Penulis Terbaik [Hasil penelusuran untuk Masa

  • Percutian ke BEIJING (Day 4)

    Percutian ke BEIJING (Day 4)

    Tarikh : 6/11/2010

    Pagi ni bangun pukul 6.30am... bersiap dan terus pergi breakfast... dalam kepada dah plan nak makan mee cina tu... mee yang buat sendiri tu... MEE TARIK kot namanya... sedap2 je aku bagi nama... haha..meenya sngt lembut... supnya sngt sedap...

    Lepas breakfast, kami dibawa ke sebuah kawasan untuk try beca China... yang kat Melaka tu pun aku xnaik lg..kat Beijing nak pulak naik..haha... ingat nak pilih pemandu yang gagah perkasa, yela..takut xlarat nak bawak aku kat belakang, last2 semua tua2, so, aku amek yg muda la... tenaga banyak lg...

    Kami dibawa melihat persekitaran "HUTONG" atau lorong2 antara rumah traditional Beijing... boleh la tengok dieorg basuh baju, bertekak semasa sendiri dan anjing2 dieorg comel2 je... tak macam anjing2 kat Malaysia... usha punya usha, tak jumpa lak anak dara tengah mandi... kecewa... haha... nama je rumah traditional, tp semua batu... yela, every year kerajaan China akan bagi peruntukkan kat dieorg untuk renovate rumah... tp ukiran2 China masih dikekalkan...

    Dalam pukul 9.00am macam tu kami dibawa melawat Bird Nest Stadium dan juga Water Cube... sngt cantik design dieorg... angin sngt kuat masa ni, ada la org jual layang2 area tu... udara pulak agak teruk... debu, habuk dan kabus semua bercampur... sbb hari sabtu, semua kenderaan dibenarkan keluar... xmacam hari2 biasa, kenderaan keluar mengikut nombor terakhir pada no flat mereka... agak sistematik untuk elakkan traffic jam...

    Kat sini just bergambar je... xmasuk pun... dah la bas parking jauh... so, nak dapat view yang dekat kene menapak dalam 5 minit gak... kat sebelah stadium ni, ada hotel yang berbentuk naga... satu bangunan agak tinggi menyerupai kepala naga, dan 4 lagi bangunan yang kecil sedikit membentuk badan dan ekor naga... hotel ni 7 bintang tau... 1 floor ada 1 bilik je..bayangkan betapa besarnya bilik tu...

    Selepas tu kami ke Olympic Sponsor Jewelery Shop berhanpiran stesen LRT stadium ni... kawasan agak tersorok... tp yang bangganya, ini kedai anak jati Malaysia dari Melaka..tp muka macam muka Jepun... punyala riak, dia cakap pagi tadi untung 1Million yuan, so dia bagi kiteorg sorang satu rantai Jed... walaupun tau kualiti kureng, amek je la...

    Masa untuk makan... haha..makan je kan kerjanya... kali ni makan kat restaurant yang menunya menjadi menu maharaja pada satu ketika dahulu... Mahathir masa muda pun pernah makan kat sini... siap ada gambar lg... tapi satu je prob makan kat sini, serve sngt lambat... kiteorg dah habis makan, masih ada makanan yg belum sampai... siap meja sebelah kami gaduh dgn pekerja sbb xpuas hati makanan lambat sampai...

    Seterusnya kami singgah dan melawat masjid terbesar di China, Masjid Niu Jie... lepas je solat, kitaorg lepak2 kat luar... tiba2 ada bilal laung azan kat luar masjid... eh... bukan dah lama masuk waktu ke??rupe2nya, tu azan menandakan untuk solat berjemaah... dieorg solat berjemaah agak lambat... kalau masuk waktu kita boleh solat sendiri, kalau nak tunggu solat berjemaah, 1 jam lepas tu baru ada... kat sini kita boleh tgk makam imam2 dahulu yang dieorg panggil sheikh... tapi masjid kat sini takde kubah ok, semua ala2 tokong cina je... tp sngt classic...

    Jalan depan sikit dari masjid tu ada Niu Jie Muslim Supermarket... tempat ni lebih dikenali sebagai "LITTLE MEKAH" oleh rakyat tempatan... sbb sebahagian besar org kat sini adalah org2 muslim... kat sini boleh dapatkan semua jenis makanan halal... dari makanan basah sampai la makanan ringan semua ada kat sini...

    Sekarang masa untuk SHOPPING!!!!... tak tau nama tempat shopping ni apa, sbb kepala dah fikir nak beli apa... huhu... ada masa 4 jam kat sini... perrgghhh..mmg heaven giler shopping... ni la masa untuk "BERGADUH" dan "BERTEKAK" dengan penjual... die akan bagi harga murah kat pelancong je... kat org jati Beijing xkan dapat harga semurah pelancong dapat sbb dieorg takut org jati Beijing akan datang balik untuk tukar barang yang dieorg beli kalau ada apa2 yang rosak...

    Pukul 7 baru habis shopping..mmg maximize masa yang dieorg bagi..sampai lenguh2 kaki... lagi bawak 2 org kakak ipar aku tu, macam2 la dieorg beli... tukar tawar siapa??aku jugak..huhu..

    Habis shopping terus g dinner..sbb dah penat sngt aku amek gambar semua makanan sekali gus..malas nak amek satu2... haha..kat sini baru jumpa ayam goreng ala2 kfc tu... perrgghhh... tiba2 rindu kat Malaysia...

    Lepas makan mula la mata mengantuk..ingatkan terus balik hotel..rupa2nya singgah lagi kat Hard Rock Cafe Beijing..sbb malam ni malam last kat Beijing, terpaksa gak la keluar amek udara malam terakhir di Beijing... xshopping pun kat Hard Rock Cafe sbb duit dah nak habis... huhu

    Lepas amek2 gambar kat situ, terus balik hotel... tido mati seperti biasa... hehe...

    Tips percutian ke Beijing : KESIHATAN
    Cuaca kat Beijing ni tak menentu... kadang2 panas, esok boleh sejuk melampau... dan udaranya sngt kering (terutama musim sejuk)... anda digalakkan bawak lipsgloss supaya bibir anda tidak merekah dan sapu losyen selalu supaya kulit anda tidak terlalu kering dan mengelupas... dan bawalah panadol/tiger bam untuk kegunaan semasa kecemasan kerana cuaca yang tidak menentu boleh menyebabkan anda sakit tiba2... tp jangan bawa ubat2 yg pelik pulak, karang xlepas imigresen/kastam...

  • KEPUTUSAN CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly

    KEPUTUSAN CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly

    Inilah masa yang dinanti-nanti...
    keputusan CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly...

    dan...
    PEMENANGNYA IALAH...

    KATEGORI UCAPAN

    Tempat Pertama : Amirah Muhajir

    + Topup RM30

    Mabruk,Edy umpama menerima helaian tanggungjawab seorang manusia.Tertafsir sudah doa mereka.Kini bermula seribu langkah membuka jalan hidup yang lebih luar biasa.Umpama Hajar membilang dahaga,akhirnya bertemu makna.

