Lepas rehat2 jap kat Chiang Kai-Shek Memorial Hall menghayati seni bina cina yang susah sngt nak jumpa kat Taipei ni sbb bangunan dieorg dah moden, kami plan nak ke Zoo Taipei...
Dari Chiang Kai-Shek Memorial Hall Station kami terus ke Taipei Zoo Station (Intersection at Taipei Main Station & Zhongxiao Fuxing Station)... Zoo ni betul2 sebelah station... memang senang la pelancong nak pergi... harga tiket pun xde la mahal... cuma RM6 je kalau convert ke duit Malaysia... mahal lg Zoo Negara bawah rumah aku tu... hehe...
Bermula dengan 1... 2... 3... A... B... C... hingga aku mampu mengira dan membaca dengan baik... semuanya kerna guru-guru aku selama ini... yang tidak putus harapan mendidik aku sehingga aku berjaya sekarang...
Dengan tanda hormat dan kasih... akan ku kenang jasa dan pengorbanan mereka yang mendidik aku... dari sekolah tadika hingga ke menara gading...
1. Tadika Kemas Kampung Haji Ghaffar
Tempat yang banyak permainan... best giler...
2. Sekolah Kebangsaan Seri Bulan (Darjah 1- 6)
Wah... bangga tau sekolah kat bulan... kau ada?hehe..
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat (Form 1 - 5)
Konon leh jadi ustaz la masuk sekolah agama..haha... 4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Matrik & Degree)
Bertambah2 alim la masuk universiti ni... hampeh ada la... hehe..
5. Universiti Malaya (Master)
Tempat pertama aku dapat kawan dari pelbagai bangsa which aku tak pernah rasa sebelum ni... 1 Malaysia sngt kan...
Terima kasih diucapkan kerana menjadikan saya insan cemerlang, gemilang dan terbilang... jasa2 guru sekalian xkan saya lupakan...
Buat cikgu2 sedunia... yang pernah atau tidak pernah mengajar saya... SELAMAT HARI GURU!!
Hari terakhir di kota Taipei... rasa macam sekejap je masa berlalu... macam tak puas pulak berjalan kat Taipei ni... apa kan daya, dapat sponsor cuma 3 hari 2 malam je... tu pun dah cukup bersyukur dapat pergi free sponsored... hehe
Hari terakhir takde aktiviti pun... pukul 9 lebih dah check out from hotel... terus ke MRT station untuk ke Zhongshan Airport... Zhongshan Airport ni dulunya airport untuk penerbangan International, tp sbb Taipei dah makin maju, so, dieorg tukar International Airport ke Taoyuan International Airport which lebih 1 jam dari Taipei... Zhongshan Airport skrg jadi airport untuk penerbangan domestic je...
Kiteorg ke Zhongshan Aiport bukanlah nak amek flight ke Taoyuan International Airport, tp just nak amek bas ekspess direct ke Taoyuan International Airport... sampai2 je kat Zhongshan Airport Station, bus dah ada kat pintu masuk terminal, so apa lg, cepat2 la beli tiket...
Tika iPad 2 baru keluar tahun lepas... menang 1 iPad 2 dari contest online...
Tika iPad 3 baru keluar tahun ni... tak menang pulak iPad 3... just dapat lagi satu iPad 2 yang sama spec macam yg menang dulu... kalau dapat iPad 3 kan best... bila la nak dapat iPad 3... hehe...
Yang baru masih berbungkus lagi... nak buat apa ek? jual pun bagus ni...
Alhamdulillah... dah lama tak menang hadiah sejak slow down contest2 ni... rezeki2...
Disebabkan member2 master UM nak belanja makan sempena birthday aku aritu... so, dieorg decide nak makan kat SEOUL GARDEN... ni kali ke-2 aku makan kat SEOUL GARDEN... 1st time dulu masa awal2 aku blogging... dah berapa tahun tu... maklumlah, makan kat sini kosnya tinggi sikit.. aku ok je kalau bab makan... hehe...
Kiteorg pergi waktu lunch... SEOUL GARDEN hanya bukak waktu lunch (12-3pm) and dinner (630-10pm)... lebih kurang mcm tu la timing dia... check la website dieorg yer... harga pun lain2 untuk lunch and dinner...
