Penulis Terbaik + Perjalanan

Jamal Kasi Pecah Istana Budaya

Memang berbaloi-baloi... itu yang aku bole cakap pasal konsert Jamal... Kembara Seniman... puas hati aku tengok... memang all out siot jamal nyanyi..

walaupun ada terkantol lirik masa lagu Berdendang Dalam Tangisan (bg yg perasan... aku prasan sbb suka lagu ni), tp Jamal berjaya cover baik punye... hehehe..siap ada request lagu..Jamal xmenghampakan peminat...

artis jemputan pemenang tempat ke-3 bintang RTM, Fatin tidak mengecewakan..suara bole tahan beb... lawa lak tu..haha

Konsert ni terbahagi kepada 2 segmen... rehat antara segmen 15minit...

segment 1 : pementasan teater muzikal yang menyingkap dan membongkar kisah di sebalik nama Jamal Ubaidillah Ali sehingga menjadi Jamal Abdillah.

segmet 2 : merupakan sebuah konsert yang menyaksikan alunan indah dan merdu oleh Jamal menerusi hampir 30 buah lagu dendangannya dalam pelbagai rentak.

Jamal menyanyikan 35 lagu (hampir kesemuanya bernada tinggi) secara berterusan dalam konsert selama dua setengah jam. Untuk pengetahun semua, Jamal sudah pun berusia 50 tahun... wow..dalam usia yang macam tu, tak sangka Jamal masih mampu menyanyikan puluhan lagu dengan baik dan semuanya bernada tinggi... kak nita pun kalah..haha

layan je pic2 bawah ni k... malas dah nak cite... best sngt2

Panggung Sari Yang Gah Bertaraf Dunia

Masih Kosong Sebelum Konsert

Penuh Beb..Tiket Sold Out Malam Tadi

You Are The Best Jamal!!!!

Siap ada orang bagi bisnes card... nak promote hotel die kat seremban kot... haha..amek je..

p/s : pic semasa persembahan xde... xleh nak amek gamba... nnt kene marah dgn awek cun yang jaga kat situ..hehe

konsert, and more:

Jamal Kasi Pecah Istana Budaya + Perjalanan