Dah lama tak beli album original... asyik download kat 4shared je... yela..benda free... buat apa nak download2 lg kan...
Tapi, lepas tgk AIM dulu... terdetik lak nak beli album Faizal Tahir... yela..boleh menang Album Terbaik... TokTi kesayangan aku pun tak menang... hebat sngtkah album ni??
Apa yang boleh aku rumuskan... album Adrenalin ni mmg cukup berkualiti... vocal Faizal memang tak boleh disangkal... cuma pelik sikit... tak dinyatakan siapa pencipta lagu dan pemulis lirik untuk setiap lagu... dan pelik ada nama TokTi kat bahagian penghargaan... Semestinya lagu Selamat Malam & Bencinta menjadi kekuatan album ni... lagu2 lain pun not bad seperti Karma & Hanyut...
Rasanya siapa boleh menang album terbaik next AIM?? aku rasa Adibah Noor boleh mencipta kejutan... macam kejutan masa Juara Lagu menerusi lagu Terlalu Istimewa...
Album Teman menjadi taruhan ke-2 Adibah Noor... Kulit album simple je... namun yang menarik perhatian, setiap lirik adalah tulisan tangan... setiap lirik hasil tulisan tangan beberapa rakan beliau... lagu lak taknak kalah... 22 lagu (termasuk 5 minus one) kau dia bagi... ada satu lagu ditujukan khas untuk Allahyarham Yasmin Ahmad... lagu Sejujur Hatimu & Ratapan Sepi rasanya paling best...
Apa2 pun... dapatkan yang original di pasaran... jangan asyik nak download je... tapi kalau nak save bajet apa salahnye download kat 4shared kan... hehe...
Persembahan malam tu start pukul 9... tapi Stadium Malawati masih kosong... mmg jam nak ke Shah Alam tu...
Persembahan dimulakan dengan penampilan istimewa kumpulan INTEAM... kehadiran kelima-lima ahli lama Inteam mmg satu percaturan yang tepat... malangnya hanya satu lagu penuh dan seterusnya adalah lagu2 medley... kecewa gak..bagi la dieorg nyanyi lama sikit... antara lagu Inteam malam tu ialah Setanggi Syurga, Impian Kasih dan lain2...
Seterusnya persembahan dari IRFAN MAKKI dari Canada... xkenal pun... sekali dengar suara dia, nak tergelak aku... macam suara pompuan... haha..
Dan selepas itu kemunculan MAHER ZAIN... riuh sekejap dewan... for sure lagu seperti Barakallah, For The Rest Of My Life, Thank You Allah & InsyaAllah ditunggu... aku pun nyanyi la skali... maaf la VVIP & VIP yang duduk dekat dengan aku... dengar suara aku yang merdu itu... hehe...
Ada satu lagu baru dari Maher Zain bertajuk FREEDOM... FREEDOM berkisar tentang perjuangan rakyat di Tunisia, Egypt dan Libya menuntut revolusi... rasanya lepas ni boleh la download lagu tu... layan gak la...
Selain Irfan Makki, ada gak penampilan artis2 lain... ada MESUT KURTIS dari Macedonia... dan kejutan apabila Maher berduet bersama penyanyi utama kumpulan PADI, FADLI.. dieorg nyanyi lagu InsyaAllah dimana Maher nyanyi version English, Fadli nyanyi version Melayu...
Dah habis nyanyi semua lagu, penonton xmahu berganjak balik... terpaksa Maher Zain nyanyi balik beberapa lagu... menyanyikan semula Freedom, For The Rest Of My Life & InsyaAllah versi Melayu menutup persembahan pada malam itu...
Overall persembahan mantap... cuma agak kucar-kacir dari segi management... sbb aku dapat tiket free, so malas nak complain lebih2... hehe...
