Penulis Terbaik + Masa

Maher Zain – Live In Concert

Persembahan malam tu start pukul 9...
tapi Stadium Malawati masih kosong...
mmg jam nak ke Shah Alam tu...

Persembahan dimulakan dengan penampilan istimewa kumpulan INTEAM...
kehadiran kelima-lima ahli lama Inteam mmg satu percaturan yang tepat...
malangnya hanya satu lagu penuh dan seterusnya adalah lagu2 medley...
kecewa gak..bagi la dieorg nyanyi lama sikit...
antara lagu Inteam malam tu ialah Setanggi Syurga, Impian Kasih dan lain2...

Seterusnya persembahan dari IRFAN MAKKI dari Canada...
xkenal pun...
sekali dengar suara dia, nak tergelak aku...
macam suara pompuan...
haha..

Dan selepas itu kemunculan MAHER ZAIN...
riuh sekejap dewan...
for sure lagu seperti Barakallah, For The Rest Of My Life, Thank You Allah & InsyaAllah ditunggu...
aku pun nyanyi la skali...
maaf la VVIP & VIP yang duduk dekat dengan aku...
dengar suara aku yang merdu itu...
hehe...

Ada satu lagu baru dari Maher Zain bertajuk FREEDOM...
FREEDOM berkisar tentang perjuangan rakyat di Tunisia, Egypt dan Libya menuntut revolusi...
rasanya lepas ni boleh la download lagu tu...
layan gak la...

Selain Irfan Makki, ada gak penampilan artis2 lain...
ada MESUT KURTIS dari Macedonia...
dan kejutan apabila Maher berduet bersama penyanyi utama kumpulan PADI, FADLI..
dieorg nyanyi lagu InsyaAllah dimana Maher nyanyi version English, Fadli nyanyi version Melayu...

Dah habis nyanyi semua lagu, penonton xmahu berganjak balik...
terpaksa Maher Zain nyanyi balik beberapa lagu...
menyanyikan semula Freedom, For The Rest Of My Life & InsyaAllah versi Melayu menutup persembahan pada malam itu...

Overall persembahan mantap...
cuma agak kucar-kacir dari segi management...
sbb aku dapat tiket free, so malas nak complain lebih2...
hehe...

Lepas ni nak try dapatkan tiket Maroon 5 pulak la...
hahaha...

Minta jasa baik kawan-kawan blogger sekalian...
Tolong "LIKE" slogan aku kat sini ~> http://www.facebook.com/mynewshub

Cari nama Edy Zaidi yer...

Kehidupan, and more:

Maher Zain – Live In Concert + Masa