    MARKAH
    Pengadil #1 = 17/20
    Pengadil #2 = 14/20
    Pengadil #3 = 16/20
    Jumlah = 78.33%

    ----------------------------------------------------------------------------------------------

    Tempat Kedua : Anin

    + Topup RM10

    Berhempas pulas timba pelajaran
    inilah masa yang amat dinantikan
    melihat ibu ayah senyum kegembiraan
    terasa hilang segala keperitan
    TAHNIAH TAHNIAH dan TAHNIAH daku ucapkan
    moga segala ilmu dapat dimanfaatkan

    MARKAH
    Pengadil #1 = 17/20
    Pengadil #2 = 14/20
    Pengadil #3 = 15/20
    Jumlah = 76.67%

    ----------------------------------------------------------------------------------------------

    Tempat ketiga : Najihah Abas

    + Topup RM5

    Segulung ijazah bukan untuk dimegah,
    tapi tanda kecemerlangan ilmiah.

    Segulung ijazah bukan dapat diwarisi,
    tapi hasil usaha sendiri.

    Segulung ijazah untuk arwah abah,
    tanda membalas pengorbanan yang dicurah.

    Tahniah Edy!

    MARKAH
    Pengadil #1 = 16/20
    Pengadil #2 = 13/20
    Pengadil #3 = 15/20
    Jumlah = 73.33%

    ----------------------------------------------------------------------------------------------

    Untuk Kategori gambar pula...
    kerana penyertaan amat menggalakkan...
    terdapat penambahan pemenang...
    aku senaraikan top 5...

    Mungkin ramai yang tersilap...
    "The Beauty In Ugly" bukanlah tema contest ni..
    tetapi itu adalah trademark blog ni...
    ada kala kesilapan mentafsir membawa tuah...
    mana tau...

    dan...
    PEMENANGNYA IALAH...

    KATEGORI GAMBAR

    Tempat Pertama : Bella

    + Topup RM30

    MARKAH
    Pengadil #1 = 45/50
    Pengadil #2 = 43/50
    Jumlah = 88%

    ----------------------------------------------------------------------------------------------

    Tempat Kedua : Maria Elena

    + Topup RM10

    MARKAH
    Pengadil #1 = 44/50
    Pengadil #2 = 41/50
    Jumlah = 85%

    ----------------------------------------------------------------------------------------------

    Tempat Ketiga : Dayah

    + Topup RM5

    MARKAH
    Pengadil #1 = 45/50
    Pengadil #2 = 39/50
    Jumlah = 84%

    ----------------------------------------------------------------------------------------------

    Tempat Keempat : Puteri Faridah

    MARKAH
    Pengadil #1 = 42/50
    Pengadil #2 = 40/50
    Jumlah = 82%

    ----------------------------------------------------------------------------------------------

    Tempat Kelima : Pue89one

    Hadiah : Barangan dari Beijing

    MARKAH
    Pengadil #1 = 39/50
    Pengadil #2 = 41/50
    Jumlah = 80%

    ----------------------------------------------------------------------------------------------

    Tahniah buat semua pemenang...
    insyaAllah hadiah akan dipos dalam masa terdekat...
    bergantung kepada kelapangan masa yang ada...

    Kepada yang kalah jangan bersedih...
    cuba lagi next contest jika ada k...
    insyaAllah ada penghargaan untuk setiap penyertaan...
    yang belum hantar details tu cepat2 hantar k...
    lambat aku tak layan...

    Kalau dah menang tu jgn sombong2 lak nak jenguk blog ni...
    yang kalah gak jgn la terus benci dgn blog ni...
    teruskan berblogging yer kawan2...
    seronok baca blog korang semua...
    korang seronok ke blog aku??
    huhu...

  • kembalikan masa INDAH itu...

    kembalikan masa INDAH itu...

    SIBUK...

    aku benar-benar sibuk sekarang...
    terlalu banyak yang perlu aku tempuhi 2-3 minggu yang mendatang...

    ASSIGNMENT yang perlu DISIAPKAN...
    PRESENTATION yang perlu DIPERSEMBAHKAN...
    EXAMINATION yang perlu DISEMPURNAKAN...

    sehinggakan aku rasa benar-benar letih...

    tidak cukup TIDUR...
    tiada masa untuk MAKAN...
    tidak berkesempatan untuk BEREHAT...
    apatah lagi untuk BERHIBUR...

    YA ALLAH... berikanlah kekuatan untuk hambaMU ini...

    YA ALLAH... kembalikan masa INDAH itu...

    Photobucket
  • Percutian ke Bali - Day 1

    Percutian ke Bali - Day 1

    Alhamdulillah... ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke Bali setelah kali pertama ke sini sekitar March 2009... kalau dulu naik AirAsia, kali ni kami naik MAS pulak...

    Perjalanan dari KLIA mengambil masa selama 3 jam... kami tiba Denpasar Bali Ngurah Rai Airport lebih kurang pukul 6 petang... masa untuk KL dgn Bali adalah sama... so, tak yah pening2 nak tgk jam...

    Kami dijemput oleh tour guide kami, Pak Budi di ruang menunggu... kami dibawa ke restaurant berhampiran dengan airport untuk makan malam... aduh..makan lagi... hehe

    Makanan malam tu ialah masakan padang... ala, yang letak lauk banyak2 atas piring kecik tu... dan satu kemestian, mesti ada sambal hijau..memang itu yang aku cari kalau ke Indonesia... mmg sedap habis...

    Selesai makan, kami dibawa ke hotel untuk check in... kami menginap di Hotel Legian Paradiso di tengah2 Kuta... which hotel ni dekat dengan hotel yang aku duduk masa first time datang Bali... tapi hotel dia takleh lawan hotel yang aku duduk dulu... dulu bukak2 pintu balkoni je terus ada swimming pool... hehe...

    Bagi yang suka shopping, kat area Kuta ni banyak jual barang2 untuk dibuat koleksi peribadai mahupun ole2 untuk kawan2... nak massage pun boleh... kalau malam tu, happening macam Bukit Bintang la...

    Badan pun dah penat, esok nak jalan2 lagi... sambung next entry yer...

  • Percutian ke BEIJING (Day 1)

    Percutian ke BEIJING (Day 1)

    Tarikh : 2/11/2011

    Sampai masa untuk update pasal trip ke Beijing... memandangkan masa kat Beijing xboleh nak update blog, so aku terpaksa update part by part bermula hari ni... harap2 korang tak bosan la yer... dats y aku akan letak banyak sikit gambar untuk setiap entry...

    Bermulanya kisah percutian "murah" ke Beijing. Kami berkumpul di KLIA lebih kurang pukul 930 malam untuk check in... sementara tu sempat lagi makan McD... kali ni tak dapat naik train ke platform, sbb train under renovation until March 2011... group trip kami cuma 13 orang... aku suka group trip yg xramai ni, xbanyak sngt kerenah...

