Penulis Terbaik [Hasil penelusuran untuk puasa

  • Ahlan Ya Ramadhan

    Ahlan Ya Ramadhan

    Ketika Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengumumkan puasa jatuh pada hari berikutnya, aku mula pelik kenapa ahli keluargaku yang lain gembira..adakah mereka suka berlapar??tak minum... tak makan... nak korek hidung pun tak boleh... ish... aku tak suka langsung puasa..leceh...

    Tapi itu mungkin bertahun-tahun lama dahulu ketika aku masih dibangku sekolah rendah lagi... aku tak kenal erti ramadhan, puasa, tarawikh... bukan arwah ayah tak ajar semua tu, tp mungkin aku masih jahil... masih belum dibuka pintu hati...

    Tapi kini setelah beranjak dewasa aku lebih bersemangat... ramadhan tiba aku alu-alukan dengan kesyukuran... dengan kegembiraan... kini baru aku faham akan erti puasa yang sebenar..banyak fadhilat-fadhilatnya... tak perlulah aku senaraikan berjuta-juta fadhilat ramadhan... korang boleh cari sendiri di internet...

    Apa-apapun... aku nak ucapkan SALAM RAMADHAN KAREEM buat ahli keluargaku..semua pembaca blog ini dan rakan-rakan ku... semoga ramadhan ini memberi seribu keinsafan...

    Jangan lupa niat puasa ramadhan :

    نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ
    تـَعَالىَ

    (nawaitu shauma godhin 'an adaai fardli syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta'aalaa)

    “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala”

    "Ya Allah terimalah puasa dan qiam kami. Ampunkanlah segala dosa kami. Kurniakanlah kami lailatul qadar. Amin... "

    Perkataan banjar untuk kali ini :-

    Wilatong - Sejenis Rotan
    Kuantan - Periuk
    Takun - Tanya

    Selamat belajar... selamat beramal!!

  • Kompilasi Entry Cuti Hari Kemerdekaan

    Kompilasi Entry Cuti Hari Kemerdekaan

    Entry kali nie agak panjang sikit..sbb aku combine entry tuk cuti kemerdekaan... skrg aku masih di kampung...

    Kita start dengan hari pertama cuti aku :-

    Puasa Ke-8 : Kepulangan Yang Dinanti

    Seawal jam 10pagi aku dan abg aku bertolak dari serdang menuju ke selatan..mana lagi klau bukan batu pahat..kampung halaman yang aku tinggalkan agak lama... dekat 5bulan gak kot tak balik... hehehe..

    Hujan lebat sepanjang perjalanan... amek lorong kiri skali, masih fobia... kenapa??lu fikir la sendiri...

    Sampai rumah dekat pukul 1, disambut dengan keriangan anak2 buah... best sngt jumpe mereka... lepas tu terus aku tido..kepala masih pening penangan kambing (refer entry puasa ke-6)

    Bangun2 je, dah dekat waktu berbuka... apa lg,mandi2 dan tunggu abg ke-4 n his family datang... hari nie dieorg sponsor nasi ayam... so, mak aku xyah la susah2 masak... hehe...

    Sebahagian Juadah Untuk Buka Puasa

    Masing-masing Dongak Tengok Jam... hehe

    Si Kecil Tak Lepas Peluang Berbuka Bersama

    Bila Dah Masuk Waktu Berbuka, Semua Senyap Menikmati Makanan... Lapar Beb...

    Malam tu terawikh kat masjid kampung... pakcik aku jadi imam minggu nie... mmg sronok, sbb laju je... 915pm dah siap 8 rakaat... mampu buat 8 rakaat je... kan baru sampai kampung... penat masih xreda... (alasan... hehe)... balik terawikh makan lg... haha... hbs la gemok...

    Puasa ke-9 : Pra-Shopping

    Awal2 pagi dah kuar ke Batu Pahat... pegi mana??

    Square One ( Parkson & Carrefour)

    Nak Masuk Tempat Macam Ni, Topeng Kene Pakai... Safety 1st..

    Bukan shopping sngt pun..just beli beberapa barang untuk mak & abang aku yang nak "fly" minggu depan..g mana??tunggu next entry... hehe... aku sempat la paw abg aku bende nie... hehe

    American Airlines..Yeaaaa..Bertambah Satu Lagi Koleksi...

