Penulis Terbaik:
konsert

  • Jamal Kasi Pecah Istana Budaya

    Jamal Kasi Pecah Istana Budaya

    Memang berbaloi-baloi... itu yang aku bole cakap pasal konsert Jamal... Kembara Seniman... puas hati aku tengok... memang all out siot jamal nyanyi..

    walaupun ada terkantol lirik masa lagu Berdendang Dalam Tangisan (bg yg perasan... aku prasan sbb suka lagu ni), tp Jamal berjaya cover baik punye... hehehe..siap ada request lagu..Jamal xmenghampakan peminat...

    artis jemputan pemenang tempat ke-3 bintang RTM, Fatin tidak mengecewakan..suara bole tahan beb... lawa lak tu..haha

    Konsert ni terbahagi kepada 2 segmen... rehat antara segmen 15minit...

    segment 1 : pementasan teater muzikal yang menyingkap dan membongkar kisah di sebalik nama Jamal Ubaidillah Ali sehingga menjadi Jamal Abdillah.

    segmet 2 : merupakan sebuah konsert yang menyaksikan alunan indah dan merdu oleh Jamal menerusi hampir 30 buah lagu dendangannya dalam pelbagai rentak.

    Jamal menyanyikan 35 lagu (hampir kesemuanya bernada tinggi) secara berterusan dalam konsert selama dua setengah jam. Untuk pengetahun semua, Jamal sudah pun berusia 50 tahun... wow..dalam usia yang macam tu, tak sangka Jamal masih mampu menyanyikan puluhan lagu dengan baik dan semuanya bernada tinggi... kak nita pun kalah..haha

    layan je pic2 bawah ni k... malas dah nak cite... best sngt2

    Panggung Sari Yang Gah Bertaraf Dunia

    Masih Kosong Sebelum Konsert

    Penuh Beb..Tiket Sold Out Malam Tadi

    You Are The Best Jamal!!!!

    Siap ada orang bagi bisnes card... nak promote hotel die kat seremban kot... haha..amek je..

    p/s : pic semasa persembahan xde... xleh nak amek gamba... nnt kene marah dgn awek cun yang jaga kat situ..hehe

  • Tiket Jamal + Teater Muzikal TAR

    Tiket Jamal + Teater Muzikal TAR

    Alhamdulillah... akhirnya dapat gak tiket Konsert Jamal - Kembara Seniman nie... hehe... dah bayar awal2 kat TRIWAYS Travel Network Shop Suria KLCC, tp cuma dapat comfirmation slip bayaran je... nak tiket kene g collect sendiri kat Istana Budaya Box Office kat Jalan Tun Razak...

    Tengah dok tunggu si penjaga kaunter tu bg tiket, nampak lak Muzikal Tun Abdul Razak. Rashidi Ishak akan memegang watak Tun Abdul Razak and Fauziah Latif yang membawakan watak Tun Rahah..macam best beb... tiket pun xde la mahal sngt compare dgn konsert jamal...

    Rasa macam nak g je..jom weeiii... hehe... klau ada yang nak g aku nak join sekali... xpernah tgk teater muzikal ni... menarik gak g cuba2 tgk..hehe... info pasal bende nie :

    Date ::


    16 - 20 Ogos 2009

    Venue ::


    Panggung Sari, Istana Budaya

    Price ::


    RM 30 dan 50.

  • Jamal... Kembara Seniman

    Jamal... Kembara Seniman

    2nd entry lepas ada blog..haha... tamak...

    Sebenarnya nak cite pasal konsert Jamal Abdillah ni (Jamal... Kembara Seniman).Aku punye la semangat nak tgk konsert jamal,dah beli tiket awal2..hehehe... mula2 beli sorang je..tp berjaya menghasut Nuar Muor tuk join aku..hahaha... ada la member nak g sana...

    aku beli yang malam sabtu punye...
    sape2 yang xbeli tiket lg,cepat2 la beli..

    Bagi mereka yang ingin menonton Konsert Jamal... Kembara Seniman, tiket-tiket berharga RM75, RM100, RM150, RM250 dan RM300 kini sudah mula dijual.


    Tempahan dan pembelian tiket boleh dilakukan menerusi laman web www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-41498600 manakala maklumat lanjut mengenai konsert boleh diperoleh dengan melayari www.istanabudaya.gov.my atau 03-40265555.

    wah..promote lg..hahaha

  1. Review Anna Sui Rose Ring Rouge
  2. Review BOSS Nuit Pour Femme Eau De Parfum
  3. Review Max Factor Facefinity All Day Flawless 3-in-1 Foundation
  4. Review Maybelline Volum Express The Falsies Waterproof Mascara
  5. Review Oscar Blandi Pronto Gloss Instant Glossing Cream
  6. SAMPAR Vivid Radiance Serum
  7. Review Maybelline Color Sensational Lipstick
  8. Welcoming The Newest Beauty Box : First Blush Box
  9. Review Nexcare Acne Cover
  10. Review : Garnier BB Cream Miracle Skin Perfector