Penulis Terbaik [Hasil penelusuran untuk artis

  • Percutian sambil BERDIRI di SINGAPORE...

    Percutian sambil BERDIRI di SINGAPORE...

    4/12/2010

    Balik je dari Padang/Bukit Tinggi, cuma dapat rehat 1 hari je...
    esoknya dah bertolak ke SINGAPORE pulak...
    dapat tiket percuma + perjalanan percuma + penginapan percuma + duit poket untuk tengok konsert band2 dari KOREA...
    dalam pukul 6 pagi dah bertolak ke Singapore dan sampai dalam pukul 12 tengah hari...

    Alhamdulillah...
    sampai gak Singapore...
    naik cruise lagi dengan Dina, DJ EraFm dan orang2 Sony Music...
    (macam artis aku beb)

    Oh tak... aku tipu je...
    kami naik bas je la... tak naik cruise pun...
    bas AEROLINE yg standard VVIP tu...
    siap dapat makan free, ada TV kat setiap seat dan dll...
    dah macam dalam flight... best giler...

    Sampai Singapore terus check in hotel then cari tempat untuk lunch...
    kemain susah nak cari makan...
    nasib la pernah g Singapore sebelum ni...
    takla terkial2 nak cari tempat makan...
    last2 jumpa gak kat TIONG BARU MARKET...
    ada 1 je kedai melayu, yang lain semua kedai cina...
    order mee rebus... sedap giler...
    yang penting abg aku blanja...
    hahaha...

    Balik hotel terus bersiap untuk konsert MNET UNIVERSAL LIVE in ASIA...
    acara ni kat MARINA BAY SANDS EXPO & CONVENTION CENTER...
    konsert ni ada artis2 korea seperti BEAST, 2AM, MISS A, MBLAQ dan 2PM...
    korang kenal??
    aku xkenal pun dieorg ni... ada aku kesah?
    sebab dapat tiket free dan perjalanan ditanggung, so pergi je la..hehe...

    Agak kecewa sikit...
    banyak betul syarat2 tuk concert ni...
    semua jenis camera xboleh bawak masuk... siap ada spotcheck lg... camera hp je boleh...
    (penat je hurung DSLR)
    nak amek gambar dengan artis pun 1 snap je seorg dan org tertentu je dapat...
    nak mintak sain lg la xdapat...
    macam la hebat sngt...
    nasib la aku xminat, so tak la terkilan sngt...

    Bayangkan aku berdiri dari 530 petang sampai 1030 malam untuk dengar dieorg nyanyi...
    aku ingat ada seat... kalau tau berdiri mmg aku tak pergi...
    dah la sepatah haram aku xpaham...
    tapi rasanya, kalau budak2 pompuan kompem suka band2 korea ni...
    sebab yang dalam dewan ni 80% pompuan...
    menjerit2 macam kene sawan...
    HELLLOOOOO..aku lg ensem kot dari penyanyi2 korea tu...
    hehehe...

    (maaf kualiti gambar kureng sikit, sbb boleh amek gambar guna camera hp je..camera canggih2 kene tinggal luar dewan)

    Malam tu balik hotel terus terbongkang..
    penat giler beb berdiri...
    nasib la esok balik lambat sikit...

    5/12/2010

    Dalam pukul 10 dah berkumpul kat VIVO CITY tuk balik Malaysia...
    sempat lagi beli ole2 kat VIVO CITY...
    murah gak..standard kat indon je..
    sape kata kat Singapore xleh shopping...
    korang nak ole2??hehehe...

    Sampai Malaysia dalam pukul 5 petang...
    malam tu mmg syok giler tido...
    penat katakan...
    Perghhhh... minggu lepas mmg heaven giler pergi holiday sana sini...
    so, nak pegi mana pulak yer lepas ni??
    hehehe...

  • MITBCA2012 GALA NIGHT... satu lagi pencapaian www.1st-writer.blogspot.my

    MITBCA2012 GALA NIGHT... satu lagi pencapaian www.1st-writer.blogspot.my

    8/5/2012 yang lepas telah berlansungnya Gala Night untuk MITBCA 2012...
    alhamdulillah...
    blog www.1st-writer.blogspot.my berjaya mengungguli anugerah "BEST MALAYSIA INTERNATIONAL TOURISM PHOTOGRAPHY BLOG"

    Majlis berlangsung di Saloma Theatre Restaurant bertemakan Smart Casual...
    untuk tema mmg aku main taram je pakai apa yang ada...
    dengan majlis start pukul 7.30pm...
    memang kurang sesuai masa tu kan...
    time maghrib tu...
    sebab tu ramai yang datang lambat...

