Penulis Terbaik [Hasil penelusuran untuk makan-makan

  • Makan di TAMAN kat KOREA...

    Makan di TAMAN kat KOREA...

    Disebabkan member2 master UM nak belanja makan sempena birthday aku aritu...
    so, dieorg decide nak makan kat SEOUL GARDEN...
    ni kali ke-2 aku makan kat SEOUL GARDEN...
    1st time dulu masa awal2 aku blogging...
    dah berapa tahun tu...
    maklumlah, makan kat sini kosnya tinggi sikit..
    aku ok je kalau bab makan...
    hehe...

    Kiteorg pergi waktu lunch...
    SEOUL GARDEN hanya bukak waktu lunch (12-3pm) and dinner (630-10pm)...
    lebih kurang mcm tu la timing dia...
    check la website dieorg yer...
    harga pun lain2 untuk lunch and dinner...

    Kat sini mmg banyak pilihan lauk...
    korang pilih je mana korang nak...
    tp make sure korang makan semua yang korang amek tu...
    kalau tak kene extra charge...

    Korang boleh pilih nak celup dalam sup/tomyam...
    ala2 macam yong tau fu la...
    atau korang boleh grill kat tepi2 tu...
    aku kalau celup2 ni kureng sikit...
    lebih suka grill...

    Thanks to Yusrina & Arif sbb belanja...
    hehe...

    Sebelum makan mmg semuannya ok...

    Lepas dah tak larat makan...
    macam tu la mukanya...
    tu la, jgn tamak amek banyak sngt...
    nak tak nak kene habiskan jugak la kan...
    hehe...

  • Percutian ke BEIJING (Day 2)

    Percutian ke BEIJING (Day 2)

    Tarikh : 4/11/2010

    Bangun pagi pukul 6 hari ni... kat sini subuh masuk awal... pukul 6 tu matahari dah keluar dah... kira subuh gajah ke tak ek??huhu... bangun pagi2 kepala rasa pening... ni mesti sbb makan kambing malam tadi... aduiii..xsyoknya... lepas bersiap, terus g breakfast kat restaurant hotel... makanan boleh la... telan active fast 2 bijik...

    Dalam pukul 830pagi kami bergerak ke Jade Museum... kat sini nama je museum, tapi sebenarnya tempat buat dan jual pelbagai jenis jade... aku as usual la... xbeli apa pun... sbb xminat... lebih berminat tengok staff dieorg gaduh kat satu bilik berkaca...

    Lepas tu kami ke Crystal Centre... kat sini ingat nak cari perhiasan crystal untuk mak aku... tapi tak banyak pilihan... semua design xsesuai letak kat dalam rumah org islam... last2 belikan mak aku gelang crystal... untuk kakak aku lak belikan jam crystal... beli yang murah2 je... untuk korang, aku just tunjuk gambar crystal je la..huhu...

    Seterusnya kami pegi lunch... lunch kali ni dekat atas bangunan kilang membuat tembikar... sempat la jalan2 tempat tembikar tu... kalau kat Malaysia tembikar kita ukir, kat sini tembikar dia tampal2 pakai serpihan2 tembikar... dan dibakar sebanyak 7 kali... lunch kali ni yg paling banyak lauk pauk aku rasa... mmg terbaik... tambah banyak kali lg... lepas lunch, telan active fast lagi sekali sbb kepala makin pusing...

    Lepas makan, kami terus ke destinasi seterusnya... time ni aku terpaksa lawan sakit kepala tu... destinasi yang mmg aku nak sngt pegi,so xboleh la sakit2... sepanjang perjalanan leh nampak gunung-ganang... dan dari jauh leh nampak Great Wall of China, salah satu daripada 7 benda ajaib di dunia... wah... time tu kepala dah xfikir pasal pening dah...

    Sampai2 je terus panjat... mak aii..penat rupenye... naik sampai stage 1 je... kaki dah menggigil..huhu... tangga dah la xsama tinggi, slopenye ya Allah... kalau xde pemegang kat tepi, leh jatuh kalau salah langkah... kat tepi2 tembok tu ada banyak mangga2... mangga ni simbolik perkahwinan org China... lepas dia letak mangga kat situ, dieorg akan buang jauh2 anak kunci tu... supaya perkahwinan berkekalan katanya...

    Turun je dari Great Wall terus ke Burning Cream Centre... kat sini ada demo pegang besi panas... lepas tu dieorg sapu tangan yg melecur tu guna special cream. boleh lak tangan dieorg jadi bersih licih, xmelucur langsung... nampak sngt tipu... tp ramai yg beli, aku dok ketawa je la..sbb bila aku pakai balik cream tu kat tangan aku yg terluka sikit ni, xde pun sembuh serta merta...

    Lepas tu kami singgah ke Dr. Tea... tempat ni tawarkan pelbagai jenis teh cina... cara nak buat teh berbeza ikut jenis teh, cara minum pun berbeza-beza... ada yg kene sedut 3 kali, ada yang kene kunyah, ada yang cara pegang dia kene ikut cara yang betul... muak kot minum teh China yang takde rasa tu... anak buah aku siap kata, "bayangkan minum teh macam minum air kosong"..huhu...

    Lepas tu terus g dinner... makan kali ni ala kadar je..kurang memuaskan..mayb sebab cara masaknya sama je..takde beza pun dengan sebelum ni...

    Lepas makan terus g jalan2 tengok pemandangan malam sekitar bandar Beijing... mmg cantik, setiap bangunan ada lampu2 yang menarik..warna warni lagi... kalau la Malaysia boleh buat macam tu... lepas tu kami turun kat WangFuJing Street... kat sini ada sebuah pasaraya terbesar kat Beijing, tp harga sngt mahal... xmasuk pun... kat sebelah tu ada Beijing Night Market yang jual pelbagai makanan exotic... baru masuk sikit dah xtahan bau dia... terus xjadi masuk..huhu...

    Penat berjalan terus balik hotel... sebelum sampai hotel, singgah kat kedai sate sebelah hotel... signboard hijau maksudnya kedai sate ni halal... satenya sngt berbeza dgn sate kat Malaysia... satenya sngt pedas dan sngt masin... xde kuah untuk cicah2 ok..makan macam tu je... makan 5 cucuk dah xtahan pedas... huhu... order banyak sngt, siap tapau bawak balik... last2 buang macam tu je... sampai bilik bersihkan badan, solat dan terus tak sedarkan diri... huhu

    Tips percutian ke Beijing : MAKAN
    kat Beijing ni kalau nak makan makanan halal senang je... cari restaurant ada signboard warna hijau... mmg semua halal... tapi jangan terkejut, sbb dieorg dibenarkan jual arak walaupun kedai tu kedai muslim... dan jangan sesekali beli makanan tepi2 jalan walaupun hanya keledek... ini kerana minyak yang dieorg guna adalah minyak yg telah digunakan dan dijual kat dieorg dengan harga murah...

  • Percutian ke BEIJING (Day 4)

    Percutian ke BEIJING (Day 4)

    Tarikh : 6/11/2010

    Pagi ni bangun pukul 6.30am... bersiap dan terus pergi breakfast... dalam kepada dah plan nak makan mee cina tu... mee yang buat sendiri tu... MEE TARIK kot namanya... sedap2 je aku bagi nama... haha..meenya sngt lembut... supnya sngt sedap...