    Perjalanan balik singgah kat kilang kerepek md shah & asiah kat parit botak... klau yang duduk luar batu pahat mayb korang rasa kat air hitam tu kerepek2 dah ckup murah... sebenarnya, mahal tau klau compare beli kat kilang... hehehe... tiap2 tahun mak aku beli kerepek raya kat sini...

    Banyaknye... Rambang Mata Beb...

    Tibe-tibe Rasa Lapar... hehe

    Buka Puasa Petang tu just lite2 je... buka bertiga coz akak aku n family balik berbuka rumah mertua... so, xbanyak la makanan... nnt membazir... membazir itu rakan apa adik2???yeeee... pandai... syaitan ye jawapan die buat adik2 kat rumah tu..hehe

    Cukuplah Untuk 3 Orang..(dalam tudung saji xtunjuk lg..hehe)

    Puasa ke-10 : Berita Menyedihkan

    Pagi2 aku dapat sms kata ayah kepada member aku, Wan Faziati telah kembali ke rahmatullah... inalillah... sori wan... xdpt dtg, still kat kampung... semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 beriman... AL-FATIHAH... (tibe2 teringat kat arwah ayah... mode sedih)

    Petang nie dah nak balik KL..angkut mak sekali balik KL... hehe... mayb buka kat dalam perjalanan je...

    Start selasa sampai sabtu jadual aku memang pack... jgn harap la nak ajak aku g kuar buka pose ke, g teman shopping ke, g jalan-jalan ke... sebarang surat-menyurat memang tak dilayan..hehe...

  • PUASA jangan tak PUASA...

    PUASA jangan tak PUASA...

    1 Ramadhan...

    Puasa MULUT...

    Puasa TELINGA...

    Puasa MATA...

    Selamat berpuasa untuk semua...
    ikhlas dari edy, isteri dan anak-anak...
    hahaha...

  • Sekadar Renungan!!!

    Sekadar Renungan!!!

    Sekadar renungan... peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang.

    Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

    "Mana emak? "
    "Mak pergi menoreh," jawabnya.
    "Mana bapak?"
    "Bapak pergi kerja... "
    "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
    "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
    "Awak ada berapa orang adik-beradik? "
    "Sepuluh."
    "Adik ni yang ke berapa?"
    "Saya yang kelapan."
    "Mana abang-abang kamu pergi?"
    "Tolong emak menoreh."
    "Adik puasa hari ini?"
    "Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari... " Jawabnya.
    Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
    Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
    "Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
    "Bapak kerja apa?"
    "Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

    Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

    "Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

    Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

    "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
    Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
    "Cuma RM3.00 sehari."
    "Ayahnya bekerja macam mana"
    "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

    Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
    Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

  • pengertian PUASA sebenar...

    pengertian PUASA sebenar...

    1 Ramadhan...

    Puasa MULUT...

    Puasa TELINGA...

    Puasa MATA...

    Selamat berpuasa untuk semua...
    ikhlas dari edy & family...

  • Berpuasa Dengan Abah

    puasa datang lagi…(bukan dendang datang lg yer)
    sudah dua tahun aku xberpuasa dengan abah...

    sebelum2 nie dpt pose sama2(walaupun sekejap..sbb dok hostel),but this time aku rase kekurangan…
    i miss him so much…
    mase malam pertama puasa tu aku mimpi abah..
    aku jaga je dr tido aku terus sebak..tp tak menangis..aku panjatkan doa semoga abah ditempatkan bersama org2 beriman…

    abah..edy rindu bile abah……

    …………………………………………………………………….

    …setiap kali nak buka pose,abah mesti buatkan edy air milo…sbb abah tau edy suka air milo kan??
    abah kate minum milo edy leh jadi sihat dan kuat…
    tgk bah..edy sihat sekarang..betul2 sihat..
    edy dah jadi cam arwah atok(walaupun xpernah jumpe)…
    tinggi..besar…ensem..(hehe)
    abah slalu buatkan edy milo kat gelas biru yg besar tu…abah ingat x??
    tp gelas tu dah tinggal kenangan…edy dah xguna pun
    sbb setiap kali edy nak guna edy teringat kat abah…
    edy sebak..kadang2 edy nangis…edy bawak gelas tu masuk bilik..edy peluk gelas tu
    edy bayangkan edy peluk abah…
    edy syg gelas tu..sbb abah yg belikan gelas tu tuk edy…