Kat sini mmg banyak pilihan lauk... korang pilih je mana korang nak... tp make sure korang makan semua yang korang amek tu... kalau tak kene extra charge...
Korang boleh pilih nak celup dalam sup/tomyam... ala2 macam yong tau fu la... atau korang boleh grill kat tepi2 tu... aku kalau celup2 ni kureng sikit... lebih suka grill...
Thanks to Yusrina & Arif sbb belanja... hehe...
Sebelum makan mmg semuannya ok...
Lepas dah tak larat makan... macam tu la mukanya... tu la, jgn tamak amek banyak sngt... nak tak nak kene habiskan jugak la kan... hehe...
Banyak sangat awards untuk blogger... beginilah jadinya... No No No... Followers www.1st-writer.blogspot.my tak nak jadi mcm ni yer... kita kasi enjoy n chill jer... hehe...
Alhamdulillah... berakhirnya sesi undian untuk World Bloggers and Social Media Awards 2012... kedua-dua blog mendapat undian tertinggi... terima kasih kepada mereka yang mengundi dan dipaksa mengundi... minta maaf kerana terpaksa "SPAM" korang punya FB, TWITTER, EMAIL, dll...
Akhirnya... www.1st-writer.blogspot.my untuk "BEST PHOTOGRAPHY BLOG" dengan 1010 undian...
dan... www.1st-writer.blogspot.my untuk "BEST TRAVEL BLOG" dengan 468 undian...
Masih tertanya-tanya lagi siapa gerangannya yang mencalonkan kedua-dua blog untuk award ini... masih takde orang yang nak mengaku...
tetapi masih TIDAK CONFIRM lagi sama ada bakal menang atau tidak... undian tertinggi tidak semestinya akan menang... semuanya bergantung kepada juri2 yang akan menilai blog2 ini...
Terkadang terfikir... sekiranya menang, adakah aku layak untuk memegang kedua-dua atau salah satu title tersebut? sedangkan aku masih setahun jagung dalam dunia blog ini... masih banyak yang perlu aku timba...
Apa yang aku suka time birthday tiap2 tahun? mesti ada orang ajak keluar nak belanja makan... aku kalau pasal makan mmg tak pernah tolak... hehe...
kiteorg makan kat Kenny Rogers Roasters... aku kalau nak pergi sendiri mmg fikir 2,3 kali dulu... tapi sebab orang nak belanja, aku cepat2 masuk kedai dulu... takut dieorg ubah fikiran xjadi belanja kat sini... kalau aku dah masuk, kompem2 la dieorg terpaksa masuk gak... hehehe...
Memperkenalkan ahli baru dalam rumah aku... walaupun dah ada 3 ekor kitten skrg ni... tambah lagi satu jadi 4... adeiii..banyaknya..
Someone gave me this poor female kitty to take care... baru berumur 3/4 minggu... terpisah dari maknya... berjalan pun tak betul lg...
She has very nice strip on her body... macam british shorthair or bengal sikit... dah besar mesti cantik ni...
Kitten ni still xboleh makan sendiri... so, kene bagi minum susu guna botol susu... so sweet kan... hehe...
For those yang terjumpa kitten yang masih kecil macam ni... you guys should follow this steps:
1- keep the kitten warms. Place them near a hot water bottle wrapped in towel.
2- kittens need to be feed every 3-4 hrs. Please use goat's milk/soy milk /PETS OWN MILK/Milkadog. Dont give them cow's milk because cats are lactose intolerant.
3- make sure the kittens' belly are warmed before you feed them.
4- after feeding, stimulate their 'private part' with cotton balls/wet tissue so that they could pee and poo. newborn kittens cannot poo and pee by themselves.
Ok nak bagi kitten minum susu... kakak2 & abg tiri dia masih jealous denga kehadiran "org baru" dalam rumah ni... pantang berjumpa... sure bising satu taman... hehe...
Tak sangka "Ding Dang" masih wujud dalam dunia berteknologi ni...
Kalau dulu harga dalam 20-30 sen je... mainan kat dalam ada macam2... ada gasing la... helikopter la...
Tapi sekarang harga dah 60 sen... still reasonable la kan... lagi pun budak2 sekarang cukup mampu nak beli... belanja sekolah sehari rm5... bole je kalau nak beli banyak2...
