 17 January 2013
Besar sgguh dugaan yg ku terima. Masih terasa kehilangan arwah amira, kini ku diuji pulak dgn alif. Apa yg Allah buat adalah yg terbaik. Tiada satupun yg tak baik. Alif, kuatkan semangat mu sayang. Ramai yg doakan kesihantanmu. Walau dr. kata harapan tipis, namun kita merancang tp tuhan menentukan. Semoga dgn doa-doa semua keajaiban akan berlaku. Ibu sayang alif!

Yesterday, 18 January 2013
Platelate alif semakin menurun dan kritikal. Andai boleh ibu menderma ibu sanggup tapi mereka perlukan dikalangan lelaki. Hampa ayah juga tidak dpt menderma kerana kurang tidur. Maafkan ibu dan ayah kerana tidak dapat membantu dari segi platelate sayang.

Yesterday, 18 January 2013
Salam... anak saya memerlukan penderma darah platelet sblm jam 3ptg di sjmc, syarat2 xkisah drh jenis ape, lelaki 18thn keatas, tiada mkn ubat yg berterusan..tq

Yesterday, 18 January 2013
Alhamdulillah... 2 penderma platelet telah cukup & lulus... terima kasih semua yg berusaha... terima kasih en.alisadikin & en.aziph -- dari FB husband Anida

Yesterday, 18 January 2013
Maaf sy x blh menjawap semua sms, pm. Secara ringkasnya, rotavirus telah menyerang otak alif. Keadaan alif masih koma, kritikal. Maaf sy x blh tulis byk sbb nk fokus n communite dgn alif. Jutaan terima kasih kepada semua di atas doa n pertolongan semua. Hanya allah yg dpt membalasnya. Terima kasih semua.

Today...
Mulai esok bantuan oksigen dan ubat akan dikurangkan sedikit demi sedikit. Insyaallah, mudah-mudahan Alif stabil dan menunjukkan tindakbalas yg positif. Bagi yg melawat alif, maaf sekiranya saya tidak keluar bilik kerana saya ingin memberi sokongan sepenuh jiwa dan raga kepada anak kecil ini. Alif, semoga dgn sentuhan dan mendengar suara ibu alif mendapat kekuatan dan semangat untuk terus berjuang. Alif, diluar sana ramai yg mendoakan kesihatan Alif sayang. Kuatkan semangatmu sayng. Sayang Alif.

Adik, hari ni 1901 hari jadi ibu. Setiap tahun ibu tidak pernah meminta hadiah. Ucapan yg ikhlas lebih berharga dari hadiah. Tapi tahun ni Alif, hari ni Alif, dihari jadi ibu, ibu nak meminta satu hadiah. Hadiah kegembiraan yg akan ibu ingat sehingga hujung hayat ibu. Alif, ibu nak hadiah dari Alif, sedarlah Alif, buka matamu. Ibu rindui matamu yg sepet itu, ibu rindukan senyuman muncungmu. Ibu menanti hadiah darimu dengan penuh kesabaran sayang. Tahun ini ibu tidak menharapkan ucapan hari jadi. Ibu berdoa semuga Alif kuat, semoga Alif sihat seperti sediakala. Ya ALLAH YA TUHANKU kau sembuhkanlah Alif. Bagilah kami peluang untuk menjaga Alif sepertimana kami menjaga abg n kakaknya. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun, Maha mendengar, Maha Penyayang. Kau makbulkanlah doa-doa hambamu. Amin.

Marilah sama2 kita doakan semoga adik Alif kembali sedar...
semoga adik Alif kuat melawan virus yang sedang menyerang bahagian otak beliau...
dan kepada akak Anida & family, hope tabah menerima dugaan ini...

Sedikit info mengenai ROTAVIRUS:

Apakah Rotavirus?
Cirit-birit dan muntah teruk yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak lazimnya berusia 5 tahun ke bawah.

Simptom Rotavirus
* Demam
* Cirit-birit
* Muntah-muntah
* Sakit perut
* Dehidrasi

Penularan Rotavirus
Rotavirus sangat mudah menular. Ia boleh hidup hingga beberapa jam pada persekitaran dan beberapa hari pada permukaan tangan dan pepejal. Saluran tangan dan najis paling mudah menyebarkan Rotavirus. Selain itu, ia desebarkan melalui seorang ke seorang yang lain melalui tangan yang tercemar, barang permainan dan objek lain.

Mencegah Rotavirus
* Memberi susu ibu.
* Mendapatkan vaksin Rotavirus.
* Membersihkan barang permainan dan kawasan bermain.
* Amalkan kebersihan dan sanitasi asas seperti membasih tangan dengan betul.

Kehidupan, and more:

Untuk adik Muhammad Alif Syazmi + Masa