    Lepas breakfast, kami dibawa ke sebuah kawasan untuk try beca China... yang kat Melaka tu pun aku xnaik lg..kat Beijing nak pulak naik..haha... ingat nak pilih pemandu yang gagah perkasa, yela..takut xlarat nak bawak aku kat belakang, last2 semua tua2, so, aku amek yg muda la... tenaga banyak lg...

    Kami dibawa melihat persekitaran "HUTONG" atau lorong2 antara rumah traditional Beijing... boleh la tengok dieorg basuh baju, bertekak semasa sendiri dan anjing2 dieorg comel2 je... tak macam anjing2 kat Malaysia... usha punya usha, tak jumpa lak anak dara tengah mandi... kecewa... haha... nama je rumah traditional, tp semua batu... yela, every year kerajaan China akan bagi peruntukkan kat dieorg untuk renovate rumah... tp ukiran2 China masih dikekalkan...

    Dalam pukul 9.00am macam tu kami dibawa melawat Bird Nest Stadium dan juga Water Cube... sngt cantik design dieorg... angin sngt kuat masa ni, ada la org jual layang2 area tu... udara pulak agak teruk... debu, habuk dan kabus semua bercampur... sbb hari sabtu, semua kenderaan dibenarkan keluar... xmacam hari2 biasa, kenderaan keluar mengikut nombor terakhir pada no flat mereka... agak sistematik untuk elakkan traffic jam...

    Kat sini just bergambar je... xmasuk pun... dah la bas parking jauh... so, nak dapat view yang dekat kene menapak dalam 5 minit gak... kat sebelah stadium ni, ada hotel yang berbentuk naga... satu bangunan agak tinggi menyerupai kepala naga, dan 4 lagi bangunan yang kecil sedikit membentuk badan dan ekor naga... hotel ni 7 bintang tau... 1 floor ada 1 bilik je..bayangkan betapa besarnya bilik tu...

    Selepas tu kami ke Olympic Sponsor Jewelery Shop berhanpiran stesen LRT stadium ni... kawasan agak tersorok... tp yang bangganya, ini kedai anak jati Malaysia dari Melaka..tp muka macam muka Jepun... punyala riak, dia cakap pagi tadi untung 1Million yuan, so dia bagi kiteorg sorang satu rantai Jed... walaupun tau kualiti kureng, amek je la...

    Masa untuk makan... haha..makan je kan kerjanya... kali ni makan kat restaurant yang menunya menjadi menu maharaja pada satu ketika dahulu... Mahathir masa muda pun pernah makan kat sini... siap ada gambar lg... tapi satu je prob makan kat sini, serve sngt lambat... kiteorg dah habis makan, masih ada makanan yg belum sampai... siap meja sebelah kami gaduh dgn pekerja sbb xpuas hati makanan lambat sampai...

    Seterusnya kami singgah dan melawat masjid terbesar di China, Masjid Niu Jie... lepas je solat, kitaorg lepak2 kat luar... tiba2 ada bilal laung azan kat luar masjid... eh... bukan dah lama masuk waktu ke??rupe2nya, tu azan menandakan untuk solat berjemaah... dieorg solat berjemaah agak lambat... kalau masuk waktu kita boleh solat sendiri, kalau nak tunggu solat berjemaah, 1 jam lepas tu baru ada... kat sini kita boleh tgk makam imam2 dahulu yang dieorg panggil sheikh... tapi masjid kat sini takde kubah ok, semua ala2 tokong cina je... tp sngt classic...

    Jalan depan sikit dari masjid tu ada Niu Jie Muslim Supermarket... tempat ni lebih dikenali sebagai "LITTLE MEKAH" oleh rakyat tempatan... sbb sebahagian besar org kat sini adalah org2 muslim... kat sini boleh dapatkan semua jenis makanan halal... dari makanan basah sampai la makanan ringan semua ada kat sini...

    Sekarang masa untuk SHOPPING!!!!... tak tau nama tempat shopping ni apa, sbb kepala dah fikir nak beli apa... huhu... ada masa 4 jam kat sini... perrgghhh..mmg heaven giler shopping... ni la masa untuk "BERGADUH" dan "BERTEKAK" dengan penjual... die akan bagi harga murah kat pelancong je... kat org jati Beijing xkan dapat harga semurah pelancong dapat sbb dieorg takut org jati Beijing akan datang balik untuk tukar barang yang dieorg beli kalau ada apa2 yang rosak...

    Pukul 7 baru habis shopping..mmg maximize masa yang dieorg bagi..sampai lenguh2 kaki... lagi bawak 2 org kakak ipar aku tu, macam2 la dieorg beli... tukar tawar siapa??aku jugak..huhu..

    Habis shopping terus g dinner..sbb dah penat sngt aku amek gambar semua makanan sekali gus..malas nak amek satu2... haha..kat sini baru jumpa ayam goreng ala2 kfc tu... perrgghhh... tiba2 rindu kat Malaysia...

    Lepas makan mula la mata mengantuk..ingatkan terus balik hotel..rupa2nya singgah lagi kat Hard Rock Cafe Beijing..sbb malam ni malam last kat Beijing, terpaksa gak la keluar amek udara malam terakhir di Beijing... xshopping pun kat Hard Rock Cafe sbb duit dah nak habis... huhu

    Lepas amek2 gambar kat situ, terus balik hotel... tido mati seperti biasa... hehe...

    Tips percutian ke Beijing : KESIHATAN
    Cuaca kat Beijing ni tak menentu... kadang2 panas, esok boleh sejuk melampau... dan udaranya sngt kering (terutama musim sejuk)... anda digalakkan bawak lipsgloss supaya bibir anda tidak merekah dan sapu losyen selalu supaya kulit anda tidak terlalu kering dan mengelupas... dan bawalah panadol/tiger bam untuk kegunaan semasa kecemasan kerana cuaca yang tidak menentu boleh menyebabkan anda sakit tiba2... tp jangan bawa ubat2 yg pelik pulak, karang xlepas imigresen/kastam...

  • siapa makan CHILI'S, dia rasa ENAKNYA...

    siapa makan CHILI'S, dia rasa ENAKNYA...

    Sejak kebelakangan nie asyik sebut pasal CHILI'S je...
    mengidam la katakan...
    lama dah tak makan kat sana...

    memandangkan duit "gaji" dah masuk...

    apa lg... terus g KLCC...

    Ingatkan sampai sana boleh terus makan...
    tau2 kene beratur dulu daaa...

    kemain ramai org nak makan kat situ...
    dekat 30 minit gak menunggu kat luar tu...

    mahal2 pun ramai org...

    memang kaya org2 dok KL ni...

    Dapat je seat terus order...

    Air guava... layan beb...

    Ni sebagai starter...

    Ni pulak main course..

    Ingat nak order desserts skali...
    tp apakan daya, perut dah penuh beb...
    sempat lagi mintak tapau jagung sbb xlarat nak makan dah...

    Tapau 1, free 1... hehe...

    banyak giler rasanya makan...
    rasa dah gemok giler dah...

    Mak ai... tembam dah pipi..kene diet ni...

    p/s : sori... nama makan xingat..pelik2 nama... cuba la bagi nama senang2 sikit..hehe...