    Tarikh : 3/11/2011

    Flight berlepas ke Beijing tepat jam 1230 pagi... ni first time naik MAS... sebelum ni pernah naik Air Asia dengan Garuda Airlines je... MAS mmg terbaik, makanan sedap, layanan bagus, pramugari cun2... hehe...

    Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing lebih kurang 6 jam kemudian... lepas selesai semua pemeriksaan imigresen dan kastam, terus keluar cari bas yang sedang menunggu. perrgghhh..mmg sejuk betul... terpaksa pakai jaket sejuk, mafla, glove dan segala yg boleh elak sejuk... bercakap pun keluar asap..sekarang kat Beijing akhir musim luruh... suhu antara -2 hingga 15 darjah celcius... Malaysia ada??hehe...

    Destinasi pertama kami ialah Summer Imperial Palace... ini adalah perkarangan taman maharaja terbesar di china... dibina semasa pemerintahan Maharaja Qinglong pada tahun 1751... kawasan ni ada sebuah tasik yg sngt besar..dalam tasik ni ada ternak tiram untuk pasaran mutiara China... ramai golongan veteran kat sini main layang-layang, menari ala poco2 dan tarian yang entah aku sendiri tak tau... memandangkan skrg musim luruh, apa lg, amek gambar dengan daun2 yg gugur...

    Seterusnya, kami g shopping kat Fresh Water Pearl centre... kat sini la tiram2 yang dibela di dalam tasik Summer Imperial Palace tadi diproses dan dijual... dapat jugak tengok cara kopek tiram untuk keluarkan pearl tu, dan aku rembat 1 pearl yg fresh tu..huhu... kat sini aku xshopping pun... xminat dengan pearl ni... tapi akak2 ipar aku bukan main lg... borong sakan... sbb ada yg dieorg jual sngt murah... ni shopping centre kerajaan, so xboleh tawar menawar... harga fixed...

    Penat berjalan & shopping, masa untuk makan tengah hari... aku pun xtau apa nama kedai tu... sebab tulisan semua dalam tulisan China... cuma kalau nak tau kedai tu halal ke tidak, just tgk warna signboard kedai tu... if hijau, tandanya halal... mula2 takut gak xdapat nak makan makanan cina, tp so far, ok la..makanan sangat sedap... jangan nak demand seafood ok... mmg xde, sbb Beijing sngt jauh dari laut... cuma air takde air lain la... asyik2 teh takde gula... huhu...

    Perut kenyang, mata confirm ngantuk... kami terus g check in hotel... untuk sampai ke hotel, kami kene berjalan di lorong (hutong) antara rumah2 traditional China dari jalan besar... xde la jauh pun, dalam 100 meter je... hotel NingXia bertaraf 4 bintang mmg cantik, selesa dan yang penting hotel ni tawarkan makanan breakfast yang halal... sempat la lepak2, rehat2 dan tido selama 4 jam sebelum ke destinasi seterusnya...

    Dalam pukul 4 petang, kami bergerak ke destinasi seterusnya... kali ni nak pegi tengok Acrobatic Show... kami antara orang terawal yang datang, so dapat duduk agak depan betul2 berhadapan dengan pentas... persembahan oleh budak2 antara umur 5-20 tahun... mmg best... lembut betul badan dieorg ni... tau tak bayaran dieorg dapat berapa??seorg dapat RMB500 untuk setiap show... lebih kurang RM250... sehari ada 3 show, so RM750 sehari... mmg kaya beb...

    Habis show terus g makan malam... lauk lebih kurang sama je..yg penting tetap ada sayur kobis putih... sbb kat sana sngt murah... RM1 leh dapat 2kg... murah kan... kalau kat malaysia xdapatnya harga macam tu... lepas makan terus balik hotel... sebelum sampai hotel, beli buah kat hutong... dieorg timbang xguna kilo, guna kati... susah gak nak bercakap dengan peniaga tu... sampai hotel terus just bersihkan badan je... sebab cuaca sejuk, kami tidak digalakkan mandi menggunakan sabun... sehari sekali je..takut kulit mengelupas katanya... sebelum cuci badan/mandi, wajib rendam kaki dengan air panas dulu... lepas tu terus tido mati sampai subuh..huhu...

    Tips percutian ke Beijing : TANDAS
    Tandas kat Beijing ni mmg xde paip air... cuma ada sink kat luar tandas... so korang kene bawak botol sendiri untuk tadah air dari sink untuk guna buang air kecik/besar... tapi sebelum guna, rasa dulu air tu, takut air jadi terlalu sejuk atau terlalu panas... karang melucur pulak part sensitif tu... huhu... kalau boleh, sebelum kuar hotel, dah siap2 lepaskan hajat besar...

  • TAMAT... PERINGATAN untuk para PESERTA!!!

    TAMAT... PERINGATAN untuk para PESERTA!!!

    Tamat... Tamat..Tamat... Tamat...
    Tamat sudah GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh...
    penyertaan amat diluar jangkaan aku...
    sebanyak 381 penyertaan diterima dalam masa 1 minggu sahaja...
    terima kasih kepada semua yang menyertai contest ni...
    yang tak sertai pun terima kasih sbb masih skodeng blog ni..hehe

    InsyaAllah hari ni aku akan pilih pemenang...
    aku akan buat cabutan bertuah yer...
    so, korang jampi2 la nombor korang kat bawah ni...
    (jgn g jumpa bomoh dah la..hehe)

    Pengumuman akan aku buat esok bila2 masa sahaja...
    dan pemenang cuma ada 24 jam sahaja untuk menghantar butiran diri dari masa pengumuman dibuat...
    so kene alert dan selalu bukak blog aku...
    lambat aku bagi org lain...
    sbb ramai lagi yg betul2 nak hadiah ni...
    adilkan??
    setuju??
    suka aku la..kan aku penganjur... hehe..
    (jangan marah aaa)

    UPDATE : SENARAI PEMENANG SUDAH ADA... TUNGGU KEPUTUSANNYA ESOK (20/12/2010)!!!

  • aku kaki KLENTONG...

    aku kaki KLENTONG...

    Alhamdulillah...
    selesai FYP poster exhibition rabu lepas...
    ni la masa paling sesuai tuk jumpe semua member2 sama batch...
    dan masa untuk mengelentong orang2 industri...
    yela... dieorg yg nak bg markah...
    tapi semua mengharap dieorg xtau apa yg kiteorg buat..hehe..

    Lenguh beb kaki time ni...
    mana taknye... dari pukul 9 pagi sampai 4 petang asyik berdiri je...
    apa2 pun...
    layan je la pics2 kat bawah ni k...

    SEBELUM PRESENTATION

    Masing2 dok tengok jam... bilanya nak start ni??

    Baca doa apa yer tu bro??hehe...

    SEMASA PRESENTATION

    Bersungguh-sungguh nak jual product... hehe...

    Khusyuk orang dari industri dengar kelentong aku... hehe..

    SELEPAS PRESENTATION

    Tu dia..wajah2 lega...

    Dah namanya perempuan, mestinya sibuk bergambar je kan... hehe..