    …setiap kali buka pose,abah akan bace doa…
    edy xpernah belajar bace doa buka pose..tp edy hafal sbb selalu dgr abah bace..
    sbb seat edy sebelah abah…alah..doa kat sebelah telinga je..xkan xleh hafal bile 30 hari dgr…
    setiap kali nak buka je…edy dah siap2 duduk…edy selalu tnye abah..”dah belum bah?edy lapar..”
    abah senyum…abah cakap sabar..tunggu abah bace doa baru bole makan…
    lepas abah bace doa je…eerrkkk…kenyang..hbs satu gelas air milo yg abah buat edy minum..huhu..sedap..
    pandai abah buat air..bile lg edy leh rase air milo abah??

    …terawikh abah ajar edy time umur edy 6 tahun..
    peerrgghh..excited giler nak g terawikh
    yer la..bukan nak solat..nak jumpe kawan2…
    hehe..
    tp edy solat la jugak sikit..dah abah buat full..edy xtahan..
    time moreh je,semua ketawakan edy,sbb edy dah mengantuk sngt sambil tersenggut2(betul ke perkataan nie aku guna?)..
    tp abah cool..abah biar edy tido atas riba abah..best sngt..abah mmg seorg yg penyayang…
    edy rindu nak tido atas riba abah lg…klau lah bole diulang masa..edy nak tido atas riba abah selalu..

    …puasa lak edy start umur 6tahun gak..abah yg gigih kejut edy tiap2 pagi tuk sahur…
    abah kate,pose satu hari dpt singgit..eee..bestnye…tp edy xpose full pun…
    abah pun tau edy ngelat…
    pernah satu hari tu,time abah xde kat rumah,mak ngan akak xpose..edy tumpang sekaki…
    siap makan durian lg bah…pastu nmpk abah balik je,edy terus gosok gigi..takut abah bau mulut edy bau durian..
    tp edy tau,abah nmpk edy makan mase tue..
    abah xmarah edy pun…
    tau2 je..raya abah bg duit raya bukan rm30..tp rm50..syok…
    edy terima kasih sngt2 kat abah..sbb didikkan abahlah,edy tau ape tu istilah pose..walaupun kecik cuma paham xleh makan minum je, tp itu cukup untuk mendidik seorg anak mcm edy..
    terima kasih abah…abah seorg ayah yg bertanggungjawab…

    …klau 10 hari terakhir berpuasa memang seronok..
    abah ingat tak,time2 camni la abah sibuk nak mengunjung (anta lauk2) kat rumah jiran2…
    sbb abah xmo sibuk sngt time hari raya..sbb hari raya lah org bnyk anta2..so our family ubah tradisi,anta awal sikit…
    abah xanta ketupat,tp abah anta nasi beryani…
    abah masak sendiri nasi beryani tue..sedap bah..edy suka makan..
    abah pandai masak..tp edy rasa rugi sbb edy xmewarisi kemahiran abah tue…
    edy pernah terniat nak belajar mcm mane masak nasi beryani tu…tp xde masa..yela..edykan study lg..
    tp abah ada ajar kat kak yah..edy janji,edy nak belajar dgn kak yah nasi beryani abah tue..
    nnt edy turunkan kat anak2 edy lak..
    biar kemahiran tu xkan putus..itu janji edy kat abah..
    time nak anta nasi beryani tu je,abah slalu ajak edy naik moto..
    edy peluk abah kuat2..hangat badan abah..bau badan abah masih edy ingat..cuma edy xdpt rasakan bende tu semua…
    edy rindu bah..edy nak peluk abah puas2…

    ……………………………………………………………………………….

    kenangan berpuasa bersama abah mmg banyak..
    edy bersyukur sbb edy dapat merasai bulan puasa selama 21tahun bersama abah
    walaupun pahit tanpa abah,edy ttp akan kenang saat indah berpuasa bersama abah..
    edy ingat lg..klau time buka,abah la selalu komplain itu xsedap,ini xsedap..tp abah komplain bukan marah,tp abah bergurau..kiteorg seronok dengan gurauan abah... tp semua itu hanya tinggal kenangan

    edy nak abah tau kami semua rindu abah…
    abah jaga diri baik2..
    kami sayang abah

    anakmu
    ~edy~

  • Iftar ECE @ Gombak Station

    Iftar ECE @ Gombak Station

    Puasa ke-17 kami warga ECE berkesempatan untuk berbuka puasa bersama di Gombak Station...

