Penulis Terbaik + Masa

Percutian ke BEIJING (Day 2)

Tarikh : 4/11/2010

Bangun pagi pukul 6 hari ni... kat sini subuh masuk awal... pukul 6 tu matahari dah keluar dah... kira subuh gajah ke tak ek??huhu... bangun pagi2 kepala rasa pening... ni mesti sbb makan kambing malam tadi... aduiii..xsyoknya... lepas bersiap, terus g breakfast kat restaurant hotel... makanan boleh la... telan active fast 2 bijik...

Dalam pukul 830pagi kami bergerak ke Jade Museum... kat sini nama je museum, tapi sebenarnya tempat buat dan jual pelbagai jenis jade... aku as usual la... xbeli apa pun... sbb xminat... lebih berminat tengok staff dieorg gaduh kat satu bilik berkaca...

Lepas tu kami ke Crystal Centre... kat sini ingat nak cari perhiasan crystal untuk mak aku... tapi tak banyak pilihan... semua design xsesuai letak kat dalam rumah org islam... last2 belikan mak aku gelang crystal... untuk kakak aku lak belikan jam crystal... beli yang murah2 je... untuk korang, aku just tunjuk gambar crystal je la..huhu...

Seterusnya kami pegi lunch... lunch kali ni dekat atas bangunan kilang membuat tembikar... sempat la jalan2 tempat tembikar tu... kalau kat Malaysia tembikar kita ukir, kat sini tembikar dia tampal2 pakai serpihan2 tembikar... dan dibakar sebanyak 7 kali... lunch kali ni yg paling banyak lauk pauk aku rasa... mmg terbaik... tambah banyak kali lg... lepas lunch, telan active fast lagi sekali sbb kepala makin pusing...

Lepas makan, kami terus ke destinasi seterusnya... time ni aku terpaksa lawan sakit kepala tu... destinasi yang mmg aku nak sngt pegi,so xboleh la sakit2... sepanjang perjalanan leh nampak gunung-ganang... dan dari jauh leh nampak Great Wall of China, salah satu daripada 7 benda ajaib di dunia... wah... time tu kepala dah xfikir pasal pening dah...

Sampai2 je terus panjat... mak aii..penat rupenye... naik sampai stage 1 je... kaki dah menggigil..huhu... tangga dah la xsama tinggi, slopenye ya Allah... kalau xde pemegang kat tepi, leh jatuh kalau salah langkah... kat tepi2 tembok tu ada banyak mangga2... mangga ni simbolik perkahwinan org China... lepas dia letak mangga kat situ, dieorg akan buang jauh2 anak kunci tu... supaya perkahwinan berkekalan katanya...

Turun je dari Great Wall terus ke Burning Cream Centre... kat sini ada demo pegang besi panas... lepas tu dieorg sapu tangan yg melecur tu guna special cream. boleh lak tangan dieorg jadi bersih licih, xmelucur langsung... nampak sngt tipu... tp ramai yg beli, aku dok ketawa je la..sbb bila aku pakai balik cream tu kat tangan aku yg terluka sikit ni, xde pun sembuh serta merta...

Lepas tu kami singgah ke Dr. Tea... tempat ni tawarkan pelbagai jenis teh cina... cara nak buat teh berbeza ikut jenis teh, cara minum pun berbeza-beza... ada yg kene sedut 3 kali, ada yang kene kunyah, ada yang cara pegang dia kene ikut cara yang betul... muak kot minum teh China yang takde rasa tu... anak buah aku siap kata, "bayangkan minum teh macam minum air kosong"..huhu...

Lepas tu terus g dinner... makan kali ni ala kadar je..kurang memuaskan..mayb sebab cara masaknya sama je..takde beza pun dengan sebelum ni...

Lepas makan terus g jalan2 tengok pemandangan malam sekitar bandar Beijing... mmg cantik, setiap bangunan ada lampu2 yang menarik..warna warni lagi... kalau la Malaysia boleh buat macam tu... lepas tu kami turun kat WangFuJing Street... kat sini ada sebuah pasaraya terbesar kat Beijing, tp harga sngt mahal... xmasuk pun... kat sebelah tu ada Beijing Night Market yang jual pelbagai makanan exotic... baru masuk sikit dah xtahan bau dia... terus xjadi masuk..huhu...

Penat berjalan terus balik hotel... sebelum sampai hotel, singgah kat kedai sate sebelah hotel... signboard hijau maksudnya kedai sate ni halal... satenya sngt berbeza dgn sate kat Malaysia... satenya sngt pedas dan sngt masin... xde kuah untuk cicah2 ok..makan macam tu je... makan 5 cucuk dah xtahan pedas... huhu... order banyak sngt, siap tapau bawak balik... last2 buang macam tu je... sampai bilik bersihkan badan, solat dan terus tak sedarkan diri... huhu

Tips percutian ke Beijing : MAKAN
kat Beijing ni kalau nak makan makanan halal senang je... cari restaurant ada signboard warna hijau... mmg semua halal... tapi jangan terkejut, sbb dieorg dibenarkan jual arak walaupun kedai tu kedai muslim... dan jangan sesekali beli makanan tepi2 jalan walaupun hanya keledek... ini kerana minyak yang dieorg guna adalah minyak yg telah digunakan dan dijual kat dieorg dengan harga murah...

Kehidupan, and more:

Percutian ke BEIJING (Day 2) + Masa