Penulis Terbaik + Masa

Percutian ke BEIJING (Day 3)

Tarikh : 5/11/2010

Morning call seawal 5 pagi... aduiii... awalnya... sebab hari ni kene gerak awal... 630 pagi dah turun breakfast..makanan belum ada lg... kitaorg dah sampai... berlari2 pekerja hotel tu letak makanan... huhu...

Pukul 7 bas sampai terus ke Dataran Tian An Men... ingatkan kiteorg dah cukup awal, rupanya2 dah ramai org kat dataran ni... dieorg beratur dari tengah malam just untuk lihat mayat Mo Ce Tung, President pertama China... mayatnya diawet dan diletakkan di muzium untuk tatapan umum... kiteorg tak tengok pun... xkuasa nak beratur panjang... tour guide cakap, kalau beratur pagi, malam karang baru leh masuk...

Seterusnya kami berjalan ke arah pintu ke-3 Forbidden City iaitu sebuah komplek maharaja yang telah dibina sejak 500 tahun dahulu dan di sini terdapat bilik2 gundik yang berjumlah 3000++ kesemuanya... bayangkan betapa besarnya tempat ni... bagi mereka yang nak tgk muka Mo Ce Tung, leh tengok kat pintu masuk ni..sebesar2 alam muka dia...

Jalan kat dalam ni dekat 2 jam jugak la... tapi tak berpeluh or rasa penat, sbb cuaca sejuk... dapat la tengok pejabat maharaja, bilik mesyuarat, bilik tidur maharaja, bilik2 tidur gundik2 dan taman maharani...

Kemudian kami keluar kat pintu yang lain pulak, sbb xboleh nak patah balik keluar ikut pintu masuk tadi..nak tak nak, terpaksa la pusing sampai habis...

Kemudian mendaki tangga menuju ke Jingshan Park... sebelah Forbidden City je... kat sini leh nampak keseluruhan Forbidden city dan sebahagian bandaraya Beijing... time kiteorg sampai puncak Jingshan Park, cuaca kurang baik..kabus tebal sngt... so, xberapa clear la pemandangan dari atas ni...

Tak lepas peluang untuk pakai persalinan maharaja dan maharani... tp aku pakai maharaja je la... RMB25 (RM12.50) je untuk try dan dapat 1 gambar hardcopy..ok la tu... lepas tu leh posing seberapa lama korang nak...

Seterusnya kami ke gudang sutera... kami berlajar la cara2 nak keluarkan ulat sutera dari kepompongnya... kalau dieorg tanya caranya, just jawab masukkan ke dalam air panas... mesti korang kene puji... aku rembat 1 kepompong sutera..huhu...

Kat sini sutera lebih kepada cadar dan selimut... untuk baju ada gak, tp xbanyak pilihan... dan sutera dieorg tak la wangi macam sutera Malaysia... dalam kedai xboleh lak nak amek gambar... takut kita curi design dieorg kot...

Perut lapar, terus g lunch..lunch kali ni makan steamboat... aku kureng sikit steamboat ni... dah la steamboat dieorg guna air biasa je... kalau kat Malaysia guna sup atau tomyam... aku makan sikit je, sbb dalam tu dah campuur kambing semua... xboleh nak makan..takut pening balik...

Jalan punya jalan sampai lupa hari tu hari jumaat... huhu... so, pegi la semayang Jumaat kat Masjid Nan Dou Ya... Zuhor masuk dalam 1245pm... kiteorg sampai 130pm..ada org tengah bercakap2 kat depan... kiteorg ingat tengah khutbah... lepas habis "khutbah" tu terus la semayang... tp pelik, kenapa dieorg semayang sendiri2?so, kiteorg terus je la semayang jama'... rupa2nya yg tadi bukan khutbah, just tazkirah... aik??tazkirah dalam waktu zuhor??kira aku solat jumaat 2 kali la... haha...

Rasanya hari ni jalan entah berapa jam... mmg lenguh giler kaki ni..so, kiteorg pegi Foot Massage... yang penting free..haha..tengah2 urut tu datang la "doktor" periksa nadi kiteorg... ada ke dia cakap aku sakit liver... ngarut betul, pastu paksa beli ubat dieorg... anak buah aku lg kesian, kene censer perut... aku xlayan pun... layan kene urut lagi best...

Dan masa yang di nanti-nantikan... masa untuk shopping... haha... kami shopping kat Hong Qiao Pearl Market... kat sini boleh tawar menawar... make sure tawar sampai 80% tau... kene tahan sikit kalau kene marah or maki hamun... normal la tu... tapi xbeli banyak pun kat sini, sbb ni just cuba2 berlatih untuk tawar je, esok ada lg shopping tempat lain yg lagi besar dan lagi banyak pilihan...

Penat shopping terus g makan... 1st time jumpa makanan ada kuah..ala2 kari..sedap gak...

Lepas makan kita org tgk persembahan Kungfu kat Red Theater... macam muzikal theater la, tajuknya Chun Yi The Legend of Kungfu... mula2 best, dah sampai tengah mula la sorang2 tidur... huhu... bosan giler part menari2 tu... bukan kungfu sangat pun... tengok xde pun org melayu dalam tu... group kiteorg je... kaya betul kiteorg ni tgk persembahan kungfu tu... huhu..kat dalam tu xleh nak amek gambar, sbb takut ganggu pelakon2 dengan flash camera...

Lepas habis persembahan, terus balik hotel... sambung tidur yg terganggu kat theater tu..haha... penat sngt berjalan berjam2 kat Forbidden City pagi tadi agaknya...

Tips percutian ke Beijing : SHOPPING
Orang Malaysia mmg suka shopping... sampai peniaga kat sini boleh cakap melayu sikit2 sbb ramai sangat orang Malaysia datang shopping kat Beijing ni... kalau anda tak pandai cakap cina/english, jgn risau... tawar-menawar just guna calculator... make sure bargain sampai 80% tau... sila tawar sampai peniaga tu marah2 anda... its normal... jika dia betul2 marah kat anda, tp still bagi harga yg anda nak, maksudnya anda seorang pembeli yang bijak... jika tak puas hati dgn harga tu, blah je g kedai lain... semasa nak blah tu, peniaga tu akan panggil balik dan tawarkan harga yg lebih rendah, make sure korang stick dgn harga yg korang nak sampai peniaga tu setuju... kene marah, bergaduh mulut dan peniaga nak nangis adalah lakonan semata2 supaya anda tak tawar gila2... pedulikan semua tu... JANGAN TERTIPU!!!

Kehidupan, and more:

Percutian ke BEIJING (Day 3) + Masa