Memang berbaloi-baloi... itu yang aku bole cakap pasal konsert Jamal... Kembara Seniman... puas hati aku tengok... memang all out siot jamal nyanyi..
walaupun ada terkantol lirik masa lagu Berdendang Dalam Tangisan (bg yg perasan... aku prasan sbb suka lagu ni), tp Jamal berjaya cover baik punye... hehehe..siap ada request lagu..Jamal xmenghampakan peminat...
artis jemputan pemenang tempat ke-3 bintang RTM, Fatin tidak mengecewakan..suara bole tahan beb... lawa lak tu..haha
Konsert ni terbahagi kepada 2 segmen... rehat antara segmen 15minit...
segment 1 : pementasan teater muzikal yang menyingkap dan membongkar kisah di sebalik nama Jamal Ubaidillah Ali sehingga menjadi Jamal Abdillah.
segmet 2 : merupakan sebuah konsert yang menyaksikan alunan indah dan merdu oleh Jamal menerusi hampir 30 buah lagu dendangannya dalam pelbagai rentak.
Jamal menyanyikan 35 lagu (hampir kesemuanya bernada tinggi) secara berterusan dalam konsert selama dua setengah jam. Untuk pengetahun semua, Jamal sudah pun berusia 50 tahun... wow..dalam usia yang macam tu, tak sangka Jamal masih mampu menyanyikan puluhan lagu dengan baik dan semuanya bernada tinggi... kak nita pun kalah..haha
layan je pic2 bawah ni k... malas dah nak cite... best sngt2
Panggung Sari Yang Gah Bertaraf Dunia
Masih Kosong Sebelum Konsert
Penuh Beb..Tiket Sold Out Malam Tadi
You Are The Best Jamal!!!!
Siap ada orang bagi bisnes card... nak promote hotel die kat seremban kot... haha..amek je..
p/s : pic semasa persembahan xde... xleh nak amek gamba... nnt kene marah dgn awek cun yang jaga kat situ..hehe
"Kamu yang bawa ku terbang Kamulah jua yang membawa cinta Ke jalannya..
Kamu yang bawa ku terbang Ke bintang kejora cinta kita Kekal untuk selamanya"
(Lirik lagu Bawaku Terbang - The Fabulous Cats)
Dah lama tak guna passport aku nie... Kesian die terperap je dalam beg travel aku tu... Bukan la slalu travel oversea sngt... bukan la aku g jauh2 sngt... Tapi aku mmg suka travel...
Singapore...
Bali...
Jakarta...
... telah aku tawani... Aku berhajat nak g Bangkok ke... Manila ke... Australia ke... hehehe... Tapi cuak H1N1 pulak... Bila la bole travel lg...
p/s : lagu diawal entry ini tiada kaitan dengan entry ini... haha
Esok hari pertama masuk class MA... berdebar2 sbb xkenal sorang pun classmate... excited sbb tak sabar nak pegang scroll MA... hehe...
Subject aku semua hari Ahad... dari 10 pagi sampai 9 malam... korang sanggup? huhuhu...
Tapi takpe... aku ada 6 hari untuk cuti... boleh la aku bersuka ria, menikmati mimpi2 indah... hahaha...
Alamak... esok Anugerah Juara Lagu... start pukul 9 malam... habis class pun pukul 9 malam... aduiii... sempat ke tak nak tgk ni... nak ponteng, 1st class kot... harap2 la Prof habiskan awal... masalahnya Prof layan ke Juara Lagu... oh tidaakkkk!!!...
p/s : esok nyanyi betul2 yer Yuna & Adira, abg edy sentiasa bersamamu..cheewaaahhh... say no to Faizal Tahir... hehe...
Salam Ramadhan ke 21... Salam Kemerdekaan ke 53... tergerak untuk join contest ni... setelah lama tak join contest... saje join... support member blogger yang buat contest... jangan sombong2... nnt blogger lain xmo singgah dah blog ni... hehehe...
1.) SIAPAKAH BAPA KEMERDEKAAN? (a) Tunku Abdul Rahman
2.) BILAKAH DATO SERI DR MAHATHIR MOHAMAD MENGISTIHARKAN NAMA JALUR GEMILANG PADA BENDERA MALAYSIA? ( a) 31 Ogos 1997
3.) TUN HUSSEIN ONN ADALAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE-3,? (a) Betul
4.) TAHUN INI MERUPAKAN TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-? (b) 53
5.) APAKAH TEMA HARI MERDEKA TAHUN INI? (b) 1 Malaysia Menjana Transformasi
KEDUA : LENGKAPAN SLOGAN SAYA BERSYUKUR MENJADI ANAK MALAYSIA KERANA...