    Masing2 puas dengan apa yg telah dibentangkan...

    Ok kawan2...
    kita jumpe balik kat CAC ni masa amek ijazah k...
    hehe...

  • semasa BERSIH 3.0...

    semasa BERSIH 3.0...

    Masa Bersih 2.0 aku melarikan diri dari kota KL ni ke Perth/Sydney...
    sebab takde budget, masa Bersih 3.0 pergi dalam Malaysia je...
    cuti2 Malaysia kononnya...
    hehe...

    Percutian PERCUMA di RESIDENCE DESA LAGOON RESORT PD...
    guna voucher je...
    sebab tu percuma...
    hehe...

    Please vote for www.1st-writer.blogspot.my in MITBCA2012 : Malaysia International Tourism Photography/Art Blog (VOTE SEKALI SAHAJA)

    &

    Vote for www.eqbalzack.com in DiGi WWWOW Awards 2012 : Blogger of The Year (VOTE SETIAP HARI!)

  • Warkah Edy Buat Abah

    Masa kat Department of Engineering tadi, terpandang seorang ayah sedang bermain2 dengan anak lelakinya yang dalam lingkungan 3-4 tahun... comel betul... tibe2 aku rasa sebak... teringat arwah ayah... teringat kembali kenangan bersama beliau...

    So,aku rasa aku nak post balik apa yang pernah aku post kat blog friendster aku... bagi yang dah lama kenal aku kat friendster maybe korang pernah baca pasal Warkah Edy Buat Abah ni..bagi mereka yang baru kenal aku, aku nak kongsi sedikit saat-saat indah bersama arwah Ayah...

    [ just copy dr blog friendster aku... apa yg aku rasa setahun lebih lepas setelah kehilangan org tersayang... ]

    Abah..abah pegi mana???

    …………………………………...

    Pukol 6.17 pagi..aku mendapat panggilan…tp aku xsempat jawab…aku tgk hp,ade 17 mc..lepas tu kakak ipar aku call..aku angkat.."edy..abah dah xde..”.bagai nak gugur jantung aku..aku terduduk kat birai katil…aku tergamam..xtahu nak buat ape..namun aku semangatkan diri..aku mandi,solat subuh..solat sunat skali..lepas tu aku kejut romate aku,atip suruh anta g putra lrt..(tq atip..ko bnyk tolong aku..aku xkan lupa jasa ko)..sepanjang perjalanan air mata aku gugur..air mata yg aku simpan sudah lame..tp kali ni aku tewas…aku tidak hiraukan org lain..yg teringat kenangan indah bersama abah…

    …………………………………...

    Abah…
    Abah ingat x,mase abah ajar edy pegang joran..edy gembira sngt…abah ajar edy pasang tali tangsi..abah ajar edy pasang mata kail..letak umpan cacing..abah pegang tangan edy ajar cara nak lemparkan joran…terasa hangat tubuh abah masih edy ingat..lepas tue joran abah seperti ade yg mengena..abah suruh senyap..tp edy tetap menjerit2 kegembiraan sampai ikan tu terlepas..abah marah edy..edy merajuk..tp kat rumah abah belikan edy air kegemaran edy..air aiskrem soda..best..abah pandai pujuk edy

    Abah…
    Abah ingat setiap kali abah start motor je edy abah kate kat abah “abah..edy nak itot”..abah senyum je..tanda abah bg..edy bonceng belakang..abah kate”edy..peluk kuat2..nnt jatuh”..edy peluk abah kuat..kehangatan tubuh abah masih terasa hingga kini..

    …………………………………...

    Sampai je kat stesen komuter kajang,aku cepat2 cari teksi..tp aku xdapat sbb time tu org ramai pegi keje..last2 aku naik kete sapu..”bang..hospital kajang bole??”..aku naik..sampai je aku hulur rm50..abg tu pulang rm45..(mak aii..rm5??xsampai 2km pun)..aku malas nak gadoh2..kepala aku hanya pikir ayah aku je…sampai kat sane..abg aku dah tunggu..aku dibawa ke bilik mayat…aku tgk mak tgh tunggu kat sane..aku peluk mak kuat2…aku tak tahan bile tgk mak nangis..aku turut nangis..aku amek yasin..aku bace..dalam hati aku nak je tgk abah mase tu jugak..tp aku xmau nangis depan mayat ayah aku..aku tenangkan diri dulu..

    Lepas tu abg aku tnye nak mandikan mayat ke?aku angguk..alhamdulillah..kami 3 adik beradik yg ade kat KL nie mandikan tanpa sebarang kesulitan..ustaz yg beri tunjuk ajar tue kate semuanya lancar..xde ape2 masalah..aku tersenyum..lepas tu angkat lak ke tempat nak kapan…kami angkat pelahan2..letak pelahan..kami kapankan abah..time nak tutup kain last tue,kami diberi kesempatan tuk cium jenazah..mak dulu..pastu abg2 aku..aku last..time tu aku peluk abah puas2..aku kucuk pipi,dahi abah..sejuk…mana kehangatan tubuh abah yg aku rasa selama ini??time tu aku rase nak nangis lg..tp aku tabahkan diri..

    Aku teman abah sepanjang perjalanan pulang ke johor..aku xputus2 bace yasin..kadang2 aku terkenang saat2 indah bersama abah..

    …………………………………...

    Abah..
    Abah ingat x mase edy buat abah marah sngt..mase tu edy buli kawan edy mase balik sekolah..pastu mak die report kat abah..”kecik2 dah jahat..dah besar ko nak jadi apa”..edy ingat lg kata2 tu..abah sebat edy pakai getah paip..teruk gak edy kene masa tue..tp abah jugak yg sapukan minyak lepas tue..abah mintak maap..abah kate abah sayang edy..sbb tu abah xnak anak abah jd org jahat..edy terus peluk abah..edy mintak maap..edy nmpk mata abah berair..

    Abah..
    Abah ingat x,mase edy lambat balik rumah..lepas tuisyen je edy g rumah kawan edy..edy xcall abah..sampai pukul 630ptg baru edy balik rumah..abah sibuk sngt cr edy satu kampong..sampai pekan abah cari..ingat edy kene culik..mak dah nangis2 kat rumah..edy rase bersalah sngt..edy tau abah sayang edy sngt2

    Abah..
    Abah ingat x lg mase edy dapat keputusan upsr..biasa la org kampong..anak2 mmg susah nak dapat 5A..time tue edy rase mcm satu kepuasan dapat banggakan abah..edy dapat 5A bah..antara best student kat johor..abah belikan mcm2 untuk edy..edy tau,abah bangga sngt..tp edy kecewakan abah mase pmr..edy dapat 7A je..spm pun same..9A je..tp abah tetap bangga sebab edy yg terbaik dlm keluarga..bile edy dapat masuk UIA je..abah gembira sngt... itu yang abah nakkan... edy dah tunaikan

    …………………………………...