    Dimulakan dengan ucapan dari Menteri Pelancongan, Dato' Dr Ng Yen Yen...

    Habis je ucapan, dah boleh makan...
    tapi nak menunggu org serve kemain lambat...
    nak je senduk nasi sendiri, then bukak penutup lauk tu...
    dengan starternya yang... eeewwww... xsedap langsung...
    dengar cerita ramai yang sakit perut lepas event tu...
    nasib meja kiteorg xde yang sakit perut...

    Masa makan tu, ada la persembahan dari artis...
    artis jemputan malam tu Amanda Imani (dia lg) & Atilia...
    orang sibuk makan, persembahan org buat xtau je...
    hehe..

    Moment of truth...
    majlis penyampaian hadiah tuk pemenang...
    lambat betul nak tunggu nama disebut...
    hujung2 rupanya...

    Then amek gambar with all VVIPs and pemenang...
    ada tak pemenang yang korang kenal?
    mostly memang blogger2 popular...

    Sebab esoknya ada hal, so aku balik awal...
    malas nak tunggu majlis sampai habis...
    dengar cite ada buat tarian beramai-ramai...
    nasib aku balik awal...
    aku tak reti menari ok...
    hehe...

    Honestly, trophy ni bukan milik aku sorang...
    ni milik pengundi, pembaca dan penyokong www.1st-writer.blogspot.my...
    kalau ada siapa2 rasa nak pinjam trophy ni pun boleh...
    tu je yang boleh bagi...
    kalau ada dapat hadiah sampingan boleh gak kongsi bersama...
    biasa laaa...
    event government...
    semuanya save budget...
    hehe...

    Vote for www.eqbalzack.com in DiGi WWWOW Awards 2012 : Blogger of The Year ---> http://bit.ly/eqbalzack (VOTE SETIAP HARI!)

  • Lepas AARON AZIZ, MB Terengganu pulak!

    Lepas AARON AZIZ, MB Terengganu pulak!

    Bagi yang kenal blogger EqbalZack, pasti korang semua tahu...
    sebelum ni beliau telah melalukukan promosi DIGI WWWOW awards bersama ARTIS PALING POPULAR 2011, AARON AZIZ...
    kini beliau teruskan kempen promosi beliau bersama Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Ahmad B. Said pulak...

    Hebat bukan promosi beliau??
    tabik spring la..

    Bagi yang belum mengundi, korang boleh mengundi hari ini sehingga 13/5/2012...
    boleh undi hari2 tau guna akaun fb/twitter yang sama...
    buat bookmark siap2 link voting tu nanti...

    Di bawah ini di senaraikan cara-cara untuk VOTE blog eqbalzack.com dalam kategori "BLOGGER OF THE YEAR" untuk DiGi WWWOW Awards 2012. Ikut step seperti di bawah:

    STEP 1: KLIK DI SINI untuk VOTE.

    STEP 2: KLIK VOTE NOW
    STEP 3: LOG IN akaun FACEBOOK atau TWITTER anda, dan VOTE.
    STEP 4: KLIK VOTE NOW sekali lagi... Selesai!

    P/s : jangan pergi BERSIH 3.0... baik korang undi je blogger EqbalZack... boleh dapat Tshirt percuma... hehe

  • susah betul bila POPULAR

    susah betul bila POPULAR

    Wah... amat busy sekarang...
    nak buat entry pun tak sempat...
    ni curi2 masa menghadap blog...
    type sepantas kilat...

    Biasala..sejak jadi artis popular ni, banyak peminat kene layan..
    surat peminat pun banyak tak berbalas..hahaha...

    Sebahagian surat untuk peminat setia aku...

    Kalau peminat dalam Malaysia je takpe..
    ni dari oversea beb..hehehe..

    (jadi tak betul beberapa saat)

  • bila ARTIS datang rumah...

    bila ARTIS datang rumah...

    Macam gempak je kan tajuk entry...

    tapi mmg gempak pun... huhu...

    Weekend lepas, Khairil Rashid (DJ SinarFM) dtg ke rumah aku kat Johor...
    datang satu family...
    kenapa... ??
    biarlah ia menjadi rahsia keluarga kami... huhu...
    lama gak die kat rumah aku...

    Itu part best... part yang tak best ialah...
    aku xde kat kampung time tu...
    bz sikit kat KL nie...
    xsempat nak balik... huhu..
    tapi dah pernah jumpe die..so, xterkilan la sngt...
    Abang Khairil ada hadiahkan aku tshirt sinar fm..tQ..tQ..