Lahirku ke dunia disinari keamanan negara... Membesar diriku bersama rakyat 1MALAYSIA... DEMOKRASI BERPARLIMEN rahsia kesejahteraan semua... JALUR GEMILANG terus berkibar bangga... Menambah semangat untuk berjasa... LAGU NEGARAKU berkumandang dimerata... Satu dunia kini membuka mata... BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN terus kekal berkembang berona warna... Tiada harum tapi masih terserlah impaknya...
Aku masih mampu mengalun irama sang 5 prinsip utama... KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN yang pertama... KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA yang kedua... KELUHURAN PERLEMBAGAAN yang ketiga... KEDAULATAN UNDANG-UNDANG seterusnya... KESOPANAN DAN KESUSILAAN mengakhirinya... Ku percaya ini kekuatan MALAYSIA kekal merdeka...
MELAYU, CINA, INDIA dan pelbagai etnik hidup bersama... Gelak tawa tangis duka dikongsi bersama... Indahnya hidup sebagai ANAK MALAYSIA... Penuh tradisi, penuh warisan, penuh sejarah tersendirinya... Aku ANAK MALAYSIA... Aku ANAK MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA... Laungan keramat tidak dilupa... Kekal dalam sanubari sang hamba... Doaku mengiringi kesejahteraan NEGARAKU MALAYSIA...
Ok dah siap... jom kuar jalan2 tgk gelagat "rakyat Malaysia" yang merdeka... hehe...
Hari ni pegi 1Utama jap... Bagi support kat family tuk penyampaian hadiah pakej percutian ke Beijing, China... Bukan apa, untung2 ada yang ajak aku nnt... hahaha...
Meriah giler beb... ramai reporter yang dtg... VVIP pun dijemput hadir tuk bagi hadiah... Timbalan Menteri Penerangan dan Komunikasi pun dtg (betul ke kementerian nie??)...
harap2 ada la terselit muka aku kat newspaper or TV nnt... hahaha...
Banyaknye ucapan...
Pemenang minggu ke-2, Shahrul Fazhan Mohd Shah (anak buah aku)...
Pemenang minggu ke-3, Sapiah Bte Saman (akak ipar aku)...
4 orang pemenang utama bergambar bersama VVIP...
Majlis dimeriahkan dengan penampilan istimewa Winnie K... sedap gak lagu melayu die tu...
Majlis habis... anak buah, abang-abang & akak ipar aku semuanya gembira dpt hadiah free...
Aku dah start bosan... hehe...
Sempat bergambar kenangan dengan Zizi & Naim (DJ suria fm)...
So, dah penat2 bagi support sampai datang majlis penyampaian hadiah, ada tak satu slot tuk aku follow gi China nie??hehe...
Aku bukanlah peminat fanatik filem Hindustan aka Bollywood... just layan biasa2 je.. selepas kehebatan KUCH KUCH HOTA HAI, aku rasa takde filem hindustan yang boleh menarik minat aku...
Tapi, baru2 ni aku tertengok rancangan apatah kat ASTRO RIA... dieorg cakap 3 IDIOTS adalah filem yang berjaya mengalahkan KUCH KUCH HOTA HAI...
Apa lagi... sehabis baik cari filem ni... yup..serius beb... mmg best... superb... excellent... brilliant muvie... macam2 emosi korang leh dapat dalam filem ni..
Mengisahkan 3 orang bakal2 engineer semasa alam Universiti.. mereka dianggap IDIOT oleh pensyarah dan kawan2.. tapi... korang tengok la sendiri k... lakonan AMIR KHAN dan KAREENA KAPOOR... bagi adik2 yang nak jadi engineer patut tgk cite ni...
p/s : sangat suka lagu zoobi doobi dari filem ni dan pertama kali aku suka lakonan Kareena Kapoor...