    Gombak Station sebelum diserbu...

    Seramai 38 orang sahaja yang join, tapi kira ok la sbb ini 1st time kami organize bende macam nie kat luar... so, mayb next time akan bertambah lagi...

    Pilihan menu bole tahan..sampai tak larat aku nak habiskan...

    Siakap 3 rasa... berbaloi-baloi...

    Daging masak merah... layanzzz...

    Tomyam campur... meletooppppp

    Telur dadar... simple...

    Kailan ikan masin... superb...

    Ayam pat-pet... menu dari thai... mengancam...

    Pencuci mulut... buahan2 tempatan menjadi pilihan...

    Satu meja 5 orang... dan meja kami diwakili...

    Wani, aku, azizul, syapeak & faishal...

    Meja-meja lain semua seronok berbuka puasa sambil bergurau senda

    Sebelum pulang, ada la ucapan dari wakil lelaki & pompuan... ada ke patut aku jadi wakil pompuan??xpe... layankan je... hehehe

    Sempat juga bergambar beramai2...

    Kami warga ECE mengucapkan Selamat Hari Raya buat keluarga di Malaysia... hehehe...

  • Puasa Ke-6 : Berbuka Chop 'n Steak

    Puasa Ke-6 : Berbuka Chop 'n Steak

    MasyaAllah... entry buka puasa lagi..hehehe

    Kali nie, dengan rezeki yang Allah berikan, aku & my roommate (Atip, Apek, Syapeak) berkesempatan untuk berbuka puasa bersama... kepalanya ialah si syapeak yang suggest tempat nie...

    Restaurant Chop 'n Steak Selayang
    (cawangan chop 'n steak a.ka. restaurant kapal kampung baru)

    Location die berhadapan dengan Giant & Parkson Selayang... kami kuar agak lewat, terpaksa meredah hujan dan kesesakkan lalu lintas berhampiran kawasan tasik tuk main layang-layang tu... Alhamdulillah sempat sampai sebelum waktu berbuka...

    Apa lagi..sesi meng"order" pun dimulakan sejurus dapat seat..hehehe... lihatlah muka-muka poyo kami yang kelaparan...

    Atip Manis dengan Senyumannya...

    Apek Kebasahan Redah Hujan... hehe

    Kepoyoanmu Terserlah Syapeak... hehe

    Control Ensem Walaupun Perut Dah Berbunyi... hehe

    Sebab order lambat..kiteorang pun dapat makanan lambat la..bila dah masuk waktu berbuka makanan masih tak sampai... so dieorg bagi air mineral sorang satu... bagus gak..

    Tak lama lepas tu makanan sampai... sedap2... hehehe...

    Air Tembikai Sampai Dulu... Fresh Dari Ladang... hehehe

    Ini Dia... Chicken Combo... Nyum Nyum Nyum...

    Aku dah langgar pantang... sepatutnya tak bole makan kambing... tapi aku balun gak kambing tadi... nama je Chicken Combo, rupenya die combo dengan kambing daa..layan je... mampus aku kepanasan malam nie... hehehe

    Namun langit tak selalu cerah... ada sesuatu yang mengejutkan dan menakutkan kami..tak perlu la cerita di sini... cuba teka la... hahaha

  • Puasa Ke-4 : Berbuka KFC

    Puasa Ke-4 : Berbuka KFC

    Tanggal 25 Ogos bersamaan 4 Ramadhan, aku, Syapeak, Faishal n Wani berkesempatan untuk berbuka puasa bersama... kiteorang ambil keputusan untuk berbuka di KFC dekat OTK... lama rasanya aku tak makan KFC...

    Oleh kerana mengikut selera perutku yang memang lapar, aku order...

    Shrimp Stix (menu baru aku rasa)

    Cheesy Wedges (sponsored by syapeak)

    Sementara tunggu Azan, sempat lagi berposing, bergosip (gosip ringan je... xbaik bergosip time pose..hehe) dan sebagainya..hehe

    Jemput Makan Semua...

    Syapeak Control Macho Pulak...