  • Percutian ke BANDUNG - Day 1

    Percutian ke BANDUNG - Day 1

    Mari ibu2... bapak2...
    saya mau ngomong sih...
    *virus cakap indon la pulak..hehe...

    Aku nak ceritakan pengalaman selama berada di Bandung...
    memandangkan banyak benda nak cite, nak letak gambar lagi...
    aku buat entry day by day aku kat sana...

    PERHATIAN!!!!

    bagi sesiapa yang nak ole2 dari bandung seperti yang ada kat entry sebelum ni...
    sila emailkan nama, alamat,link blog anda dan barang mana korang nak ke daniel_meade86@yahoo.com...
    barang dah limited... ada beberapa dah bagi kat kawan2 terdekat...
    so, siapa cepat dia dapat la k...
    barang yang korang nak kalau dah habis akan diganti dengan barang lain...
    siapa email lepas barang dah habis, aku mintak maaf banyak2 k...
    (SERIUS..AKU MMG NAK BAGI BETUL2..HNTR JE EMAIL... JGN BNYK TANYE K... )

    PART 1 : DAY 1

    Seawal jam 5 pagi dah berkumpul kat KLIA...
    tunggu ahli rombongan yang lain...
    pergi under Mahabbad Travel & Tour...
    ni first time naik kat KLIA...
    excited beb... naik Garuda Indonesia Airlines lagi...
    best2... mana taknye, dapat makan free..
    ada nasi goreng dan roti canai...
    aku pilih nasi goreng dengan ayam...
    ada lagi makanan2 sampingan...
    memang kenyang breakfast aku...

    Alhamdulillah...
    perjalanan 2 jam selamat mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta International, Jakarta...
    agak ketat jugak nak lepas immigration kat sini...
    sampai ada yang kene scan 10 jari...
    aku just kene snap gambar je...
    then tunggu la bas yang akan bawak kiteorg ke Bandung pulak...

    Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa 4 jam...
    perrgghh..kematu bontot aku...
    yela... jalan jam teruk time tu...
    tapi kami dihiburkan dengan celoteh dari tour guide kami, Intan...
    muda lagi ok... comel lak tu... hehe...
    dalam bas asyik gelak je dengar lawak dari Khairil Rashid & Kak Engku...
    lawak kaw2 punye... hehe...
    sepanjang jalan nampak la pemintak sedekah dan orang jual2...
    kesian dieorg... sanggup tunggu tepi jalan semata2 nak cari sesuap nasi...

    Sampai je kat Bandung terus makan tengahhari...
    perut pun dah berbunyi2 time tu...
    kami makan kat Restoran Sederhana Masakan Padang...
    memang sedap... makan je semua yang terhidang...
    then, ada kejutan...
    memandangkan sehari sebelum tu birthday Krill...
    so ada yg buat surprise birthday party sikit kat dia...
    just potong kek je...
    kek import dari Malaysia ok...

    Lepas makan, masing2 solat jamak...
    kat sini semua tempat ada ruang solat...
    masjid pun berlambak...
    then, masa untuk SHOPPING!!!
    just jalan kaki dari restoran ke RUMAH MODE...
    ramainye manusia kat sini...
    kat sini tak boleh nak tawar menawar...
    harga tetap...
    rembat beberapa baju tuk kegunaan sepanjang di Bandung...
    yer la..bawak baju sehelai je g sana...
    hehe...

    Kemudian ke Jalan Dago pulak...
    kat sini banyak factory outlet...
    barang pun not bad...
    murah2 beb...
    rembat lagi beberapa baju..huhu...

    Penat shopping, perut pun terasa lapar...
    pergilah makan kat Karamba Sundanese Bistro...
    makan masakan Sunda...
    not bad jugak rasanya...
    pedas2 je masakannye...
    memang taste aku...

    Perut dah kenyang...
    mata pun ngantuk...
    pegi check in Hotel Bali World...
    bukan Mawi World ok...
    tengok2 sikit barang yang dibeli siang tadi...
    banyak gak aku beli...
    kemas2 sikit masuk dalam beg...
    then tido...
    simpan tenaga tuk misi seterusnya esok...
    hehe...

    BERSAMBUNG...
    Percutian ke BANDUNG - Day 2
    TUNGGU...

  • ni yang malas balik KAMPUNG...

    ni yang malas balik KAMPUNG...

    Makan... makan... makan...
    tu la aktiviti kalau balik kampung...
    dengan TV dekat dapur...
    for sure la sambil tgk TV sambil menguyah...

    Malam lak kompem pergi makan kat luar...

    ish... macam mana nak kurus ni...
    tu la sebabnya malas nak balik kampung...
    bukan sebab nak jadi ANAK DERHAKA...
    tapi xlarat nak mengunyah...
    haha...

    Tapi melihat keluarga yang ceria adalah satu terapi yang efektif...
    dan makan juga adalah terapi untuk hilangkan stress...
    hahaha...

  • bila dah 90%...

    bila dah 90%...

    Alhamdulillah...
    dah 90% sihat...
    selera makan dah mula balik dah...

    Petang semalam makan sorang2 kat food court CARREFOUR...
    order nasi ala2 western...
    dah lupa nama...

    Tengah makan sempat lg jeling meja sebelah...
    bukan awek seksi yang aku tgk...
    bukan juga "NASI LEMAK 50sen" yang makin terdedah...
    ataupun DRUMSTIK gebu yang menaikkan syahwat...
    (ASTAGHFIRULLAHALAZIM)
    tp macam sedap je dieorg makan...

    Malam tarik member makan lg...
    kali ni nak makan macam meja sebelah order petang tadi...

    Sizzling Mee pulak dah...

    YES!!! (bukan Year End Sale tau)
    aku sudah OBESITI...
    ada aku kesah??
    hehehehe...

  • PENYET bukan PENYEK...

    PENYET bukan PENYEK...

    Dah janji xmo buat entry pasal convo...
    tapi nak buat entry selepas convo...
    boleh??
    hehehe...

    Biasa la..
    kalau dah convo, macam2 dapat...
    lepas je convo, abg aku belanja makan...
    yaahhhhoooo..makan free...
    siapa tak nak kan??

    Kali ni makan kat Restaurant Ayam Penyet Wangsa Maju...
    ala..yang depan Wangsa Walk tu...
    harga not bad...
    ni kali ke-2 aku makan kat sini...

    Sebahagian makanan yang diorder...
    masakan ala2 kampung...
    tapi jenis jawa punya...
    mmg kedai ni kedai dari indon...

    Ada siapa nak belanja aku makan lg tak??
    teringin nak makan kat Restaurant Istana Bambu...
    jom... hehehe...

  • Sekadar Renungan!!!

    Sekadar Renungan!!!

    Sekadar renungan... peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang.

    Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

    "Mana emak? "
    "Mak pergi menoreh," jawabnya.
    "Mana bapak?"
    "Bapak pergi kerja... "
    "Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
    "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
    "Awak ada berapa orang adik-beradik? "
    "Sepuluh."
    "Adik ni yang ke berapa?"
    "Saya yang kelapan."
    "Mana abang-abang kamu pergi?"
    "Tolong emak menoreh."
    "Adik puasa hari ini?"
    "Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari... " Jawabnya.
    Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
    Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
    "Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
    "Bapak kerja apa?"
    "Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

    Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

    "Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

    Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

    "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
    Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
    "Cuma RM3.00 sehari."
    "Ayahnya bekerja macam mana"
    "Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

    Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
    Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

  • makan sampai KEMBUNG...

    makan sampai KEMBUNG...