    Khairil & isteri...

    Gambar kenangan Khairil Rashid & family bersama mak & abg zul...

    p/s : dengar cite dato' siti & datuk K lak nak dtg bulan depan..huhu...

  • Jamal Kasi Pecah Istana Budaya

    Jamal Kasi Pecah Istana Budaya

    Memang berbaloi-baloi... itu yang aku bole cakap pasal konsert Jamal... Kembara Seniman... puas hati aku tengok... memang all out siot jamal nyanyi..

    walaupun ada terkantol lirik masa lagu Berdendang Dalam Tangisan (bg yg perasan... aku prasan sbb suka lagu ni), tp Jamal berjaya cover baik punye... hehehe..siap ada request lagu..Jamal xmenghampakan peminat...

    artis jemputan pemenang tempat ke-3 bintang RTM, Fatin tidak mengecewakan..suara bole tahan beb... lawa lak tu..haha

    Konsert ni terbahagi kepada 2 segmen... rehat antara segmen 15minit...

    segment 1 : pementasan teater muzikal yang menyingkap dan membongkar kisah di sebalik nama Jamal Ubaidillah Ali sehingga menjadi Jamal Abdillah.

    segmet 2 : merupakan sebuah konsert yang menyaksikan alunan indah dan merdu oleh Jamal menerusi hampir 30 buah lagu dendangannya dalam pelbagai rentak.

    Jamal menyanyikan 35 lagu (hampir kesemuanya bernada tinggi) secara berterusan dalam konsert selama dua setengah jam. Untuk pengetahun semua, Jamal sudah pun berusia 50 tahun... wow..dalam usia yang macam tu, tak sangka Jamal masih mampu menyanyikan puluhan lagu dengan baik dan semuanya bernada tinggi... kak nita pun kalah..haha

    layan je pic2 bawah ni k... malas dah nak cite... best sngt2

    Panggung Sari Yang Gah Bertaraf Dunia

    Masih Kosong Sebelum Konsert

    Penuh Beb..Tiket Sold Out Malam Tadi

    You Are The Best Jamal!!!!

    Siap ada orang bagi bisnes card... nak promote hotel die kat seremban kot... haha..amek je..

    p/s : pic semasa persembahan xde... xleh nak amek gamba... nnt kene marah dgn awek cun yang jaga kat situ..hehe

  • Topeng H1N1 Untuk Anda

    Topeng H1N1 Untuk Anda

    Oleh kerana penularan wabak Viral novel influenza type A (H1N1) kian serius, kita perlu mengambil langkah-langkah pencegahan..bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati... elakkan dari pergi ke tempat-tempat yang ramai orang..klau nak g jugak, pakai la topeng...

    Tapi mungkin anda sudah bosan dengan topeng-topeng seperti ini...

    (lawa lak awek2 ni... hehehe)

    Apa kata anda cuba pulak topeng-topeng seperti ini

    Topeng Shah Rukh Khan

    Topeng Untuk Mudah Makan

    Topeng Jepun Yang Kiut

    Topeng Rimau..nnngggaaaauuummmm...

    Topeng Gas Pemedih Mata

    Topeng Pasangan Sejoli dan Penjimatan Kos

    Topeng Menakutkan Pencuri (yang parang tu xyah la k..hehe)

    Menarik bukan... apa kata kite try topeng-topeng ini esok semasa pergi kerja or ke supermarket..pasti ramai yang ingin bergamba bersama anda... macam artis beb... korang xnak glamer ke??hehehe... Selamat mencuba...

    Perkataan banjar untuk kali ini :-

    Ranggang - Renggang
    Andak - Letak
    Bahaul - Kenduri Arwah

    Selamat belajar... selamat beramal!!

  1. REVIEW : Revlon Colorburst Lip Butter
  2. REVIEW : Jealousness U.S.A cosmetics
  3. Sponsor Review + Giveaway : Lancome Visionnaire Advance Skin Corrector
  4. Sponsor Review : Garnier Light Peel-off Mask
  5. Sponsor Review : Pond's Clear Balance Facial Foam and Facial Scrub
  6. Sponsor Review : Fall Winter Romance 2011 From L'Oreal Paris
  7. REVIEW : John Galliano Parlez-moi d'Amour EDT
  8. REVIEW : My HG Foundation Lancôme Teint Miracle
  9. REVIEW : Revlon Colorburst Lip Gloss in Papaya
  10. REVIEW : Victoria's Secret - Sexy Little Things Noir Tease