    Faishal & Wani... Pasangan Bahagia...

    Tadaaaaa... Licin Beb..hehe

    Selepas selesai berbuka, amek keputusan untuk solat Maghrib, Isyak & Terawikh dekat Masjid As-Sharif Greenwood, Gombak... Siap ada ceramah sebelum Terawikh... mantap..huhuhu... Kelebihan masjid nie banyak kipas, so xpanas klau nak solat lama2..hehe..

    Masjid As-Sharif

    Dewan Solat Yang Cantik... Banyak Kipas Lagi...

    Alhamdulillah..Jemaah penuh sampai keluar... biasala... awal2 puasa... hehe...

    Esok nak buka pose kat mana pulak??sapa nak ajak aku buka sama2 lg??hehehe...

  • hidup BUJANG balik...

    hidup BUJANG balik...

    Salam 5 Ramadhan...
    bermakna dah 5 hari aku berpuasa kat kampung...
    kalau time buka, xyah cite la...
    macam2 lauk pauk ada...
    sampai buncit (sikit je) perut aku...

    Maaflah...
    tiada entry lauk pauk mahupun makanan sedap2...
    takut ada yang terliur lak...
    sampai "terbuka" puasa awal...

    Tengah2 puasa ni, tgk kurma pun rasa sedap... huhu...

    Hari ni dah kene balik KL...
    menjalani kehidupan bujang balik...
    tak sabar nak shopping baju raya...
    nak baju raya warna ape ek tahun ni??
    siapa nak sedondon dengan aku??
    hehehe...

  • Seruan Kaabah...

    Seruan Kaabah...

    Alhamdulillah..rezeki mak skali lagi mengerjakan umrah... bulan puasa lak tu..mmg berebut org nak mengerjakan umrah pada bulan puasa... pergi bersama abg aku yang ke-7... rezeki mereka berdua pergi buat kali ke-2 setelah pergi bulan 6 hari tu...

    Mak & abg zul bertolak pagi ni pukul 1130am di KLIA dan akan pulang 3hari sebelum raya... Kali nie aku tak berkesempatan untuk menghantar mak & abg zul ke KLIA. sbb terlalu busy ... mmg tak bole nak skip hantar mereka sekejap... tp kami dah sempat berjumpa ketika cuti hari kemerdekaan yg lepas...

    Aku mendoakan mak dan abg zul dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan secukupnya, selamat pergi dan selamat pulang... semoga mendapat umrah yang mabrur... AMMIINNNN...

    Bawah nie aku post pic2 semasa 1st time mak pergi umrah dgn abg zul...

    Mak Sungguh Teruja Untuk Pergi Mengerjakan Umrah Sekali Lagi...

    Bersama Mak Di KLIA...

    Mak & Abg Zul Di Pyramid...

    Dari Kiri : Abg Zul, Khairil Rashid, Kak Ivy & Mak Berpakaian Ihram...

    Kak Ivy, Mak & Abg Zul Di Depan Kaabah...

    "Semulia Mekah Al-Mukarramah...
    Segah Madinah Al-Munawwarah...
    Seteguh Kaabah...
    Seharum Raudah...
    Sesegar Telaga Zam-Zam...
    Begitu Besar Nawaitu Bonda & Kekandaku Untuk Mengerjakan Umrah Mabrurrah...
    Sesungguhnya Mereka Bersedia Menjadi TetamuMU YA ALLAH... "

  • puasa BLOG...

    puasa BLOG...

    Salam 7 Ramadhan...
    sedar tak sedar dah 7 hari kita berpuasa...
    alhamdulillah...
    masih diberikan kesempatan untuk mengecapi nikmat Ramadhan...

    Semalam buat pertama kali masak untuk berbuka...
    masak sendiri ok...
    takde beli2...
    eh..ada... beli bahan2 kat giant...
    pastu masak sendiri...

    Masak mee kari...
    sedap ke tak, tak tahu la pulak...
    bila perut lapar, makan apa je pun jadi sedap...
    yang penting perut kene isi...
    huhu...

    Sejak berpuasa ni...
    rasa malas nak update blog...
    kalau puasa update blog boleh tak??
    hehehe...

  • cukup KE??

    cukup KE??