    Dah lama tak makan dengan family kat luar...
    so, sempena birthday abg aku, die nak belanja makan...
    yahoooo...
    leh order suka hati... haha...

    Tapi takde la order melampau sngt...
    nanti membazir lak...
    membazir itu rakan syaitan...
    hehe...

    Sebahagian lauk-pauk untuk dibedal... mmg sedap beb kedai ni masak...

    Makan time... semua dah tak hirau camera... lapar punye pasal...

    Budak2 la paling suka kalau makan kat luar...

    Terima kasih la kat abg aku sbb belanja...
    lain kali boleh belanja lagi...
    hehe...

  • Percutian ke BANDUNG - Day 3 & 4

    Percutian ke BANDUNG - Day 3 & 4

    PART 3 : DAY 3

    Seperti biasa, bangun pagi dan breakfast di hotel...
    pagi tu ada briefing lagi...
    sementara tunggu semua siap, borak2 dan amek2 gamba kat lobi...

    Destinasi seterusnya ke Toko 3...
    kat sini banyak jeans2 pelbagai jenama dijual dengan harga yang murah...
    jeans2 ni original ok...
    hajat dihati nak beli Levi's...
    apakan daya, harga just kurang RM50-60 je...
    so, beli la jenama lain...
    rembat 4 jeans kat sini... hehe...

    Sebelum makan tengah hari, stop jap kat Gedung Sate...
    ni bukanlah tempat membeli belah...
    tapi satu mercu tanda kat Bandung ni...
    dinamakan Gedung Sate sbb ceracak untuk mengelak kilat seakan2 bentuk sate...
    tempat ni dijadikan pusat pentadbiran sekarang...
    masa pegi sini, tempat ni kotor giler...
    sbb pagi tadi ada jualan ala2 pasar malam sepanjang jalan kat Gedung Sate ni...

    Lepas bergambar kat Gedung Sate, g makan tengah hari...
    makan masakan melayu kat Restoran Raja Melayu...
    tertarik dgn sampin yang dipakai pelayan kat sini...
    lain dari yang kita pakai kat Malaysia...

    Lepas tu ke Paris Van Java..
    ni salah satu shopping complex terbesar kat Bandung...
    barang2 standard Malaysia...
    tak beli apa pun...
    just ronda2 je...

    Seblum balik hotel, melantak lagi...
    makan kat bandung ni mmg best...
    selera aku la...
    lepas makan terus balik hotel...
    kemas2 barang sbb esok dah nak check out hotel...
    dah nak balik Malaysia dah...

    PART 4 : DAY4

    Hari terakhir di Bandung...
    hari ni bertolak lambat sikit dari hotel...
    sbb hari Isnin, pagi2 orang dah kuar g keje...
    so, nak elak jam, kuar la lambat sikit...

    Sebelum bertolak ke Jakarta, singgah jap kat Kartika Sari...
    tempat ni jual pelbagai jenis kuih, kek dan kerepek...
    macam2 ada kat sini...
    beli la sikit tuk bawak balik Malaysia...

    Perjalanan dari Bandung ke Jakarta mengambil masa dekat 4 jam...
    tapi tak bosan sbb masing2 dok karaoke dalam bas...
    tapi aku senyap je...
    hehe...

    Flight pukul 7 malam (WIB)...
    Alhamdulillah selamat sampai kat KLIA 2 jam berikutnya...
    kami disambut oleh Salleh Yaacob dan Rustam...
    lepas bergambar kenangan dan bersalaman perpisahan, semua membuat haluan sendiri...
    semua melepaskan kerinduan kat family...
    aku terus balik rumah abg aku kat Bangi...

    Mesti korang rasa macam sronokkan??
    tapi bagi aku percutian kali ni biasa2 je...
    takde apa yang boleh dibanggakan...
    rasa macam nak pegi lagi ke Bandung...
    jom2..siapa nak ikut??

    Bulan 7 nnt maybe akan ke China lak...
    sana syurga membeli-belah gak...
    tak sabar rasanya nak pegi... hehe...

  • Percutian ke BEIJING (Day 3)

    Percutian ke BEIJING (Day 3)

    Tarikh : 5/11/2010

    Morning call seawal 5 pagi... aduiii... awalnya... sebab hari ni kene gerak awal... 630 pagi dah turun breakfast..makanan belum ada lg... kitaorg dah sampai... berlari2 pekerja hotel tu letak makanan... huhu...

    Pukul 7 bas sampai terus ke Dataran Tian An Men... ingatkan kiteorg dah cukup awal, rupanya2 dah ramai org kat dataran ni... dieorg beratur dari tengah malam just untuk lihat mayat Mo Ce Tung, President pertama China... mayatnya diawet dan diletakkan di muzium untuk tatapan umum... kiteorg tak tengok pun... xkuasa nak beratur panjang... tour guide cakap, kalau beratur pagi, malam karang baru leh masuk...

    Seterusnya kami berjalan ke arah pintu ke-3 Forbidden City iaitu sebuah komplek maharaja yang telah dibina sejak 500 tahun dahulu dan di sini terdapat bilik2 gundik yang berjumlah 3000++ kesemuanya... bayangkan betapa besarnya tempat ni... bagi mereka yang nak tgk muka Mo Ce Tung, leh tengok kat pintu masuk ni..sebesar2 alam muka dia...

    Jalan kat dalam ni dekat 2 jam jugak la... tapi tak berpeluh or rasa penat, sbb cuaca sejuk... dapat la tengok pejabat maharaja, bilik mesyuarat, bilik tidur maharaja, bilik2 tidur gundik2 dan taman maharani...

    Kemudian kami keluar kat pintu yang lain pulak, sbb xboleh nak patah balik keluar ikut pintu masuk tadi..nak tak nak, terpaksa la pusing sampai habis...

    Kemudian mendaki tangga menuju ke Jingshan Park... sebelah Forbidden City je... kat sini leh nampak keseluruhan Forbidden city dan sebahagian bandaraya Beijing... time kiteorg sampai puncak Jingshan Park, cuaca kurang baik..kabus tebal sngt... so, xberapa clear la pemandangan dari atas ni...

    Tak lepas peluang untuk pakai persalinan maharaja dan maharani... tp aku pakai maharaja je la... RMB25 (RM12.50) je untuk try dan dapat 1 gambar hardcopy..ok la tu... lepas tu leh posing seberapa lama korang nak...

    Seterusnya kami ke gudang sutera... kami berlajar la cara2 nak keluarkan ulat sutera dari kepompongnya... kalau dieorg tanya caranya, just jawab masukkan ke dalam air panas... mesti korang kene puji... aku rembat 1 kepompong sutera..huhu...

    Kat sini sutera lebih kepada cadar dan selimut... untuk baju ada gak, tp xbanyak pilihan... dan sutera dieorg tak la wangi macam sutera Malaysia... dalam kedai xboleh lak nak amek gambar... takut kita curi design dieorg kot...