    Sampai je kat rumah..semua dah berkumpul…kami solat jenazah…aku kucup kali terakhir dahi abah..aku dapat kepercayaan abg2 lain tuk masukkan jenazah dlm liang lahat..time nak tutup dgn papan..aku renung muka abah buat kali terakhir…aku redha..semuanya dah selamat

    Kini semuanya dah berlalu..dah 10 hari abah tinggalkan edy..edy rindu abah…edy nak peluk abah..edy nak kucup tngn abah puas….tp edy tau,semua tu mustahil..

    Cume edy nak abah tau…EDY SAYANG ABAH SNGT2…al-fatihah

  • kami warga MAKMAL...

    kami warga MAKMAL...

    Sepanjang sem, lab instument tempat aku berkampung...
    bersama2 beberapa rakan yang lain...
    ditemani Bro. Sapora yang banyak membantu...
    tempat gelak ketawa..bergossip... dan sebagainya...

    FYP pun dah habis...
    so, masa untuk kemas lab...
    sambil tu ada makan2 sikit...
    nak hargai pertolongan Bro. Sapora yang mmg sporting habis...
    kalau takde dia, mmg hancur la FYP aku dan kawan2...

    Bro. Sapora & Haizum... mengumpat ke mengemas tu??

    Gambar kenangan...

    Aku akan merindui semua ini...

    Project aku...
    "Heart Sound Monitoring System"
    sape2 nak check jantung leh la jumpa aku yer...
    dah macam doktor dah aku nie... hehe

    Masa untuk makan...
    Breakfast McD... hehe...
    jemput makan semua...

  • peluh JANTAN

    peluh JANTAN

    Dah lama tak g jogging...
    walaupun masa terluang hanya sedikit...
    curi2 masa gak nak mengeluarkan peluh...
    semalam petang kuatkan semangat tuk g jogging gak...

    Berbekalkan camera tergantung di tengkuk...
    korang percaya ke aku g jogging??
    hehe...

    Layan je la pics kat bawah ni k...

    Pagi ni kaki sakit2 la..
    asyik kebas2 je...
    sbb lama tak jogging kot...
    ada petua tak nak kasi kaki cepat elok??

  • Percutian ke BANDUNG - Day 3 & 4

    Percutian ke BANDUNG - Day 3 & 4

    PART 3 : DAY 3

    Seperti biasa, bangun pagi dan breakfast di hotel...
    pagi tu ada briefing lagi...
    sementara tunggu semua siap, borak2 dan amek2 gamba kat lobi...

    Destinasi seterusnya ke Toko 3...
    kat sini banyak jeans2 pelbagai jenama dijual dengan harga yang murah...
    jeans2 ni original ok...
    hajat dihati nak beli Levi's...
    apakan daya, harga just kurang RM50-60 je...
    so, beli la jenama lain...
    rembat 4 jeans kat sini... hehe...

    Sebelum makan tengah hari, stop jap kat Gedung Sate...
    ni bukanlah tempat membeli belah...
    tapi satu mercu tanda kat Bandung ni...
    dinamakan Gedung Sate sbb ceracak untuk mengelak kilat seakan2 bentuk sate...
    tempat ni dijadikan pusat pentadbiran sekarang...
    masa pegi sini, tempat ni kotor giler...
    sbb pagi tadi ada jualan ala2 pasar malam sepanjang jalan kat Gedung Sate ni...

    Lepas bergambar kat Gedung Sate, g makan tengah hari...
    makan masakan melayu kat Restoran Raja Melayu...
    tertarik dgn sampin yang dipakai pelayan kat sini...
    lain dari yang kita pakai kat Malaysia...

    Lepas tu ke Paris Van Java..
    ni salah satu shopping complex terbesar kat Bandung...
    barang2 standard Malaysia...
    tak beli apa pun...
    just ronda2 je...

    Seblum balik hotel, melantak lagi...
    makan kat bandung ni mmg best...
    selera aku la...
    lepas makan terus balik hotel...
    kemas2 barang sbb esok dah nak check out hotel...
    dah nak balik Malaysia dah...

    PART 4 : DAY4

    Hari terakhir di Bandung...
    hari ni bertolak lambat sikit dari hotel...
    sbb hari Isnin, pagi2 orang dah kuar g keje...
    so, nak elak jam, kuar la lambat sikit...

    Sebelum bertolak ke Jakarta, singgah jap kat Kartika Sari...
    tempat ni jual pelbagai jenis kuih, kek dan kerepek...
    macam2 ada kat sini...
    beli la sikit tuk bawak balik Malaysia...

    Perjalanan dari Bandung ke Jakarta mengambil masa dekat 4 jam...
    tapi tak bosan sbb masing2 dok karaoke dalam bas...
    tapi aku senyap je...
    hehe...

    Flight pukul 7 malam (WIB)...
    Alhamdulillah selamat sampai kat KLIA 2 jam berikutnya...
    kami disambut oleh Salleh Yaacob dan Rustam...
    lepas bergambar kenangan dan bersalaman perpisahan, semua membuat haluan sendiri...
    semua melepaskan kerinduan kat family...
    aku terus balik rumah abg aku kat Bangi...

    Mesti korang rasa macam sronokkan??
    tapi bagi aku percutian kali ni biasa2 je...
    takde apa yang boleh dibanggakan...
    rasa macam nak pegi lagi ke Bandung...
    jom2..siapa nak ikut??

    Bulan 7 nnt maybe akan ke China lak...
    sana syurga membeli-belah gak...
    tak sabar rasanya nak pegi... hehe...

  • Contest I Love MyMum

    Contest I Love MyMum

    PESANAN PENAJA :
    JANGAN LUPA UNDI AKU UNTUK "Blog Personal Lelaki Pilihan" KAT SINI ----> http://bpm-undi.blogspot.com/
    CARI "The Beauty In Ugly" NOMBOR 9 DARI ATAS
    (sempat lg tu... haha)

    Kali nak join contest Misz Fatin pulak...
    xberharap pun menang...
    cuma memeriahkan majlis yg mmg dah meriah...
    ramai tu masuk...
    tapi rasanya 95% pompuan...
    untuk tidak menjatuhkan martabat lelaki...
    aku masuk la..hehe..

    SYARAT-SYARAT :
    1. Buat entry khas dengan meng'Upload' picha anda yang paling menarik, tertarik da bomb gitu bersama ibu anda.. (DONE)

    Gambar masa convo je... terima kasih buat mak sbb pengorbanan mak sebelum edy lahir sampai edy berjaya skrg... I LOVE U lah..MUAAXXHHH... hahaha
    (sweetkan gambar ni..walaupun korang tak rasa sweet, sila cakap sweet... hahaha)

    2. Nyatakan satu hadiah yg paling best anda pernah beri kepada ur mum masa bezday beliau.. (DONE)

    - Rasanya xpernah bagi hadiah time birthday, cuma belanja KFC kot... tapi time bukan birthday ada gak belikan gelang mutiara, perhiasan, baju dll... kalau fatin nak belikan hadiah, beli yg selalu dia pakai and boleh tahan lama... biar dia ingat kat kita time dia pakai benda tu... mesti sweet...