    Weekend baru ni, pagi petang siang malam balun nasi...
    perut membulat dah rasanya...
    so, arini puasa dari makan nasi...
    mula2 ingat nak puasa sunat...
    tapi terbuat air milo lak pagi tadi...
    hahaha... alasan kan??

    Ronda2 kat IKEA cuci mata...
    tiba2 teringin nak makan karipap...
    karipap IKEA ni mmg layan beb...

    Ini je makanan tuk arini...
    cukup ke??
    kompem2 la tak cukup...
    hahaha...

  • Bila Harus Memilih... Tolong!!!

    Bila Harus Memilih... Tolong!!!

    Entah macam mana tahun nie bole terbanyak lak baju raya aku... rasanya xkuar pun duit beli baju2 nie... mcm mana bole ada banyak nie??... ish... pelik tapi benar...

    Pening kepala mau pilih beb bila dah banyak2 nie... biasa tahun2 sebelum nie, mcm ada tak de je baju raya... tahun nie..amek ko..3 baju raya aku dapat...

    Tolong pilihkan baju raya yang patut aku pakai pada 1Syawal..

    Pilihan #1 : Coklat

    Kain die lawa... ada jalur2... mmg aku aim sejak awal puasa...

    Sampin pun ada...

    Masuk tak baju dengan sampin nie??...

    Kelebihan : aku tak pernah ada warna nie & masuk dengan warna kulit aku yang lite2 brown ni...
    Kekurangan : saiz M... time puasa mmg muat..takut lepas raya sendat jadinye... hehe

    Pilihan #2 : Hijau

    Hijau memang feveret colour aku...

    Butang pun matching hijau gak...

    Jenama pun tak nak kalah... huhu...

    Kelebihan : hijau memang colour feveret aku
    Kekurangan : baru je 2tahun lepas pakai baju warna hijau

    Pilihan #3 : Jubah

    Biru warnanya...

    Cantik gak design die...

    Kelebihan : jubah nie khas dibawa dari Mekkah
    Kekurangan : aku tak reti pakai jubah..mesti pelikkan??hehe...

    Plz vote ur feveret ok..hehe...

  • Puasa 6 : Hari ke-5

    Puasa 6 : Hari ke-5

    Alhamdulillah... dah 5 hari aku berpuasa ENAM...

    Biasanya aku just berbuka dgn cereal je...

    Kali nie nak manjakan diri sikit, aku berbuka kat PIZZA HUT...

    Aku order set SENSASI DELIGHT...

    25 extra cheese... No extra cost... katanya...

    Harga mmg diluar jangkaan... memang berbaloi-baloi... korang should try...

    Sup dan Pepsi dikala azan bergema...

    Garlic bread...

    Tempura Prawn Spaghetti...

    Cheesy Chicken Pizza...

    Walaupun hari ni banyak OPEN HOUSE... aku nekad tuk berpuasa...

    Hari terakhir... esok dah nak raya...

    Open house aku datang lepas berbuka je la yer... hehe...

    Photobucket
  • akhirnya MEWAH...

    akhirnya MEWAH...

    Akhirnya semalam dapat jugak berbuka MEWAH BANYAK...
    harga buffet RM65...
    mahalkan...
    tapi takde la aku nak membayar sampai banyak tu just untuk buka puasa...
    bukannya makan banyak sangat pun...

    Ni pun guna vouchers yang aku dapat...
    so, seawal 6 petang aku dah sampai kat SACC...

    Tarikkan utama kat sini ialah KAMBING KEBULI...
    makanan yang lain biasa2 je...
    cuma agak banyak la pilihan makanan...
    lebih 100 rasanya...

    Tengok tu, tinggal tulang je...
    mmg semua yang masuk serbu tempat ni dulu...
    nasib la meja aku dekat dengan kambing ni...
    org 1st tu yang amek NASI KAMBING KEBULI ni...
    hehe...

    Malam tu ada persembahan dari kumpulan nasyid IN-TEAM...
    tapi aku xminat kumpulan tu...
    lebih suka kumpulan HIJJAZ...
    so, aku blah sebelum IN-TEAM buat persembahan...
    hehe...

  • jalan-jalan buang TEBIAT...

    jalan-jalan buang TEBIAT...

    Semalam kebosanan melanda...
    so, keluar la mencuci segala anggota deria...
    hehe...

