Penulis Terbaik + puasa

Ahlan Ya Ramadhan

Ketika Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengumumkan puasa jatuh pada hari berikutnya, aku mula pelik kenapa ahli keluargaku yang lain gembira..adakah mereka suka berlapar??tak minum... tak makan... nak korek hidung pun tak boleh... ish... aku tak suka langsung puasa..leceh...

Tapi itu mungkin bertahun-tahun lama dahulu ketika aku masih dibangku sekolah rendah lagi... aku tak kenal erti ramadhan, puasa, tarawikh... bukan arwah ayah tak ajar semua tu, tp mungkin aku masih jahil... masih belum dibuka pintu hati...

Tapi kini setelah beranjak dewasa aku lebih bersemangat... ramadhan tiba aku alu-alukan dengan kesyukuran... dengan kegembiraan... kini baru aku faham akan erti puasa yang sebenar..banyak fadhilat-fadhilatnya... tak perlulah aku senaraikan berjuta-juta fadhilat ramadhan... korang boleh cari sendiri di internet...

Apa-apapun... aku nak ucapkan SALAM RAMADHAN KAREEM buat ahli keluargaku..semua pembaca blog ini dan rakan-rakan ku... semoga ramadhan ini memberi seribu keinsafan...

Jangan lupa niat puasa ramadhan :

نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ
تـَعَالىَ

(nawaitu shauma godhin 'an adaai fardli syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta'aalaa)

“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala”

"Ya Allah terimalah puasa dan qiam kami. Ampunkanlah segala dosa kami. Kurniakanlah kami lailatul qadar. Amin... "

Perkataan banjar untuk kali ini :-

Wilatong - Sejenis Rotan
Kuantan - Periuk
Takun - Tanya

Selamat belajar... selamat beramal!!

Perjalanan, and more:

Ahlan Ya Ramadhan + puasa