Ahad lepas... menghabiskan masa bersama Dayang... wah... nie 2nd time aku tgk showcase Dayang kat Hard Rock... menarik... tertarik... Dayang memang dabomb... huhu...
Aku yang xpandai menari, tiba2 ter"menari" bila Dayang nyanyi... lagi2 bila dia nyanyi lagu Dua Insan Bercinta... memang Rock R&B habis beb...
Sebelum balik sempat la amek gambar dengan Dayang... sporting habis... rapat habis... hehe...
Bila la Dayang nak buat konsert kat Istana Budaya... leh gak duduk.. penat berdiri... hehe...
n3x-g bukan la satu komuniti yg bersifat Ashobiah @ berpuak2... kami hanyalah rakan seUNIVERSITY yang sudah berkawan rapat sejak 6tahun lepas... kami mmg rapat dan kami hargai persahabatan kami...
Mayb tahun nie adalah raya terakhir untuk kami berkumpul bersama2... tahun depan kami akan sibuk dengan urusan masing2... dikesempatan yang ada, kami anjurkan "n3x-g raya celebration"..hampir semua yang datang... bukan juadah menjadi keutamaan, sbb makanan semua simple2 sahaja... kami lebih mementingkan persahabatan kami selama 6 tahun ini...
Bermula dengan menonton "Nur Kasih" kat TV9 bersama2..enjoy beb... diteruskan dengan jamuan raya yang happening gilos... yang penting lagu raya Raihan & Hujan menjadi santapan halwa telinga... hehehe
So, enjoy the pic...
Juadah...
Kami...
THE n3x-g STYLE...
Photographer... (azmie xde pic ko pegang camera)
Tuan punya blog tetap nak interframe...
credit juga untuk apex selaku treasurer, program manager, secretary and many other positions... nice la pek
Secara personal saya tak pernah berjumpa ibu kepada adik Alif ni, kak Anida... tapi saya kenal kak anida sebagai salah seorg kawan contest... untuk makluman, anak kak Anida, Alif sekarang sedang koma disebabkan jangkitan ROTAVIRUS...
Bermula dengan demam mencecah 42 degree, then dimasukkan ke wad, tak lama selepas itu terkena sawan dan sekarang sedang koma... dimasukkan ke wad ICU SJMC Sime Darby...
pic taken from kak anida FB
Ni antara status from FB kak Anida & suami:
Wednesday, 16 January 2013 Alif sekarang berada di ICU
Wednesday, 16 January 2013 Syahdunya hati ibu melihat wayar berselirat, hidung yg bertiup. Sekelip mata saja ianya berlaku. Baru semalam alif marah ibu sbb salah tekan games kegemaran alif, baru semalam alif nyanyi lagu untuk dia. Ya allah, ya tuhanku, kuatkanlah semangat alif untuk melawan virus yg menyerang otaknya. Kuatkan semangat anakku ya allah. Berilah alif kesihatan yang sempurna seperti sediakala. Aku memohon kepada Mu.
Thursday, 17 January 2013 Besar sgguh dugaan yg ku terima. Masih terasa kehilangan arwah amira, kini ku diuji pulak dgn alif. Apa yg Allah buat adalah yg terbaik. Tiada satupun yg tak baik. Alif, kuatkan semangat mu sayang. Ramai yg doakan kesihantanmu. Walau dr. kata harapan tipis, namun kita merancang tp tuhan menentukan. Semoga dgn doa-doa semua keajaiban akan berlaku. Ibu sayang alif!
Yesterday, 18 January 2013 Platelate alif semakin menurun dan kritikal. Andai boleh ibu menderma ibu sanggup tapi mereka perlukan dikalangan lelaki. Hampa ayah juga tidak dpt menderma kerana kurang tidur. Maafkan ibu dan ayah kerana tidak dapat membantu dari segi platelate sayang.