    Perut lapar, terus g lunch..lunch kali ni makan steamboat... aku kureng sikit steamboat ni... dah la steamboat dieorg guna air biasa je... kalau kat Malaysia guna sup atau tomyam... aku makan sikit je, sbb dalam tu dah campuur kambing semua... xboleh nak makan..takut pening balik...

    Jalan punya jalan sampai lupa hari tu hari jumaat... huhu... so, pegi la semayang Jumaat kat Masjid Nan Dou Ya... Zuhor masuk dalam 1245pm... kiteorg sampai 130pm..ada org tengah bercakap2 kat depan... kiteorg ingat tengah khutbah... lepas habis "khutbah" tu terus la semayang... tp pelik, kenapa dieorg semayang sendiri2?so, kiteorg terus je la semayang jama'... rupa2nya yg tadi bukan khutbah, just tazkirah... aik??tazkirah dalam waktu zuhor??kira aku solat jumaat 2 kali la... haha...

    Rasanya hari ni jalan entah berapa jam... mmg lenguh giler kaki ni..so, kiteorg pegi Foot Massage... yang penting free..haha..tengah2 urut tu datang la "doktor" periksa nadi kiteorg... ada ke dia cakap aku sakit liver... ngarut betul, pastu paksa beli ubat dieorg... anak buah aku lg kesian, kene censer perut... aku xlayan pun... layan kene urut lagi best...

    Dan masa yang di nanti-nantikan... masa untuk shopping... haha... kami shopping kat Hong Qiao Pearl Market... kat sini boleh tawar menawar... make sure tawar sampai 80% tau... kene tahan sikit kalau kene marah or maki hamun... normal la tu... tapi xbeli banyak pun kat sini, sbb ni just cuba2 berlatih untuk tawar je, esok ada lg shopping tempat lain yg lagi besar dan lagi banyak pilihan...

    Penat shopping terus g makan... 1st time jumpa makanan ada kuah..ala2 kari..sedap gak...

    Lepas makan kita org tgk persembahan Kungfu kat Red Theater... macam muzikal theater la, tajuknya Chun Yi The Legend of Kungfu... mula2 best, dah sampai tengah mula la sorang2 tidur... huhu... bosan giler part menari2 tu... bukan kungfu sangat pun... tengok xde pun org melayu dalam tu... group kiteorg je... kaya betul kiteorg ni tgk persembahan kungfu tu... huhu..kat dalam tu xleh nak amek gambar, sbb takut ganggu pelakon2 dengan flash camera...

    Lepas habis persembahan, terus balik hotel... sambung tidur yg terganggu kat theater tu..haha... penat sngt berjalan berjam2 kat Forbidden City pagi tadi agaknya...

    Tips percutian ke Beijing : SHOPPING
    Orang Malaysia mmg suka shopping... sampai peniaga kat sini boleh cakap melayu sikit2 sbb ramai sangat orang Malaysia datang shopping kat Beijing ni... kalau anda tak pandai cakap cina/english, jgn risau... tawar-menawar just guna calculator... make sure bargain sampai 80% tau... sila tawar sampai peniaga tu marah2 anda... its normal... jika dia betul2 marah kat anda, tp still bagi harga yg anda nak, maksudnya anda seorang pembeli yang bijak... jika tak puas hati dgn harga tu, blah je g kedai lain... semasa nak blah tu, peniaga tu akan panggil balik dan tawarkan harga yg lebih rendah, make sure korang stick dgn harga yg korang nak sampai peniaga tu setuju... kene marah, bergaduh mulut dan peniaga nak nangis adalah lakonan semata2 supaya anda tak tawar gila2... pedulikan semua tu... JANGAN TERTIPU!!!

  • Percutian ke BANDUNG - Day 2

    Percutian ke BANDUNG - Day 2

    PART 2 : DAY 2

    Pagi2 lg dah bangun...
    pukul 4.30am (WIB) dah masuk waktu Subuh...
    aku mmg susah nak tido balik lepas Subuh...
    just lepak2 main internet yang slow itu...

    Pagi tu just breakfast kat hotel...
    makanan die biasa2 je...
    then amek2 gambar kat area hotel...
    malam tadi xsempat nak buat apa..
    penat sngt, terus je masuk bilik...
    tak tau keadaan hotel macam mana...
    pagi2 baru tau hotel ni taklah semegah nama die...

    Pagi tu ada breafing sikit dari Ustaz Mahabbad yang handle trip ni...
    dan sedikit ucapan dari Krill & Kak Engku...
    pastu bergamba gila2...
    ini Kak Engku punye idea...
    hehe...

    Lepas selesai semua, kami menuju ke destinasi seterusnya...
    Pasar Baru tempat untuk shopping lagi...
    tapi kat sini sesuai untuk golongan ibu2 dan wanita2 je shopping...
    barang2 lelaki sangat kurang...
    tp aku kire apa... shopping gak...
    belikan barang2 yang org kirim...
    banyak siot hbs kat sini...
    tapi puas...
    sebab kat sini boleh tawar menawar...

    Dah hbs shopping satu kerja lak nak tunggu bas...
    melepak je kat tangga Pasar Baru ni...
    jam teruk ok kat sini...
    bukan jam kenderaan je...
    "jam" dengan peniaga2 jual souvenir kat kaki lima...
    ke hulu ke hilir dieorg ikut...
    pening kepala aku...

    Bila bas sampai je terus g tempat makan...
    skali lg makan masakan padang...
    tapi kali ni kat Mitra Sederhana Pasteur Masakan Padang...

    Then masa untuk Spa...
    memanjakan badan selepas penat shopping...
    aku malas nak Spa...
    badan muda lagi...
    masih kuat..sihat katakan... hehe...
    tengoklah wajah2 mereka selepas Spa...

    Habis je Spa terus balik hotel...
    aku makan malam kat bilik je...
    malas nak lepak bergossip2 dengan artis2 tu...
    bertambah dosa lak nnt..
    hehe...

    Order dinner dari pukul 9, pukul 11 baru dapat makan...
    adeh..slow la service hotel ni...
    lepas makan terus tido...
    mana badan tak gemok..
    huhu

    BERSAMBUNG...
    Percutian ke BANDUNG - Day 3
    TUNGGU...

  • Berpuasa Dengan Abah

    puasa datang lagi…(bukan dendang datang lg yer)
    sudah dua tahun aku xberpuasa dengan abah...

    sebelum2 nie dpt pose sama2(walaupun sekejap..sbb dok hostel),but this time aku rase kekurangan…
    i miss him so much…
    mase malam pertama puasa tu aku mimpi abah..
    aku jaga je dr tido aku terus sebak..tp tak menangis..aku panjatkan doa semoga abah ditempatkan bersama org2 beriman…

    abah..edy rindu bile abah……

    …………………………………………………………………….