    3. Anda tidak di wajibkan jadi folower blog MISZ FATIN, (DONE)

    4. Sertakan link u'ols pada entry ini (DONE)

    5. Letakkan banner contest kat sidebar u'ols n link ke entry contest ini (DONE)

    6. Tag 3 rakan anda dan pastikan mereka tahu.. ~> eqbalzack, ummu ishak, umiey (DONE)

    Hadiah :
    1x top-up RM30

    Tarikh Tutup Penyertaan : 30/11/2010

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Ok la..nak packing barang untuk esok...
    nak terbang lagi...
    xsabarnya...
    korang nak ikut?
    hehehehe...

    PESANAN PENAJA :
    JANGAN LUPA UNDI AKU UNTUK "Blog Personal Lelaki Pilihan" KAT SINI ----> http://bpm-undi.blogspot.com/
    CARI "The Beauty In Ugly" NOMBOR 9 DARI ATAS

  • MITBCA2012 GALA NIGHT... satu lagi pencapaian www.1st-writer.blogspot.my

    MITBCA2012 GALA NIGHT... satu lagi pencapaian www.1st-writer.blogspot.my

    8/5/2012 yang lepas telah berlansungnya Gala Night untuk MITBCA 2012...
    alhamdulillah...
    blog www.1st-writer.blogspot.my berjaya mengungguli anugerah "BEST MALAYSIA INTERNATIONAL TOURISM PHOTOGRAPHY BLOG"

    Majlis berlangsung di Saloma Theatre Restaurant bertemakan Smart Casual...
    untuk tema mmg aku main taram je pakai apa yang ada...
    dengan majlis start pukul 7.30pm...
    memang kurang sesuai masa tu kan...
    time maghrib tu...
    sebab tu ramai yang datang lambat...

    Dimulakan dengan ucapan dari Menteri Pelancongan, Dato' Dr Ng Yen Yen...

    Habis je ucapan, dah boleh makan...
    tapi nak menunggu org serve kemain lambat...
    nak je senduk nasi sendiri, then bukak penutup lauk tu...
    dengan starternya yang... eeewwww... xsedap langsung...
    dengar cerita ramai yang sakit perut lepas event tu...
    nasib meja kiteorg xde yang sakit perut...

    Masa makan tu, ada la persembahan dari artis...
    artis jemputan malam tu Amanda Imani (dia lg) & Atilia...
    orang sibuk makan, persembahan org buat xtau je...
    hehe..

    Moment of truth...
    majlis penyampaian hadiah tuk pemenang...
    lambat betul nak tunggu nama disebut...
    hujung2 rupanya...

    Then amek gambar with all VVIPs and pemenang...
    ada tak pemenang yang korang kenal?
    mostly memang blogger2 popular...

    Sebab esoknya ada hal, so aku balik awal...
    malas nak tunggu majlis sampai habis...
    dengar cite ada buat tarian beramai-ramai...
    nasib aku balik awal...
    aku tak reti menari ok...
    hehe...

    Honestly, trophy ni bukan milik aku sorang...
    ni milik pengundi, pembaca dan penyokong www.1st-writer.blogspot.my...
    kalau ada siapa2 rasa nak pinjam trophy ni pun boleh...
    tu je yang boleh bagi...
    kalau ada dapat hadiah sampingan boleh gak kongsi bersama...
    biasa laaa...
    event government...
    semuanya save budget...
    hehe...

    Vote for www.eqbalzack.com in DiGi WWWOW Awards 2012 : Blogger of The Year ---> http://bit.ly/eqbalzack (VOTE SETIAP HARI!)

  • iPad ke-4...

    iPad ke-4...

    Sesuatu yang memuaskan ialah apabila usaha kita terbalas...
    iPad2 ke-4 yang dimenangi setakat ni...
    sudah pun selamat menjadi milik orang lain...
    hehe...

    Alhamdulillah atas rezeki dari-NYA...
    semoga dimurahkan rezeki lagi di masa hadapan untuk diri sendiri dan rakan2 blogger sekalian...
    amiiinnnn...

    p/s : skrg tgh sibuk... mmg takde masa nak update blog... rasa nak tutup blog je untuk selamanya...

    Nak menang jugak hadiah best2?
    just register je kat link2 ni...
    xperlu slogan... xperlu beli2 barang...

    Untuk menang DSLR : http://bit.ly/LFE46L

  • berDEBAR & meRESAHkan...

    berDEBAR & meRESAHkan...

    Semalam petang start pukul 6 dah duduk depan TV...
    semata2 nak sokong skuad piala Thomas Malaysia...
    piala Uber tengah hari semalam malas nak tgk..
    sebab kompem kalah...
    mmg betul2 kalah...
    hehe...

    Walaupun Malaysia menunjukkan kesengalan masa lawan Jepun...
    tapi sebab semangat kesukanan, aku sokong gak la Malaysia masa lawan Denmark semalam...
    nasib la menang...
    memang mendebarkan dan meresahkan...
    lagi2 bila dah seri 2-2...
    Hafiz Hashim memang terbaik..
    power lak kali ni die main...
    biasa sengal je..

    Sambil layan piala Thomas...
    mulut kompem la tak reti dok diam...
    bukan terpekik melolong dok sokong Malaysia...
    tapi dok mengunyah...
    haha...

    Dah lama xmakan jagung kukus...

    Sambil minum ice blended mocha...

    Lepas ni Malaysia lawan China kat separuh akhir...
    korang rasa leh menang ke??
    macam susah je..
    huhu

  • Percutian ke BEIJING (Day 3)

    Percutian ke BEIJING (Day 3)

    Tarikh : 5/11/2010

    Morning call seawal 5 pagi... aduiii... awalnya... sebab hari ni kene gerak awal... 630 pagi dah turun breakfast..makanan belum ada lg... kitaorg dah sampai... berlari2 pekerja hotel tu letak makanan... huhu...

    Pukul 7 bas sampai terus ke Dataran Tian An Men... ingatkan kiteorg dah cukup awal, rupanya2 dah ramai org kat dataran ni... dieorg beratur dari tengah malam just untuk lihat mayat Mo Ce Tung, President pertama China... mayatnya diawet dan diletakkan di muzium untuk tatapan umum... kiteorg tak tengok pun... xkuasa nak beratur panjang... tour guide cakap, kalau beratur pagi, malam karang baru leh masuk...

    Seterusnya kami berjalan ke arah pintu ke-3 Forbidden City iaitu sebuah komplek maharaja yang telah dibina sejak 500 tahun dahulu dan di sini terdapat bilik2 gundik yang berjumlah 3000++ kesemuanya... bayangkan betapa besarnya tempat ni... bagi mereka yang nak tgk muka Mo Ce Tung, leh tengok kat pintu masuk ni..sebesar2 alam muka dia...

    Jalan kat dalam ni dekat 2 jam jugak la... tapi tak berpeluh or rasa penat, sbb cuaca sejuk... dapat la tengok pejabat maharaja, bilik mesyuarat, bilik tidur maharaja, bilik2 tidur gundik2 dan taman maharani...