    Meronda-ronda di sekitar MID VALLEY...
    lama seyy xpegi midval...
    ada sell rupenye...
    waduh... masuk kedai sini rasa nak beli..
    masuk kedai sana rasa nak beli...
    last2 tak beli pun...
    bila mengenangkan CANON 60mm MACRO yang menjadi igauan...
    huhu...

    Ingat nak tengok wayang...
    mak aiii...
    panjang giler orang beratur...
    ni la akibatnya tak plan dulu sebelum keluar...
    book online kan senang...
    so, jalan2 je la keje aku sampai lenguh kaki ni...

    Oleh sebab menghormati bulan Syaaban dan Ramadhan yang bakal tiba...
    tiada gambar2 untuk cucian mata anda semua...
    kalau nak, pegi sendiri k...
    haha..

    p/s : dah masuk bulan ogos rupenyer... sekejap je masa berlalu kan... sat lagi nak puasa... tak sabarnya... ada siapa jual kek lapis sarawak tak??hehe..

  • Puasa Ke20 : Berbuka Kenny Rogers Roaster

    Puasa Ke20 : Berbuka Kenny Rogers Roaster

    Wah..dah masuk 10 malam terakhir Ramadhan... rasa sekejap sangat masa berlalu..kan..??

    Hari ni untuk berbuka, aku sempat tarik member aku g makan kat Kenny Rogers Roaster... dah lama teringin beb... check2 kat internet, paling dekat kat Jusco AU keramat... apa lagi..berdesup la g sana..dah nak dekat waktu berbuka kot..huhu...

    "Less fat... Less salt... Less calories"..memang sesuai tuk orang diet..hehe..

    Apa-apa pun kita order dulu... nyum nyum...

    Air oren..nak order air tembikai..tapi asyik tembikai je kan... hehe

    Muffin sampai dulu... dah lapar..kasi habis...

    Ini dia... Spicy BBQ... sedap gilos..lembut siot ayam dia...

    Terus ngap... eh... lupa...

    Jemput makan semua... nganga besar2..nak suap ni... hehe...

    Sebelum balik, sempat lagi usha tempat dieorg panggang ayam..macam ayam golek kat greenwood dulu je... hehehe... bau je dah sedap apatah lg rasa...

    Nak je beli empat2 ayam bawak balik... hahaha...

    mode : layan album Dato' CT - Tahajjud Cinta versi jimat cermat... hehehe

  • Puasa Ke-5 : Berbuka Secret Recipe

    Puasa Ke-5 : Berbuka Secret Recipe

    Sebelum Berbuka...

    ... Baca Komik Penghilang Bosan

    Semasa Azan...

    "Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin"

    Santapan Bermula...

    ... Chicken Cordon Bleu Menjadi Pilihan

    ... Green Apple Kasturi Penghilang Dahaga

    ... Brown Walnut Penyeri Santapan Akhir

    Selepas Berbuka...

    ... Wajib Licin... hehehe

    Alhamdulillah... esok kita berbuka di mana ya???

  • Trip To Labuan - Day 1 Part 1

    Trip To Labuan - Day 1 Part 1

    14 Ogos 2011

    Ini pertama kali melancong pada bulan ramadhan... mesti korang rasa macam buang tebiat kan... nak buat camne, time bulan puasa je free... hehe...

    Pagi tu selepas sahur terus ke LCCT untuk menaiki pesawat AirAsia ke Labuan... perjalanan selama lebih 2jam 20minit mmg layan tido je la... tp time dieorg serve makanan kat non-muslim, tibe2 rasa lapar... haha...

    >> MORE PICTURES CLICK HERE <<

  1. Review : Sariayu Automatic Eyebrow Pencil
  2. Cegah Penuaan Dini Pada Kulit dengan Marina Total Care Youthful Hand & Body Lotion
  3. Cantik dengan Kosmetik Halal
  4. Sponsor Review : L'Oreal Double Extension Curl Mascara
  5. REVIEW : Revlon Colorburst Lip Butter
  6. REVIEW : Jealousness U.S.A cosmetics
  7. Sponsor Review + Giveaway : Lancome Visionnaire Advance Skin Corrector
  8. Sponsor Review : Garnier Light Peel-off Mask
  9. Sponsor Review : Pond's Clear Balance Facial Foam and Facial Scrub
  10. Sponsor Review : Fall Winter Romance 2011 From L'Oreal Paris