Penulis Terbaik + Masa

Percutian ke BEIJING (Day 4)

Tarikh : 6/11/2010

Pagi ni bangun pukul 6.30am... bersiap dan terus pergi breakfast... dalam kepada dah plan nak makan mee cina tu... mee yang buat sendiri tu... MEE TARIK kot namanya... sedap2 je aku bagi nama... haha..meenya sngt lembut... supnya sngt sedap...

Lepas breakfast, kami dibawa ke sebuah kawasan untuk try beca China... yang kat Melaka tu pun aku xnaik lg..kat Beijing nak pulak naik..haha... ingat nak pilih pemandu yang gagah perkasa, yela..takut xlarat nak bawak aku kat belakang, last2 semua tua2, so, aku amek yg muda la... tenaga banyak lg...

Kami dibawa melihat persekitaran "HUTONG" atau lorong2 antara rumah traditional Beijing... boleh la tengok dieorg basuh baju, bertekak semasa sendiri dan anjing2 dieorg comel2 je... tak macam anjing2 kat Malaysia... usha punya usha, tak jumpa lak anak dara tengah mandi... kecewa... haha... nama je rumah traditional, tp semua batu... yela, every year kerajaan China akan bagi peruntukkan kat dieorg untuk renovate rumah... tp ukiran2 China masih dikekalkan...

Dalam pukul 9.00am macam tu kami dibawa melawat Bird Nest Stadium dan juga Water Cube... sngt cantik design dieorg... angin sngt kuat masa ni, ada la org jual layang2 area tu... udara pulak agak teruk... debu, habuk dan kabus semua bercampur... sbb hari sabtu, semua kenderaan dibenarkan keluar... xmacam hari2 biasa, kenderaan keluar mengikut nombor terakhir pada no flat mereka... agak sistematik untuk elakkan traffic jam...

Kat sini just bergambar je... xmasuk pun... dah la bas parking jauh... so, nak dapat view yang dekat kene menapak dalam 5 minit gak... kat sebelah stadium ni, ada hotel yang berbentuk naga... satu bangunan agak tinggi menyerupai kepala naga, dan 4 lagi bangunan yang kecil sedikit membentuk badan dan ekor naga... hotel ni 7 bintang tau... 1 floor ada 1 bilik je..bayangkan betapa besarnya bilik tu...

Selepas tu kami ke Olympic Sponsor Jewelery Shop berhanpiran stesen LRT stadium ni... kawasan agak tersorok... tp yang bangganya, ini kedai anak jati Malaysia dari Melaka..tp muka macam muka Jepun... punyala riak, dia cakap pagi tadi untung 1Million yuan, so dia bagi kiteorg sorang satu rantai Jed... walaupun tau kualiti kureng, amek je la...

Masa untuk makan... haha..makan je kan kerjanya... kali ni makan kat restaurant yang menunya menjadi menu maharaja pada satu ketika dahulu... Mahathir masa muda pun pernah makan kat sini... siap ada gambar lg... tapi satu je prob makan kat sini, serve sngt lambat... kiteorg dah habis makan, masih ada makanan yg belum sampai... siap meja sebelah kami gaduh dgn pekerja sbb xpuas hati makanan lambat sampai...

Seterusnya kami singgah dan melawat masjid terbesar di China, Masjid Niu Jie... lepas je solat, kitaorg lepak2 kat luar... tiba2 ada bilal laung azan kat luar masjid... eh... bukan dah lama masuk waktu ke??rupe2nya, tu azan menandakan untuk solat berjemaah... dieorg solat berjemaah agak lambat... kalau masuk waktu kita boleh solat sendiri, kalau nak tunggu solat berjemaah, 1 jam lepas tu baru ada... kat sini kita boleh tgk makam imam2 dahulu yang dieorg panggil sheikh... tapi masjid kat sini takde kubah ok, semua ala2 tokong cina je... tp sngt classic...

Jalan depan sikit dari masjid tu ada Niu Jie Muslim Supermarket... tempat ni lebih dikenali sebagai "LITTLE MEKAH" oleh rakyat tempatan... sbb sebahagian besar org kat sini adalah org2 muslim... kat sini boleh dapatkan semua jenis makanan halal... dari makanan basah sampai la makanan ringan semua ada kat sini...

Sekarang masa untuk SHOPPING!!!!... tak tau nama tempat shopping ni apa, sbb kepala dah fikir nak beli apa... huhu... ada masa 4 jam kat sini... perrgghhh..mmg heaven giler shopping... ni la masa untuk "BERGADUH" dan "BERTEKAK" dengan penjual... die akan bagi harga murah kat pelancong je... kat org jati Beijing xkan dapat harga semurah pelancong dapat sbb dieorg takut org jati Beijing akan datang balik untuk tukar barang yang dieorg beli kalau ada apa2 yang rosak...

Pukul 7 baru habis shopping..mmg maximize masa yang dieorg bagi..sampai lenguh2 kaki... lagi bawak 2 org kakak ipar aku tu, macam2 la dieorg beli... tukar tawar siapa??aku jugak..huhu..

Habis shopping terus g dinner..sbb dah penat sngt aku amek gambar semua makanan sekali gus..malas nak amek satu2... haha..kat sini baru jumpa ayam goreng ala2 kfc tu... perrgghhh... tiba2 rindu kat Malaysia...

Lepas makan mula la mata mengantuk..ingatkan terus balik hotel..rupa2nya singgah lagi kat Hard Rock Cafe Beijing..sbb malam ni malam last kat Beijing, terpaksa gak la keluar amek udara malam terakhir di Beijing... xshopping pun kat Hard Rock Cafe sbb duit dah nak habis... huhu

Lepas amek2 gambar kat situ, terus balik hotel... tido mati seperti biasa... hehe...

Tips percutian ke Beijing : KESIHATAN
Cuaca kat Beijing ni tak menentu... kadang2 panas, esok boleh sejuk melampau... dan udaranya sngt kering (terutama musim sejuk)... anda digalakkan bawak lipsgloss supaya bibir anda tidak merekah dan sapu losyen selalu supaya kulit anda tidak terlalu kering dan mengelupas... dan bawalah panadol/tiger bam untuk kegunaan semasa kecemasan kerana cuaca yang tidak menentu boleh menyebabkan anda sakit tiba2... tp jangan bawa ubat2 yg pelik pulak, karang xlepas imigresen/kastam...

Kehidupan, and more:

Percutian ke BEIJING (Day 4) + Masa