    …setiap kali nak buka pose,abah mesti buatkan edy air milo…sbb abah tau edy suka air milo kan??
    abah kate minum milo edy leh jadi sihat dan kuat…
    tgk bah..edy sihat sekarang..betul2 sihat..
    edy dah jadi cam arwah atok(walaupun xpernah jumpe)…
    tinggi..besar…ensem..(hehe)
    abah slalu buatkan edy milo kat gelas biru yg besar tu…abah ingat x??
    tp gelas tu dah tinggal kenangan…edy dah xguna pun
    sbb setiap kali edy nak guna edy teringat kat abah…
    edy sebak..kadang2 edy nangis…edy bawak gelas tu masuk bilik..edy peluk gelas tu
    edy bayangkan edy peluk abah…
    edy syg gelas tu..sbb abah yg belikan gelas tu tuk edy…

    …setiap kali buka pose,abah akan bace doa…
    edy xpernah belajar bace doa buka pose..tp edy hafal sbb selalu dgr abah bace..
    sbb seat edy sebelah abah…alah..doa kat sebelah telinga je..xkan xleh hafal bile 30 hari dgr…
    setiap kali nak buka je…edy dah siap2 duduk…edy selalu tnye abah..”dah belum bah?edy lapar..”
    abah senyum…abah cakap sabar..tunggu abah bace doa baru bole makan…
    lepas abah bace doa je…eerrkkk…kenyang..hbs satu gelas air milo yg abah buat edy minum..huhu..sedap..
    pandai abah buat air..bile lg edy leh rase air milo abah??

    …terawikh abah ajar edy time umur edy 6 tahun..
    peerrgghh..excited giler nak g terawikh
    yer la..bukan nak solat..nak jumpe kawan2…
    hehe..
    tp edy solat la jugak sikit..dah abah buat full..edy xtahan..
    time moreh je,semua ketawakan edy,sbb edy dah mengantuk sngt sambil tersenggut2(betul ke perkataan nie aku guna?)..
    tp abah cool..abah biar edy tido atas riba abah..best sngt..abah mmg seorg yg penyayang…
    edy rindu nak tido atas riba abah lg…klau lah bole diulang masa..edy nak tido atas riba abah selalu..

    …puasa lak edy start umur 6tahun gak..abah yg gigih kejut edy tiap2 pagi tuk sahur…
    abah kate,pose satu hari dpt singgit..eee..bestnye…tp edy xpose full pun…
    abah pun tau edy ngelat…
    pernah satu hari tu,time abah xde kat rumah,mak ngan akak xpose..edy tumpang sekaki…
    siap makan durian lg bah…pastu nmpk abah balik je,edy terus gosok gigi..takut abah bau mulut edy bau durian..
    tp edy tau,abah nmpk edy makan mase tue..
    abah xmarah edy pun…
    tau2 je..raya abah bg duit raya bukan rm30..tp rm50..syok…
    edy terima kasih sngt2 kat abah..sbb didikkan abahlah,edy tau ape tu istilah pose..walaupun kecik cuma paham xleh makan minum je, tp itu cukup untuk mendidik seorg anak mcm edy..
    terima kasih abah…abah seorg ayah yg bertanggungjawab…

    …klau 10 hari terakhir berpuasa memang seronok..
    abah ingat tak,time2 camni la abah sibuk nak mengunjung (anta lauk2) kat rumah jiran2…
    sbb abah xmo sibuk sngt time hari raya..sbb hari raya lah org bnyk anta2..so our family ubah tradisi,anta awal sikit…
    abah xanta ketupat,tp abah anta nasi beryani…
    abah masak sendiri nasi beryani tue..sedap bah..edy suka makan..
    abah pandai masak..tp edy rasa rugi sbb edy xmewarisi kemahiran abah tue…
    edy pernah terniat nak belajar mcm mane masak nasi beryani tu…tp xde masa..yela..edykan study lg..
    tp abah ada ajar kat kak yah..edy janji,edy nak belajar dgn kak yah nasi beryani abah tue..
    nnt edy turunkan kat anak2 edy lak..
    biar kemahiran tu xkan putus..itu janji edy kat abah..
    time nak anta nasi beryani tu je,abah slalu ajak edy naik moto..
    edy peluk abah kuat2..hangat badan abah..bau badan abah masih edy ingat..cuma edy xdpt rasakan bende tu semua…
    edy rindu bah..edy nak peluk abah puas2…

    ……………………………………………………………………………….

    kenangan berpuasa bersama abah mmg banyak..
    edy bersyukur sbb edy dapat merasai bulan puasa selama 21tahun bersama abah
    walaupun pahit tanpa abah,edy ttp akan kenang saat indah berpuasa bersama abah..
    edy ingat lg..klau time buka,abah la selalu komplain itu xsedap,ini xsedap..tp abah komplain bukan marah,tp abah bergurau..kiteorg seronok dengan gurauan abah... tp semua itu hanya tinggal kenangan

    edy nak abah tau kami semua rindu abah…
    abah jaga diri baik2..
    kami sayang abah

    anakmu
    ~edy~

  • Percutian ke BEIJING (Day 1)

    Percutian ke BEIJING (Day 1)

    Tarikh : 2/11/2011

    Sampai masa untuk update pasal trip ke Beijing... memandangkan masa kat Beijing xboleh nak update blog, so aku terpaksa update part by part bermula hari ni... harap2 korang tak bosan la yer... dats y aku akan letak banyak sikit gambar untuk setiap entry...

    Bermulanya kisah percutian "murah" ke Beijing. Kami berkumpul di KLIA lebih kurang pukul 930 malam untuk check in... sementara tu sempat lagi makan McD... kali ni tak dapat naik train ke platform, sbb train under renovation until March 2011... group trip kami cuma 13 orang... aku suka group trip yg xramai ni, xbanyak sngt kerenah...

    Tarikh : 3/11/2011

    Flight berlepas ke Beijing tepat jam 1230 pagi... ni first time naik MAS... sebelum ni pernah naik Air Asia dengan Garuda Airlines je... MAS mmg terbaik, makanan sedap, layanan bagus, pramugari cun2... hehe...

    Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing lebih kurang 6 jam kemudian... lepas selesai semua pemeriksaan imigresen dan kastam, terus keluar cari bas yang sedang menunggu. perrgghhh..mmg sejuk betul... terpaksa pakai jaket sejuk, mafla, glove dan segala yg boleh elak sejuk... bercakap pun keluar asap..sekarang kat Beijing akhir musim luruh... suhu antara -2 hingga 15 darjah celcius... Malaysia ada??hehe...

    Destinasi pertama kami ialah Summer Imperial Palace... ini adalah perkarangan taman maharaja terbesar di china... dibina semasa pemerintahan Maharaja Qinglong pada tahun 1751... kawasan ni ada sebuah tasik yg sngt besar..dalam tasik ni ada ternak tiram untuk pasaran mutiara China... ramai golongan veteran kat sini main layang-layang, menari ala poco2 dan tarian yang entah aku sendiri tak tau... memandangkan skrg musim luruh, apa lg, amek gambar dengan daun2 yg gugur...

    Seterusnya, kami g shopping kat Fresh Water Pearl centre... kat sini la tiram2 yang dibela di dalam tasik Summer Imperial Palace tadi diproses dan dijual... dapat jugak tengok cara kopek tiram untuk keluarkan pearl tu, dan aku rembat 1 pearl yg fresh tu..huhu... kat sini aku xshopping pun... xminat dengan pearl ni... tapi akak2 ipar aku bukan main lg... borong sakan... sbb ada yg dieorg jual sngt murah... ni shopping centre kerajaan, so xboleh tawar menawar... harga fixed...