Tapi budak sekarang mana pandang mainan kegemaran aku masa kecik ni... mainan dalam tu pun dah xseberapa gah... cuma ada patung pastik cinonet je... nak main apa je la dengan benda tu...
•Lebuh Ampang• KLCC• Bank Negara• Dataran Merdeka •Sogo• Chow Kit• Menara Sultan Ismail• Masjid Negara• Jalan Raja Chulan• Jalan Ipoh• Sentul• Jalan Tuanku Abdul Rahman• Jalan P.Ramlee• Jalan Bandar• Subang Jaya (Near Segi)• Sunway Pyramid and Subang Parade• The Federal Highway• LDP• Seremban Highway
Now i wanna away from KL... Away from BERSIH... Away from CHAOS...
Its had been a long journey... on my way back to home... still inside KLIA EKSPRES... thanks God, Malaysia got many free wifi... bersyukur sngt duduk Malaysia... Rindu nasi lemak, roti canai, teh tarik... esok nak makan puas2... ada aku kesah klau gemok?huhu...
Wahai rakyat MALAYSIA... mari dekat2, mari rapat2... sila baca entry ni tanpa kelip mata... huhuhu...
Semasa baca entry ni... sila niatkan di dalam hati untuk membeli MAJALAH REMAJA bulan 12... kenapa??
Tengok... ada muka Marsha kan... cantik tak?? tapi bukan itu fokusnya... selak muka surat 134...
YAHOOOOO!!! blog aku masuk majalah remaja... TQ editor2 majalah remaja... korang mmg cool...
Korang WAJIB beli tau... sbb leh baca wawancara aku kat dalam tu... dan ada poster aku dengan cover majalah ni, MARSHA MILAN LONDOH... mesti tipukan?? beli la dulu baru tau... hahaha..
p/s : 1. Tq to Mizz Sue sbb ajak aku join ruangan blogspot majalah remaja 2. JANGAN LUPA UNDI AKU PUKUL 10 MALAM NI UNTUK "Blog Personal Lelaki Pilihan"...
Hari kedua di Perth... awal pagi dah bangun sebab coach akan pickup kami dalam pukul 7.15am which sangat2 awal... breakfast roti je kat hotel, sbb makanan lain xyakin halal... tepat 7.15am bas dah sampai... untuk pengetahuan korang, orang2 Aussie ni sangat punctual... korang kene tinggalkan sekejap "janji melayu" korang kat Malaysia... kalau korang lambat even 1minit, dieorg akan tinggalkan korang...
Tour kami hari ni bertemakan "PINNACLES" which telah dibooking dengan Australia Pacific Tour (APT) dengan harga $215... selepas kumpulkan semua orang dari pelbagai hotel, kami bertolak ke destinasi pertama...
Sekarang kat Australia tengah winter, so agak sejuk... tapi takde salji yer... 40 minit perjalanan, kami sampai di Caversham Wildlife Park di dalam kawasan Whiteman Park... semasa perjalanan tu, ada la nampak kangaroo liar kat tepi2 jalan... kangaroo kat sini bersepah macam ayam kat Malaysia...
MORE STORY | \/ >>CLICK UNTUK MENERUSKAN PEMBACAAN<<
Bermula pengembaraan ke Borneo... pertama kali menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu... lebih kurang pukul 10pagi kami sampai di Terminal 2 Lapangan Terbangan Kota Kinabalu menaiki pesawat AirAsia selama 2jam setengah. Kalau pesawat lain macam MAS or FireFly turun kat Terminal 1.
Lepas amek bagasi terus cari kereta ke hotel. sebab kami bertujuh (4 dewasa, 3 kanak-kanak), terpaksa la amek kete besar sikit. Tambang RM42 dari airport ke hotel yang hanya mengambil masa 15minit. Mahal gak tu...
Kami menetap di Gaya Centre Hotel yang terletak bersebelahan dengan Suria Sabah, sebuah shopping complex baru kat KK ni... Sebab kami datang awal dan xboleh nak check in bilik lagi, so kami jalan2 kat Suria Sabah. Suria Sabah ni sebelah je dengan Jesselton Point Ferry Terminal.