Penulis Terbaik + Masa

Percutian ke BEIJING (Day 5)

Tarikh : 7/11/2010

Hari ni hari terakhir di bandaraya Beijing... hari ni xbanyak activity... so, kitaorg checkout hotel pukul 10am macam tu... so, pagi tu b4 check out berkemas la... time ni la leh nampak beg beranak pinak... datang 1 beg, balik 2,3 beg pulak..huhu...

Lepas check out kami ke Sunny Gold Street Market... apa??SHOPPING lagi??nasib la duit aku banyak lagi..huhu... kat sini tempatnya kecik je, tp lebih murah dari 2 tempat aku pegi sebelum ni... peniaganya takde la samseng macam 2 tempat sebelum ni... lebih pemurah...

Masa aku tengah tawar-menawar porcelain kat sebuah kedai ni, tiba2 ada POLIS suruh kita orang keluar dari kedai... ingat nak tangkap kitaorg, rupa2nya nak tangkap peniaga kedai tu... peniaga tu rupa2nya jual pedang SAMURAI... dia sorok kat atas para dan bawah meja... cuak giler time ni..dah la kedai tu paling murah... baru nak beli, dah kene tangkap... rugi2..mayb bukan rezeki mak aku..huhu... dan nak ingatkan korang, jgn sesekali beli barang tajam seperti parang, pisau dll dan lighter..sbb kompem korang xlepas kat airport nnt...

Lepas shopping terus g makan tengah hari... makan terakhir kat Beijing... so, kene makan banyak2 sikit... lepas ni susah nak rasa dah..huhu... Masakan special kat kedai ni adalah susu goreng dan ikan bunga... special ke??biasa je..huhu...

Kat luar kedai ni banyak duit kertas seringgit Malaysia ditampal kat dinding kedai... semua org Malaysia yang datang sini tulis nama dan lekat kat dinding... kitaorg pun xlepas peluang... tiba2 perasan, ada senior aku kat UIA letak duit singgit siap ada gambar lg..mencapap nampak... haha..

Lepas makan terus ke airport... aduii..sedihnya tinggalkan Beijing and at the same time rindu dengan Malaysia..huhu... alhamdulillah kami selamat sampai kat KLIA pukul 11malam... tiba2 bagasi abg aku hilang??aduii... cuak giler..dah la dalam tu banyak barang yg beli kat Beijing... rupanya2 masuk lane sebelah..puas menunggu... teruk betul management KLIA ni...

Tips percutian ke Beijing : DUIT
Mata wang di Beijing ialah RENMINBI... iaitu RM1=RMB2... kira duit kita besar la... make sure ketika shopping kat kedai2 tepi jalan/penjual kaki lima, bagi duit cukup2... sebab kadang2 dieorg akan pulangkan duit palsu/duit negara lain... kalau takde duit kecik, boleh kasi duit besar, tp make sure korang belajar cara nak check duit tu betul atau palsu... dan sila tukar siap2 duit di Malaysia, sbb if tukar kat sana rugi... dpt lg sikit... dan certain money changer tak nak duit Malaysia... bawak jugak duit Malaysia banyak sikit, sbb if shopping kat Government Market/Store, dieorg terima Ringgit...

Kehidupan, and more:

Percutian ke BEIJING (Day 5) + Masa