Yesterday, 18 January 2013 Salam... anak saya memerlukan penderma darah platelet sblm jam 3ptg di sjmc, syarat2 xkisah drh jenis ape, lelaki 18thn keatas, tiada mkn ubat yg berterusan..tq
Yesterday, 18 January 2013 Alhamdulillah... 2 penderma platelet telah cukup & lulus... terima kasih semua yg berusaha... terima kasih en.alisadikin & en.aziph -- dari FB husband Anida
Yesterday, 18 January 2013 Maaf sy x blh menjawap semua sms, pm. Secara ringkasnya, rotavirus telah menyerang otak alif. Keadaan alif masih koma, kritikal. Maaf sy x blh tulis byk sbb nk fokus n communite dgn alif. Jutaan terima kasih kepada semua di atas doa n pertolongan semua. Hanya allah yg dpt membalasnya. Terima kasih semua.
Today... Mulai esok bantuan oksigen dan ubat akan dikurangkan sedikit demi sedikit. Insyaallah, mudah-mudahan Alif stabil dan menunjukkan tindakbalas yg positif. Bagi yg melawat alif, maaf sekiranya saya tidak keluar bilik kerana saya ingin memberi sokongan sepenuh jiwa dan raga kepada anak kecil ini. Alif, semoga dgn sentuhan dan mendengar suara ibu alif mendapat kekuatan dan semangat untuk terus berjuang. Alif, diluar sana ramai yg mendoakan kesihatan Alif sayang. Kuatkan semangatmu sayng. Sayang Alif.
Adik, hari ni 1901 hari jadi ibu. Setiap tahun ibu tidak pernah meminta hadiah. Ucapan yg ikhlas lebih berharga dari hadiah. Tapi tahun ni Alif, hari ni Alif, dihari jadi ibu, ibu nak meminta satu hadiah. Hadiah kegembiraan yg akan ibu ingat sehingga hujung hayat ibu. Alif, ibu nak hadiah dari Alif, sedarlah Alif, buka matamu. Ibu rindui matamu yg sepet itu, ibu rindukan senyuman muncungmu. Ibu menanti hadiah darimu dengan penuh kesabaran sayang. Tahun ini ibu tidak menharapkan ucapan hari jadi. Ibu berdoa semuga Alif kuat, semoga Alif sihat seperti sediakala. Ya ALLAH YA TUHANKU kau sembuhkanlah Alif. Bagilah kami peluang untuk menjaga Alif sepertimana kami menjaga abg n kakaknya. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun, Maha mendengar, Maha Penyayang. Kau makbulkanlah doa-doa hambamu. Amin.
Marilah sama2 kita doakan semoga adik Alif kembali sedar... semoga adik Alif kuat melawan virus yang sedang menyerang bahagian otak beliau... dan kepada akak Anida & family, hope tabah menerima dugaan ini...
Sedikit info mengenai ROTAVIRUS:
Apakah Rotavirus? Cirit-birit dan muntah teruk yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak lazimnya berusia 5 tahun ke bawah.
Penularan Rotavirus Rotavirus sangat mudah menular. Ia boleh hidup hingga beberapa jam pada persekitaran dan beberapa hari pada permukaan tangan dan pepejal. Saluran tangan dan najis paling mudah menyebarkan Rotavirus. Selain itu, ia desebarkan melalui seorang ke seorang yang lain melalui tangan yang tercemar, barang permainan dan objek lain.
Mencegah Rotavirus * Memberi susu ibu. * Mendapatkan vaksin Rotavirus. * Membersihkan barang permainan dan kawasan bermain. * Amalkan kebersihan dan sanitasi asas seperti membasih tangan dengan betul.
Tarikh : 07/03/2010 Masa : 11 PM Tempat : Hard Rock Cafe Acara : Dayang & Marcell Sayang Showcase
Mempersembahkan Dayang Nurfaizah
Vocal all out... persembahan tiptop... tapi rasanya make up tang mata tu over sangat la Dayang... Dayang nampak macam berisi sikit la..hehe...
Mempersembahkan Marcell
Jejaka penuh dengan jenaka... memang betul2 berani... apa2 pun should behave sikit la Marcell... jgn peluk Dayang tu selalu, ramai yg jeles ok..hehe...
Mempersembahkan Dayang dan Marcell
2 jam sangat2 tidak puas... banyak lagu Dayang yang best tapi tak nyanyi.. kecewa sedikit di situ... but, really enjoy the nite...