    Kemudian kami keluar kat pintu yang lain pulak, sbb xboleh nak patah balik keluar ikut pintu masuk tadi..nak tak nak, terpaksa la pusing sampai habis...

    Kemudian mendaki tangga menuju ke Jingshan Park... sebelah Forbidden City je... kat sini leh nampak keseluruhan Forbidden city dan sebahagian bandaraya Beijing... time kiteorg sampai puncak Jingshan Park, cuaca kurang baik..kabus tebal sngt... so, xberapa clear la pemandangan dari atas ni...

    Tak lepas peluang untuk pakai persalinan maharaja dan maharani... tp aku pakai maharaja je la... RMB25 (RM12.50) je untuk try dan dapat 1 gambar hardcopy..ok la tu... lepas tu leh posing seberapa lama korang nak...

    Seterusnya kami ke gudang sutera... kami berlajar la cara2 nak keluarkan ulat sutera dari kepompongnya... kalau dieorg tanya caranya, just jawab masukkan ke dalam air panas... mesti korang kene puji... aku rembat 1 kepompong sutera..huhu...

    Kat sini sutera lebih kepada cadar dan selimut... untuk baju ada gak, tp xbanyak pilihan... dan sutera dieorg tak la wangi macam sutera Malaysia... dalam kedai xboleh lak nak amek gambar... takut kita curi design dieorg kot...

    Perut lapar, terus g lunch..lunch kali ni makan steamboat... aku kureng sikit steamboat ni... dah la steamboat dieorg guna air biasa je... kalau kat Malaysia guna sup atau tomyam... aku makan sikit je, sbb dalam tu dah campuur kambing semua... xboleh nak makan..takut pening balik...

    Jalan punya jalan sampai lupa hari tu hari jumaat... huhu... so, pegi la semayang Jumaat kat Masjid Nan Dou Ya... Zuhor masuk dalam 1245pm... kiteorg sampai 130pm..ada org tengah bercakap2 kat depan... kiteorg ingat tengah khutbah... lepas habis "khutbah" tu terus la semayang... tp pelik, kenapa dieorg semayang sendiri2?so, kiteorg terus je la semayang jama'... rupa2nya yg tadi bukan khutbah, just tazkirah... aik??tazkirah dalam waktu zuhor??kira aku solat jumaat 2 kali la... haha...

    Rasanya hari ni jalan entah berapa jam... mmg lenguh giler kaki ni..so, kiteorg pegi Foot Massage... yang penting free..haha..tengah2 urut tu datang la "doktor" periksa nadi kiteorg... ada ke dia cakap aku sakit liver... ngarut betul, pastu paksa beli ubat dieorg... anak buah aku lg kesian, kene censer perut... aku xlayan pun... layan kene urut lagi best...

    Dan masa yang di nanti-nantikan... masa untuk shopping... haha... kami shopping kat Hong Qiao Pearl Market... kat sini boleh tawar menawar... make sure tawar sampai 80% tau... kene tahan sikit kalau kene marah or maki hamun... normal la tu... tapi xbeli banyak pun kat sini, sbb ni just cuba2 berlatih untuk tawar je, esok ada lg shopping tempat lain yg lagi besar dan lagi banyak pilihan...

    Penat shopping terus g makan... 1st time jumpa makanan ada kuah..ala2 kari..sedap gak...

    Lepas makan kita org tgk persembahan Kungfu kat Red Theater... macam muzikal theater la, tajuknya Chun Yi The Legend of Kungfu... mula2 best, dah sampai tengah mula la sorang2 tidur... huhu... bosan giler part menari2 tu... bukan kungfu sangat pun... tengok xde pun org melayu dalam tu... group kiteorg je... kaya betul kiteorg ni tgk persembahan kungfu tu... huhu..kat dalam tu xleh nak amek gambar, sbb takut ganggu pelakon2 dengan flash camera...

    Lepas habis persembahan, terus balik hotel... sambung tidur yg terganggu kat theater tu..haha... penat sngt berjalan berjam2 kat Forbidden City pagi tadi agaknya...

    Tips percutian ke Beijing : SHOPPING
    Orang Malaysia mmg suka shopping... sampai peniaga kat sini boleh cakap melayu sikit2 sbb ramai sangat orang Malaysia datang shopping kat Beijing ni... kalau anda tak pandai cakap cina/english, jgn risau... tawar-menawar just guna calculator... make sure bargain sampai 80% tau... sila tawar sampai peniaga tu marah2 anda... its normal... jika dia betul2 marah kat anda, tp still bagi harga yg anda nak, maksudnya anda seorang pembeli yang bijak... jika tak puas hati dgn harga tu, blah je g kedai lain... semasa nak blah tu, peniaga tu akan panggil balik dan tawarkan harga yg lebih rendah, make sure korang stick dgn harga yg korang nak sampai peniaga tu setuju... kene marah, bergaduh mulut dan peniaga nak nangis adalah lakonan semata2 supaya anda tak tawar gila2... pedulikan semua tu... JANGAN TERTIPU!!!

  • LAYAK ke?

    LAYAK ke?

    Terkejut... memang aku terkejut...
    ini semua kerana Blog Pilihan Malaysia 2010...
    dah tercalon untuk Blog Personal Lelaki Pilihan pun aku dah syukur...
    inikan pula tercalon untuk top 5 pula...

    Aku tak cukup masa untuk menagih undian...
    tak cukup masa untuk "spam" bahagian comment semua blogger suruh undi aku... (hehehe)
    tapi aku tau korang yang baca blog ni yang "CLICK" undi tu kan??
    terkejut aku pagi tadi dapat SMS dari member kata aku masuk top 5...
    sebab sibuk berjalan2 kat Bukit Tinggi ni...
    malam tadi baru sempat tengok...

    Terima kasih banyak2 kat korang semua sbb bagi support kat blog aku...
    terharu beb...
    meleleh air hingus... hehehe...

    Lepas ni ada undian kali kedua...
    tapi dah masuk top 5 pun syukur...
    untuk undian seterusnya maybe xsempat gak nak melobi undian...
    sebab sibuk travel lagi dan lagi...

    Tapi korang yang nak undi, leh la usha2 Blog Pilihan Malaysia 2010
    nak undi aku boleh, nak undi rakan2 blogger hebat lain pun boleh...
    macam tak layak je The Beauty In Ugly masuk bertanding...
    tp, apa2 pun... yang penting... KITA ENJOY!!!!

    *Rindu dengan masakan MALAYSIA...

  • monolog PENGANGGUR teragung...

    monolog PENGANGGUR teragung...

    Pagi...
    rutin harian bersesak-sesak di jalanan...
    bersama BMW, ACCORD mahupun MYVI...
    semua atas matlamat yang sama...
    tiba sebelum waktu bekerja bermula..

    Senja...
    seperti kebiasaannya...
    masih bersesak-sesak...
    tika masa kesabaran dicabar...
    bisa keletihan bekerja buat jiwa memberontak...