    Penat berjalan & shopping, masa untuk makan tengah hari... aku pun xtau apa nama kedai tu... sebab tulisan semua dalam tulisan China... cuma kalau nak tau kedai tu halal ke tidak, just tgk warna signboard kedai tu... if hijau, tandanya halal... mula2 takut gak xdapat nak makan makanan cina, tp so far, ok la..makanan sangat sedap... jangan nak demand seafood ok... mmg xde, sbb Beijing sngt jauh dari laut... cuma air takde air lain la... asyik2 teh takde gula... huhu...

    Perut kenyang, mata confirm ngantuk... kami terus g check in hotel... untuk sampai ke hotel, kami kene berjalan di lorong (hutong) antara rumah2 traditional China dari jalan besar... xde la jauh pun, dalam 100 meter je... hotel NingXia bertaraf 4 bintang mmg cantik, selesa dan yang penting hotel ni tawarkan makanan breakfast yang halal... sempat la lepak2, rehat2 dan tido selama 4 jam sebelum ke destinasi seterusnya...

    Dalam pukul 4 petang, kami bergerak ke destinasi seterusnya... kali ni nak pegi tengok Acrobatic Show... kami antara orang terawal yang datang, so dapat duduk agak depan betul2 berhadapan dengan pentas... persembahan oleh budak2 antara umur 5-20 tahun... mmg best... lembut betul badan dieorg ni... tau tak bayaran dieorg dapat berapa??seorg dapat RMB500 untuk setiap show... lebih kurang RM250... sehari ada 3 show, so RM750 sehari... mmg kaya beb...

    Habis show terus g makan malam... lauk lebih kurang sama je..yg penting tetap ada sayur kobis putih... sbb kat sana sngt murah... RM1 leh dapat 2kg... murah kan... kalau kat malaysia xdapatnya harga macam tu... lepas makan terus balik hotel... sebelum sampai hotel, beli buah kat hutong... dieorg timbang xguna kilo, guna kati... susah gak nak bercakap dengan peniaga tu... sampai hotel terus just bersihkan badan je... sebab cuaca sejuk, kami tidak digalakkan mandi menggunakan sabun... sehari sekali je..takut kulit mengelupas katanya... sebelum cuci badan/mandi, wajib rendam kaki dengan air panas dulu... lepas tu terus tido mati sampai subuh..huhu...

    Tips percutian ke Beijing : TANDAS
    Tandas kat Beijing ni mmg xde paip air... cuma ada sink kat luar tandas... so korang kene bawak botol sendiri untuk tadah air dari sink untuk guna buang air kecik/besar... tapi sebelum guna, rasa dulu air tu, takut air jadi terlalu sejuk atau terlalu panas... karang melucur pulak part sensitif tu... huhu... kalau boleh, sebelum kuar hotel, dah siap2 lepaskan hajat besar...

  • Percutian ke PADANG/BUKIT TINGGI (Day 3 & Day 4)

    Percutian ke PADANG/BUKIT TINGGI (Day 3 & Day 4)

    1/12/2010

    Pagi ni bangun awal sikit sbb kene packing barang... hari ni kene turun Bukit Tinggi sbb malam ni akan bermalam pulak kat Padang...

    Lepas breakfast, cuma berjalan kaki ke NGARAI SIANOK kat depan hotel je... Ngarai Sianok ni ada permandangan alam yang sungguh menakjubkan dan juga terdapat LOBANG JEPANG di kawasan yang sama... Lobang Jepang ni adalah kawasan persembunyian tentera jepun bawah tanah yang meliputi 40% kawasan Bukit Tinggi... tapi tak siap sbb Nagasaki dan Hiroshima kene bom, so semua tentera Jepun diarahkan balik ke negara mereka...

    Kemudian kami meneruskan perjalanan ke TABEK PATAH untuk melihat home-industry setempat iaitu pisang salai dan penggilingan kopi secara tradisional... kat sini pisang salai dia kering dan rangup, xmacam kat Malaysia... pisang salai Malaysia lembik dan lembap... kat sini boleh minum kopi dan makan pisang salai free... kalau free mmg semua org suka la..hehe...

    Lepas tu terus g makan tengah hari kat RESTAURANT PONDOK FLORA... kalau sebelum ni asyik makan masakan padang je... kali ni ada makanan tambahan iaitu ikan bakar... semua org berebut ok..lg2 makan kat tengah2 sawah... syok...

    Kat luar restaurant ni ada majlis untuk Mitsubishi, tapi dah macam majlis kiteorg dah... suka suki je nyanyi atas pentas dan joget kat bawah... nampak sngt giler2 kiteorg ni... tak cukup dengan tu, g kacau lak orang tengah banting padi... dapat gak la try cara banting padi... susah gak buat cara lama ni...

    Kami teruskan perjalanan ke ISTANA SILINDUANG BULAN ataupun dikenali sebagai ISTANO BASA PAGARUYONG... istana ni sngt cantik, tapi sayang xleh nak masuk dalam sbb masih dalam proses baik pulih sbb terbakar tahun lepas... ada replika kuda kat sebelah kanan istana ni, dikatakan dulu kuda tu menghadap jalan, tapi masa terbakar tu, kuda tu tiba2 menghadap istana dengan sendirinya..tak dapat dipastikan kesahihan cerita ni...

    Seterusnya kami ke sebuah tasik... dah lupa nama tasik ni..sbb masa tu aku tido sepanjang perjalanan dan xde dalam itinerary... yang istimewanya tasik ni, dia ada pantai... konfius, ni tasik ke laut... tapi air xmasin pun... apa2 je la..yang penting amek gambar... hehe

    Lama gak lepak kat tasik ni... lepas tu terus ke Padang dan check in kat HOTEL BUNDA... malam just kuar makan... tido awal sbb esok awal2 pagi dah nak bertolak ke airport...

    2/12/2010



    Bangun seawal jam 4 pagi, bersiap dan kemas luggage untuk ke lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau untuk penerbangan pulang ke Malaysia... sampai Malaysia dalam jam 10pagi... lepak2 dengan ahli rombongan kat LCCT lama sikit, then terus balik rumah... time ni la baru rasa penat, tapi mmg puas trip kali ni... terbaik lah...

    Tips Percutian ke PADANG/BUKIT TINGGI : UBATAN

    Cuaca di Padang lebih kurang cuaca di Malaysia, agak panas... tetapi cuaca di Bukit Tinggi agak sejuk dan berangin... perubahan cuaca semasa perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi mungkin menyebabkan anda rasa pening dan kurang enak badan... bawalah panadol untuk kelegaan..(dah macam iklan panadol pulak)... bawa lips gloss untuk elakkan bibir anda kering dan minum air selalu...

  • Wong Solo..saya juga SOLO...

    Wong Solo..saya juga SOLO...

    Ni hari kedua lepas balik Aussie...
    time ni mak aku datang KL & lepak rumah abg aku kat Sri Rampai...
    so, abg aku ajak la kuar makan2...
    aku mmg pantang kalau orang ajak makan...
    makan free, siapa yang tak nak kan?
    tengok perut dah tau kaki makan...
    hehe...

    Makan2 kat Ayam Penyet Wong Solo Kampung Baru...
    kedai dia betul2 depan Masjid Kampung Baru...
    tak susah nak cari...

    Sebelum ni pernah makan kat Ayam Penyet Ria & Ayam Penyet AP je...
    first time try Ayam Penyet Wong Solo ni which aku pun tak pernah tau ada kat Kampung Baru...
    bila compare balik, Wong Solo TERBAIK!!!

