Penulis Terbaik + Masa

Percutian ke PADANG/BUKIT TINGGI (Day 2)



30/11/2010

Bangun pagi, gosok gigi, mandi sambil menyanyi, solat subuh tak lagi... hehehe... lepas bersiap terus turun breakfast kat restaurant hotel. Makanan sangat menghampakan. sikit sngt pilihannya..

Sebab semua kelaparan, berhenti sekejap di BIKA TALAGU... tempat ni ada jual "KEK NERAKA"... kenapa "kek neraka"??sbb kek tu dibakar atas dan bawah ada api..ala, macam buat bahulu tu... tapi bentuk dia ala2 pancake ataupun akok... diperbuat daripada pisang dan kelapa... sedap gak...

Kemudian, kami teruskan perjalanan ke KAMPUNG PANDAI SIKEK... di sini terkenal dengan aktiviti tenunan songket dan juga ukiran kayu... songket dia sngt mahal ok... tapi mmg berkualiti la... ukiran kayu lak, kebanyakkannya adalah golongan OKU...

Sebab kami tak shopping pun kat sini, kami jalan2 kat area kampung pandai sikek ni... kawasan dipenuhi dengan pelbagai jenis tanaman seperti padi, sayuran dan ternakan... background dia adalah gunung Merapi dan gunung Singgalang... mmg view sngt cantik, tapi sayang, gunung tu sentiasa ditutupi awan.

Kemudian perjalanan diteruskan ke EMBUN PAGI dan DANAU MENINJAU melalui kelok 44... kelok ni adalah selekoh... sebab kat sini ada 44 selekoh yang agak merbahaya gak la... kami berhenti di kelok ke-34 untuk melihat dari atas pamandangan Tasik Danau Meninjau... tak boleh nak turun sampai tasik sbb sulfur tengah naik, banyak ikan mati..so, mmg merbahaya untuk kesihatan la...

Perjalanan diterus ke KOTO GADANG yang terkenal dengan penghasilan perak. nak sampai tempat ni ngeri siot. jalan macam hampeh... sebelum sampai tu, sempat lagi shopping kerepek kat kedai tepi jalan... biar anak buah aku je yg beli, nnt paksu dia paw..yang tak boleh blah tu, ada pulak kerepek kulit lembu... eeeeee... jijik... hehe

Lepas tu makan tengahhari dan terus balik semula ke Bukit Tinggi. Kami terus ke JAM GADANG yang merupakan mercu tanda Bukit Tinggi. Jam biasa je... kat Malaysia pun banyak..haha

Tapi target utama adalah untuk shopping kat PASAR ATAS. pasar atas ni betul2 terletak bersebelahan jam gadang..kalau ada nampak replika harimau, tu la pasar atas... semua ada kat sini... baju sulam mmg banyak..murah2 lak tu... kesian ahli rombongan lain, dieorg xdpt shopping sngt sbb dah beli banyak kat tempat lain yang mahal, kat sini murah2 kot... dieorg menyesal giler beli awal2... tu la..bertindak mengikut arahan... hehe... aku shopping sampai lupa nak snap gambar, nak balik baru teringat nak amek gambar..sempat a few pics je...

Habis shopping terus balik hotel... nak jalan kaki boleh je, tp tetap tunggu bas..kan shopping sakan..mesti xlarat nak angkut semua barang..hehe...

Malamnya just kuar dinner... gambar takde... xde mood, sbb penat sngt shopping... boleh?hehehe...

Tips Percutian ke PADANG/BUKIT TINGGI : SHOPPING

Perkara yang paling seronok kalau kat Indon ni adalah shopping... yer la, jadi jutawan katakan... kalau kat Bukit Tinggi ni, harga agak mahal compared to Bandung atau Jakarta... tapi still boleh beli la... make sure tawar sampai 50%... dieorg ni degil sikit, mmg liat nak turun harga walaupun Rp1000..kalau dieorg tak turunkan harga just blah je dari kedai tu, sure dieorg panggil balik... jangan sesekali beli barang kat kaki lima, sbb harga lebih tinggi berganda2 dari Pasar Atas...

Kehidupan, and more:

Percutian ke PADANG/BUKIT TINGGI (Day 2) + Masa