    Alangkah indahnya menjadi kanak-kanak...
    leka dengan pelbagai permainan...
    suruh makan, mereka makan...
    suruh mengaji, mereka tak tahu...

    Entah bila akan berakhirnya episod aku sebagai seorang penganggur...
    adakah aku sudah bersedia ke alam yang lain?
    atau aku perlukan masa untuk berehat setelah habis belajar?
    atau haruskah aku teruskan destinasi pengajianku ke satu tahap yang lebih tinggi?

  • Berpuasa Dengan Abah

    puasa datang lagi…(bukan dendang datang lg yer)
    sudah dua tahun aku xberpuasa dengan abah...

    sebelum2 nie dpt pose sama2(walaupun sekejap..sbb dok hostel),but this time aku rase kekurangan…
    i miss him so much…
    mase malam pertama puasa tu aku mimpi abah..
    aku jaga je dr tido aku terus sebak..tp tak menangis..aku panjatkan doa semoga abah ditempatkan bersama org2 beriman…

    abah..edy rindu bile abah……

    …………………………………………………………………….

    …setiap kali nak buka pose,abah mesti buatkan edy air milo…sbb abah tau edy suka air milo kan??
    abah kate minum milo edy leh jadi sihat dan kuat…
    tgk bah..edy sihat sekarang..betul2 sihat..
    edy dah jadi cam arwah atok(walaupun xpernah jumpe)…
    tinggi..besar…ensem..(hehe)
    abah slalu buatkan edy milo kat gelas biru yg besar tu…abah ingat x??
    tp gelas tu dah tinggal kenangan…edy dah xguna pun
    sbb setiap kali edy nak guna edy teringat kat abah…
    edy sebak..kadang2 edy nangis…edy bawak gelas tu masuk bilik..edy peluk gelas tu
    edy bayangkan edy peluk abah…
    edy syg gelas tu..sbb abah yg belikan gelas tu tuk edy…

    …setiap kali buka pose,abah akan bace doa…
    edy xpernah belajar bace doa buka pose..tp edy hafal sbb selalu dgr abah bace..
    sbb seat edy sebelah abah…alah..doa kat sebelah telinga je..xkan xleh hafal bile 30 hari dgr…
    setiap kali nak buka je…edy dah siap2 duduk…edy selalu tnye abah..”dah belum bah?edy lapar..”
    abah senyum…abah cakap sabar..tunggu abah bace doa baru bole makan…
    lepas abah bace doa je…eerrkkk…kenyang..hbs satu gelas air milo yg abah buat edy minum..huhu..sedap..
    pandai abah buat air..bile lg edy leh rase air milo abah??

    …terawikh abah ajar edy time umur edy 6 tahun..
    peerrgghh..excited giler nak g terawikh
    yer la..bukan nak solat..nak jumpe kawan2…
    hehe..
    tp edy solat la jugak sikit..dah abah buat full..edy xtahan..
    time moreh je,semua ketawakan edy,sbb edy dah mengantuk sngt sambil tersenggut2(betul ke perkataan nie aku guna?)..
    tp abah cool..abah biar edy tido atas riba abah..best sngt..abah mmg seorg yg penyayang…
    edy rindu nak tido atas riba abah lg…klau lah bole diulang masa..edy nak tido atas riba abah selalu..

    …puasa lak edy start umur 6tahun gak..abah yg gigih kejut edy tiap2 pagi tuk sahur…
    abah kate,pose satu hari dpt singgit..eee..bestnye…tp edy xpose full pun…
    abah pun tau edy ngelat…
    pernah satu hari tu,time abah xde kat rumah,mak ngan akak xpose..edy tumpang sekaki…
    siap makan durian lg bah…pastu nmpk abah balik je,edy terus gosok gigi..takut abah bau mulut edy bau durian..
    tp edy tau,abah nmpk edy makan mase tue..
    abah xmarah edy pun…
    tau2 je..raya abah bg duit raya bukan rm30..tp rm50..syok…
    edy terima kasih sngt2 kat abah..sbb didikkan abahlah,edy tau ape tu istilah pose..walaupun kecik cuma paham xleh makan minum je, tp itu cukup untuk mendidik seorg anak mcm edy..
    terima kasih abah…abah seorg ayah yg bertanggungjawab…

    …klau 10 hari terakhir berpuasa memang seronok..
    abah ingat tak,time2 camni la abah sibuk nak mengunjung (anta lauk2) kat rumah jiran2…
    sbb abah xmo sibuk sngt time hari raya..sbb hari raya lah org bnyk anta2..so our family ubah tradisi,anta awal sikit…
    abah xanta ketupat,tp abah anta nasi beryani…
    abah masak sendiri nasi beryani tue..sedap bah..edy suka makan..
    abah pandai masak..tp edy rasa rugi sbb edy xmewarisi kemahiran abah tue…
    edy pernah terniat nak belajar mcm mane masak nasi beryani tu…tp xde masa..yela..edykan study lg..
    tp abah ada ajar kat kak yah..edy janji,edy nak belajar dgn kak yah nasi beryani abah tue..
    nnt edy turunkan kat anak2 edy lak..
    biar kemahiran tu xkan putus..itu janji edy kat abah..
    time nak anta nasi beryani tu je,abah slalu ajak edy naik moto..
    edy peluk abah kuat2..hangat badan abah..bau badan abah masih edy ingat..cuma edy xdpt rasakan bende tu semua…
    edy rindu bah..edy nak peluk abah puas2…

    ……………………………………………………………………………….

    kenangan berpuasa bersama abah mmg banyak..
    edy bersyukur sbb edy dapat merasai bulan puasa selama 21tahun bersama abah
    walaupun pahit tanpa abah,edy ttp akan kenang saat indah berpuasa bersama abah..
    edy ingat lg..klau time buka,abah la selalu komplain itu xsedap,ini xsedap..tp abah komplain bukan marah,tp abah bergurau..kiteorg seronok dengan gurauan abah... tp semua itu hanya tinggal kenangan

    edy nak abah tau kami semua rindu abah…
    abah jaga diri baik2..
    kami sayang abah

    anakmu
    ~edy~

  1. Review Skin 79 Hot Pink Super BB Cream
  2. Review New Garnier Light Complete
  3. Review Revlon Colorburst Matte Balm 245 Audacious & Revlon Colorburst Balm Stain 040 Rendezvous
  4. L'Oreal Paris Makeup Week 2014 - Review L'Oreal Paris Color Richie Moist Matte Rose Bud & Raspberry Syrup - L'Oreal Paris Bloggers Makeup Battle
  5. Review Anna Sui Fairy Dance Secret Wish
  6. Review Shu Uemura UV Under Base Mousse SPF 30 PA +++
  7. Review Etude House Precious Mineral Any Cushion SPF 50+/PA ++
  8. Review Pond's Acne Complete Solution
  9. Review Anna Sui Rose Ring Rouge
  10. Review BOSS Nuit Pour Femme Eau De Parfum