    Menu kat sini banyak pilihan sikit...
    macam biasa, aku order ayam penyet la...
    tapi keistimewaan tempat ni ada beberapa pilihan ayam lain...
    korang patut try ayam bakar wong solo...
    mmg sedap la...

    Dan memperkenalkan juga air Soda Gembira...
    gembira ke??
    gembira la sbb dapat makan free...
    haha...

    Ada satu air tu agak sensitif sikit kalau orang pompuan dgr...
    Jus Poligami tak silap nama dia...
    tak tau la air apa...
    kalau datang lagi, aku patut try...
    hehe...

    p/s : saje menghabiskan stock gambar makanan... karang post time puasa, ada lak yang tak tahan godaan... hehe...

  • Percutian ke BEIJING (Day 5)

    Percutian ke BEIJING (Day 5)

    Tarikh : 7/11/2010

    Hari ni hari terakhir di bandaraya Beijing... hari ni xbanyak activity... so, kitaorg checkout hotel pukul 10am macam tu... so, pagi tu b4 check out berkemas la... time ni la leh nampak beg beranak pinak... datang 1 beg, balik 2,3 beg pulak..huhu...

    Lepas check out kami ke Sunny Gold Street Market... apa??SHOPPING lagi??nasib la duit aku banyak lagi..huhu... kat sini tempatnya kecik je, tp lebih murah dari 2 tempat aku pegi sebelum ni... peniaganya takde la samseng macam 2 tempat sebelum ni... lebih pemurah...

    Masa aku tengah tawar-menawar porcelain kat sebuah kedai ni, tiba2 ada POLIS suruh kita orang keluar dari kedai... ingat nak tangkap kitaorg, rupa2nya nak tangkap peniaga kedai tu... peniaga tu rupa2nya jual pedang SAMURAI... dia sorok kat atas para dan bawah meja... cuak giler time ni..dah la kedai tu paling murah... baru nak beli, dah kene tangkap... rugi2..mayb bukan rezeki mak aku..huhu... dan nak ingatkan korang, jgn sesekali beli barang tajam seperti parang, pisau dll dan lighter..sbb kompem korang xlepas kat airport nnt...

    Lepas shopping terus g makan tengah hari... makan terakhir kat Beijing... so, kene makan banyak2 sikit... lepas ni susah nak rasa dah..huhu... Masakan special kat kedai ni adalah susu goreng dan ikan bunga... special ke??biasa je..huhu...

    Kat luar kedai ni banyak duit kertas seringgit Malaysia ditampal kat dinding kedai... semua org Malaysia yang datang sini tulis nama dan lekat kat dinding... kitaorg pun xlepas peluang... tiba2 perasan, ada senior aku kat UIA letak duit singgit siap ada gambar lg..mencapap nampak... haha..

    Lepas makan terus ke airport... aduii..sedihnya tinggalkan Beijing and at the same time rindu dengan Malaysia..huhu... alhamdulillah kami selamat sampai kat KLIA pukul 11malam... tiba2 bagasi abg aku hilang??aduii... cuak giler..dah la dalam tu banyak barang yg beli kat Beijing... rupanya2 masuk lane sebelah..puas menunggu... teruk betul management KLIA ni...

    Tips percutian ke Beijing : DUIT
    Mata wang di Beijing ialah RENMINBI... iaitu RM1=RMB2... kira duit kita besar la... make sure ketika shopping kat kedai2 tepi jalan/penjual kaki lima, bagi duit cukup2... sebab kadang2 dieorg akan pulangkan duit palsu/duit negara lain... kalau takde duit kecik, boleh kasi duit besar, tp make sure korang belajar cara nak check duit tu betul atau palsu... dan sila tukar siap2 duit di Malaysia, sbb if tukar kat sana rugi... dpt lg sikit... dan certain money changer tak nak duit Malaysia... bawak jugak duit Malaysia banyak sikit, sbb if shopping kat Government Market/Store, dieorg terima Ringgit...

  • BESAR punyerrrr...

    BESAR punyerrrr...

    Rasanya tak la lama sngt tak menjejakkan kaki kat Melaka ni...
    dalam 1 tahun je kot...
    tapi macam2 dah ada kat Melaka...
    tak sangka lak aku...
    mmg betul2 maju la...
    selaras dengan target dieorg "MELAKA MAJU 2010"

    Sebelum ni rasa Mydin kat sebelah stesen bas Melaka je...
    sekarang kat Ayer Keroh pun dah ada...
    besar punyerrrr...

    Boleh tahan besar gak Mydin baru ni...
    selesa lak tu...

    Tengah cari2 tempat makan dalam tu...
    jumpa lak RFC...
    tergugat la KFC lepas ni...
    tapi persoalannya...
    kenapa perlu amek nama yang dekat2 sama??

    Tak pernah try lagi...
    ingat nak rasa gak...
    tp baru je makan KFC semalamnya...
    muak lak makan ayam je...
    tengok ramai je makan...
    sedap ke??
    kat KL takde ek??

    p/s :

    Jangan lupa sertai CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly (click SINI)
    Tinggal kurang dari 5 hari je lagi...
    Hadiah cermin mata RAYBAN menanti anda!!

  • batang MALAYSIA...

    batang MALAYSIA...

    Aku tak mau WALL'S...
    tak mau NESTLÉ...
    tak mau Häagen-Dazs...
    mahupun BASKIN ROBINS...

    Aku dah lama teringin nak makan AISKRIM MALAYSIA...
    ala..yang panjang2 tu...
    bila nak makan kene pusing2 kat atas kepala aiskrim tu...
    xpun gigit sikit kat penjuru dia...
    ataupun belah dua bagi kat adik separuh...
    hehe..macam2 cara makan aiskrim malaysia ni...

    Kat KL kemain susah nak dapat...
    nak buat sendiri malas...
    akhirnya bila balik kampung baru dapat...
    sekali beli terus 30 batang aiskrim malaysia aku kebas...
    buat stock... hahaha

    Ingat lagi, dulu2 time sekolah...
    dapat duit belanja 50sen je...
    30sen buat makan time rehat...
    air bawak dari rumah...
    lagi 20sen buat beli aiskrim malaysia kat rumah makcik aku sebelah sekolah...
    kadang2 makcik aku bagi lebih...
    time tu mmg suka giler...
    hehehe...
    (budak2 skrg tak dapat RM5 tak pergi sekolah rasanya)

    p/s:
    Jangan lupa sertai CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly (click SINI)
    Hadiah cermin mata RAYBAN menanti anda!!
    *Penyertaan sudah melebihi angka 50... insyaAllah, kalah ke, menang ke akan dapat hadiah ISTIMEWA...

  1. Review Pond's Acne Complete Solution
  2. Review Anna Sui Rose Ring Rouge
  3. Review BOSS Nuit Pour Femme Eau De Parfum
  4. Review Max Factor Facefinity All Day Flawless 3-in-1 Foundation
  5. Review Maybelline Volum Express The Falsies Waterproof Mascara
  6. Review Oscar Blandi Pronto Gloss Instant Glossing Cream
  7. SAMPAR Vivid Radiance Serum
  8. Review Maybelline Color Sensational Lipstick
  9. Welcoming The Newest Beauty Box : First Blush Box
  10. Review Nexcare Acne Cover