Penulis Terbaik + Masa

Percutian ke PADANG/BUKIT TINGGI (Day 3 & Day 4)

1/12/2010

Pagi ni bangun awal sikit sbb kene packing barang... hari ni kene turun Bukit Tinggi sbb malam ni akan bermalam pulak kat Padang...

Lepas breakfast, cuma berjalan kaki ke NGARAI SIANOK kat depan hotel je... Ngarai Sianok ni ada permandangan alam yang sungguh menakjubkan dan juga terdapat LOBANG JEPANG di kawasan yang sama... Lobang Jepang ni adalah kawasan persembunyian tentera jepun bawah tanah yang meliputi 40% kawasan Bukit Tinggi... tapi tak siap sbb Nagasaki dan Hiroshima kene bom, so semua tentera Jepun diarahkan balik ke negara mereka...

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke TABEK PATAH untuk melihat home-industry setempat iaitu pisang salai dan penggilingan kopi secara tradisional... kat sini pisang salai dia kering dan rangup, xmacam kat Malaysia... pisang salai Malaysia lembik dan lembap... kat sini boleh minum kopi dan makan pisang salai free... kalau free mmg semua org suka la..hehe...

Lepas tu terus g makan tengah hari kat RESTAURANT PONDOK FLORA... kalau sebelum ni asyik makan masakan padang je... kali ni ada makanan tambahan iaitu ikan bakar... semua org berebut ok..lg2 makan kat tengah2 sawah... syok...

Kat luar restaurant ni ada majlis untuk Mitsubishi, tapi dah macam majlis kiteorg dah... suka suki je nyanyi atas pentas dan joget kat bawah... nampak sngt giler2 kiteorg ni... tak cukup dengan tu, g kacau lak orang tengah banting padi... dapat gak la try cara banting padi... susah gak buat cara lama ni...

Kami teruskan perjalanan ke ISTANA SILINDUANG BULAN ataupun dikenali sebagai ISTANO BASA PAGARUYONG... istana ni sngt cantik, tapi sayang xleh nak masuk dalam sbb masih dalam proses baik pulih sbb terbakar tahun lepas... ada replika kuda kat sebelah kanan istana ni, dikatakan dulu kuda tu menghadap jalan, tapi masa terbakar tu, kuda tu tiba2 menghadap istana dengan sendirinya..tak dapat dipastikan kesahihan cerita ni...

Seterusnya kami ke sebuah tasik... dah lupa nama tasik ni..sbb masa tu aku tido sepanjang perjalanan dan xde dalam itinerary... yang istimewanya tasik ni, dia ada pantai... konfius, ni tasik ke laut... tapi air xmasin pun... apa2 je la..yang penting amek gambar... hehe

Lama gak lepak kat tasik ni... lepas tu terus ke Padang dan check in kat HOTEL BUNDA... malam just kuar makan... tido awal sbb esok awal2 pagi dah nak bertolak ke airport...

2/12/2010



Bangun seawal jam 4 pagi, bersiap dan kemas luggage untuk ke lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau untuk penerbangan pulang ke Malaysia... sampai Malaysia dalam jam 10pagi... lepak2 dengan ahli rombongan kat LCCT lama sikit, then terus balik rumah... time ni la baru rasa penat, tapi mmg puas trip kali ni... terbaik lah...

Tips Percutian ke PADANG/BUKIT TINGGI : UBATAN

Cuaca di Padang lebih kurang cuaca di Malaysia, agak panas... tetapi cuaca di Bukit Tinggi agak sejuk dan berangin... perubahan cuaca semasa perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi mungkin menyebabkan anda rasa pening dan kurang enak badan... bawalah panadol untuk kelegaan..(dah macam iklan panadol pulak)... bawa lips gloss untuk elakkan bibir anda kering dan minum air selalu...

Kehidupan, and more:

Percutian ke PADANG/BUKIT TINGGI (Day 3 & Day 4) + Masa