Penulis Terbaik + Masa

Trip To London - Day 1

Ini pengalaman pertama kali ke negara omputih... biasa pergi negara Asia je... dan ini pertama kali pergi tanpa tourist guide... main redah je...

Pengembaraan ke London bermula pada 21/5/2011 dari LCCT... flight D72006 AirAsia X yang sepatutnya berlepas jam 9.10am waktu Malaysia, delayed sehingga 10.30am... biasala AirAsia... delay kan satu trademark mereka...

12jam penerbangan memang meletihkan... tido, bangun, tido, bangun... tak jugak sampai2... lebih kurang pukul 4.30pm waktu London sampai la kami di lapangan terbang Stansted, London... nak lepas immigration agak ketat... macam2 soalan kene tanya...

Dari lapangan terbang Stansted, kami menaiki bas ke Baker Street. Naik bas amek masa sejam lebih gak. Tambang bas £10 (RM50)... agak mahal, tp kira murah la berbanding kalau naik train... mencecah RM200-RM300 jugak... Dalam bas ada WIFI... so, boleh la check fb dan sebagainya...

Sampai kat Baker Street, kami terus ke Underground untuk amek tube ke hotel yang terletak kat Lamberth North menggunakan Bakerloo line... harga £4 (RM20) sehala... kat sini ada banyak jenis tube lines... so, mmg kene pegang Tube map la kalau nak kemana-mana...

Sampai je kat Lamberth North, terus check in hotel... hotel betul2 sebelah stesen... so, mmg senang la nak jalan2 nanti...

Bersihkan diri dan buat apa2 yang patut kat hotel, malam tu plan nak jalan2 jap... memandangkan hotel kami dekat dengan Westminster yang terkenal dengan beberapa landmark menarik, so, kami jalan kaki je la malam tu... cuaca time tu sngt la sejuk dan berangin... nak pegang camera pun menggigil...

Dalam 5 minit perjalanan jumpa la Big Ben & Parliament... kat seberang jalan lak ada Eyes On London... snap gambar sekejap je sbb masing2 tak tahan sejuk... esok nak jalan2 balik kat situ...

Balik hotel terus tidur... mata mmg ngantuk... kat Malaysia dah pukul 4-5 pagi, kat sana baru pukul 11pm... esoknya masih banyak lagi yang perlu dijelajah... maklumlah, percutian singkat je... so, kene spend masa betul2...

Kehidupan, and more:

Trip To London - Day 1 + Masa