Penulis Terbaik + Masa

Percutian ke BEIJING (Day 1)

Tarikh : 2/11/2011

Sampai masa untuk update pasal trip ke Beijing... memandangkan masa kat Beijing xboleh nak update blog, so aku terpaksa update part by part bermula hari ni... harap2 korang tak bosan la yer... dats y aku akan letak banyak sikit gambar untuk setiap entry...

Bermulanya kisah percutian "murah" ke Beijing. Kami berkumpul di KLIA lebih kurang pukul 930 malam untuk check in... sementara tu sempat lagi makan McD... kali ni tak dapat naik train ke platform, sbb train under renovation until March 2011... group trip kami cuma 13 orang... aku suka group trip yg xramai ni, xbanyak sngt kerenah...

Tarikh : 3/11/2011

Flight berlepas ke Beijing tepat jam 1230 pagi... ni first time naik MAS... sebelum ni pernah naik Air Asia dengan Garuda Airlines je... MAS mmg terbaik, makanan sedap, layanan bagus, pramugari cun2... hehe...

Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing lebih kurang 6 jam kemudian... lepas selesai semua pemeriksaan imigresen dan kastam, terus keluar cari bas yang sedang menunggu. perrgghhh..mmg sejuk betul... terpaksa pakai jaket sejuk, mafla, glove dan segala yg boleh elak sejuk... bercakap pun keluar asap..sekarang kat Beijing akhir musim luruh... suhu antara -2 hingga 15 darjah celcius... Malaysia ada??hehe...

Destinasi pertama kami ialah Summer Imperial Palace... ini adalah perkarangan taman maharaja terbesar di china... dibina semasa pemerintahan Maharaja Qinglong pada tahun 1751... kawasan ni ada sebuah tasik yg sngt besar..dalam tasik ni ada ternak tiram untuk pasaran mutiara China... ramai golongan veteran kat sini main layang-layang, menari ala poco2 dan tarian yang entah aku sendiri tak tau... memandangkan skrg musim luruh, apa lg, amek gambar dengan daun2 yg gugur...

Seterusnya, kami g shopping kat Fresh Water Pearl centre... kat sini la tiram2 yang dibela di dalam tasik Summer Imperial Palace tadi diproses dan dijual... dapat jugak tengok cara kopek tiram untuk keluarkan pearl tu, dan aku rembat 1 pearl yg fresh tu..huhu... kat sini aku xshopping pun... xminat dengan pearl ni... tapi akak2 ipar aku bukan main lg... borong sakan... sbb ada yg dieorg jual sngt murah... ni shopping centre kerajaan, so xboleh tawar menawar... harga fixed...

Penat berjalan & shopping, masa untuk makan tengah hari... aku pun xtau apa nama kedai tu... sebab tulisan semua dalam tulisan China... cuma kalau nak tau kedai tu halal ke tidak, just tgk warna signboard kedai tu... if hijau, tandanya halal... mula2 takut gak xdapat nak makan makanan cina, tp so far, ok la..makanan sangat sedap... jangan nak demand seafood ok... mmg xde, sbb Beijing sngt jauh dari laut... cuma air takde air lain la... asyik2 teh takde gula... huhu...

Perut kenyang, mata confirm ngantuk... kami terus g check in hotel... untuk sampai ke hotel, kami kene berjalan di lorong (hutong) antara rumah2 traditional China dari jalan besar... xde la jauh pun, dalam 100 meter je... hotel NingXia bertaraf 4 bintang mmg cantik, selesa dan yang penting hotel ni tawarkan makanan breakfast yang halal... sempat la lepak2, rehat2 dan tido selama 4 jam sebelum ke destinasi seterusnya...

Dalam pukul 4 petang, kami bergerak ke destinasi seterusnya... kali ni nak pegi tengok Acrobatic Show... kami antara orang terawal yang datang, so dapat duduk agak depan betul2 berhadapan dengan pentas... persembahan oleh budak2 antara umur 5-20 tahun... mmg best... lembut betul badan dieorg ni... tau tak bayaran dieorg dapat berapa??seorg dapat RMB500 untuk setiap show... lebih kurang RM250... sehari ada 3 show, so RM750 sehari... mmg kaya beb...

Habis show terus g makan malam... lauk lebih kurang sama je..yg penting tetap ada sayur kobis putih... sbb kat sana sngt murah... RM1 leh dapat 2kg... murah kan... kalau kat malaysia xdapatnya harga macam tu... lepas makan terus balik hotel... sebelum sampai hotel, beli buah kat hutong... dieorg timbang xguna kilo, guna kati... susah gak nak bercakap dengan peniaga tu... sampai hotel terus just bersihkan badan je... sebab cuaca sejuk, kami tidak digalakkan mandi menggunakan sabun... sehari sekali je..takut kulit mengelupas katanya... sebelum cuci badan/mandi, wajib rendam kaki dengan air panas dulu... lepas tu terus tido mati sampai subuh..huhu...

Tips percutian ke Beijing : TANDAS
Tandas kat Beijing ni mmg xde paip air... cuma ada sink kat luar tandas... so korang kene bawak botol sendiri untuk tadah air dari sink untuk guna buang air kecik/besar... tapi sebelum guna, rasa dulu air tu, takut air jadi terlalu sejuk atau terlalu panas... karang melucur pulak part sensitif tu... huhu... kalau boleh, sebelum kuar hotel, dah siap2 lepaskan hajat besar...

Kehidupan, and more:

Percutian ke BEIJING (Day 1) + Masa